Tetapi hakikatnya, pengambilan air kosong amat penting bagi mencegah diri terhidrat. Bahkan air yang mencukupi dapat membantu dalam penghasilan susu badan dan menghindari masalah sembelit – keadaan yang sering dialami ibu selepas bersalin.
3. Tips berpantang sendiri #Elak lakukan banyak kerja
Kerja rumah, sememangnya tidak akan pernah selesai.
Memikirkan rumah bersepah, baju tidak berbasuh bertimbun di dalam mesin basuh, kain baju belum berlipat dan pelbagai lagi, membuatkan anda sebagai ibu rasa tidak senang duduk, betul tak?
Tetapi semasa berpantang ini, cuba untuk meminimumkan kerja yang anda perlu lakukan. Jika perlu, hanya lakukan tugasan ringan dan mudah seperti memasak sekali sehari.
Manakala tugasan rumah lain, tangguhkan sebentar atau minta bantuan suami mahupun anak yang lebih dewasa untuk membantu.
Tiada apa yang mustahil
Jika masih tidak yakin, mungkin anda boleh meminta tips berpantang sendiri daripada rakan-rakan. Pastinya mereka tidak akan kedekut untuk berkongsikan dengan anda.
Paling penting di sini, anda harus yakin kepada diri sendiri bahawa tiada apa yang mustahil untuk dilakukan. Percaya pada diri.
Sekiranya ada ahli keluarga yang menawarkan diri untuk membantu anda, jangan menolak. Sebaliknya terimalah pertolongan tersebut dengan hati yang terbuka. Menerima bantuan mahupun pertolongan tidak menjadikan kita sebagai wanita lemah.
Ingatlah bahawa berpantang ini merupakan tempoh pemulihan untuk badan dan masanya untuk anda mengeratkan hubungan (bonding) dengan si kecil.
Selamat berpantang daripada kami di Hello Doktor!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen