backup og meta

Ibu Hamil Yang Terkena Cirit Birit Jangan Panik! Ikut 4 Langkah Ini Dulu Di Rumah, Selamat & Berkesan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri · Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 04/01/2023

    Ibu Hamil Yang Terkena Cirit Birit Jangan Panik! Ikut 4 Langkah Ini Dulu Di Rumah, Selamat & Berkesan!

    Kehamilan ialah tempoh yang istimewa dalam kehidupan seseorang wanita. Sementara menantikan kehadiran bayi dalam keluarga, anda mungkin mengalami beberapa ketidakselesaan semasa hamil. Artikel ini menumpukan kepada cirit birit ketika hamil – iaitu keadaan kesihatan biasa yang boleh menjejaskan ibu dan juga bayi.

    Apakah punca cirit birit ketika hamil?

    Sebagai wanita hamil, adalah normal jika anda mendapat masalah kesihatan yang sama seperti orang lain. Cirit-birit ialah salah satu daripadanya.

    Anda boleh mendapat cirit-birit disebabkan virus atau keracunan makanan. Anda juga boleh mengalami cirit-birit selepas beberapa hari tidak membuang air besar. Gejala ini dipanggil hentaman najis.

    Terdapat juga hubungkait antara cirit-birit dan kehamilan. Ini juga berkait dengan diet anda.

    Semasa kehamilan, anda mungkin menukar diet untuk menyediakan lebih nutrien kepada bayi dalam kandungan. Perubahan ini kadangkala boleh menyebabkan cirit-birit.

    Anda juga mungkin mendapat cirit-birit disebabkan perubahan tubuh, menjadikan anda sensitif kepada makanan-makanan tertentu.

    Perubahan hormon semasa kehamilan juga boleh memainkan peranan. Jika anda mengalami cirit-birit semasa trimester ketiga kehamilan, ia mungkin adalah petanda anda hampir tiba untuk bersalin.

    Ini juga menunjukkan cara tubuh anda bersedia untuk menerima bayi.

    Penawar untuk cirit birit ketika hamil

    Semasa hamil, anda mungkin tidak mahu menggunakan jenis ubat-ubatan tertentu kerana ia boleh menjejaskan bayi anda.

    Akan tetapi, janganlah risau kerana cirit-birit boleh pulih tanpa sebarang rawatan. Jika cirit-birit anda masih tidak hilang atau lambat baik, anda boleh cuba beberapa penawar seperti:

    #1. Minum banyak air 

    cirit birit ketika hamil

    Jika anda mengalami cirit birit semasa hamil, tubuh akan kehilangan penghidratan. Dehidrasi boleh berlaku dengan cepat dan menjadikan anda lebih letih.

    Oleh itu, teruskan minum air untuk memastikan tubuh anda kekal hidrat. Air kosong adalah pilihan terbaik.

    Anda perlu minum 8 hingga 10 gelas air setiap hari. Selain itu, anda boleh minum minuman lain seperti jus buah-buahan, smoothie atau susu.

    #2. Lakukan senaman 

    Kekal aktif boleh membuatkan anda rasa lebih baik dari segi fizikal dan emosi.

    Cuba lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki atau yoga. Akan tetapi, jangan terlalu memaksa tubuh untuk melakukannya.

    #3. Ambil makanan sihat 

    Beri perhatian kepada apa yang anda makan. Jangan makan makanan yang tidak dipasteur.

    Basuh makanan dengan bersih dan pastikan makanan dimasak dengan betul sebelum anda makan.

    Makanan yang kotor boleh mengandungi bakteria yang membawa kepada cirit-birit.

    #4. Relaks atau bertenang

    Bertenang boleh membantu anda rasa lebih baik dan jangan terlalu berfikir tentang sesuatu yang buruk.

    Ia adalah sesuatu yang normal dan bayi anda tidak akan terjejas jika anda berhati-hati.

    Bila anda perlu berjumpa dengan doktor

    cirit birit ketika hamil

    Dapatkan nasihat perubatan jika cirit-birit tidak beransur baik selepas dua hari atau jika anda mengalami simptom dehidrasi teruk termasuklah:

    Setiap perubahan tubuh yang tidak normal perlulah dirujuk bersama dengan pihak hospital atau klinik bagi mengelak sebarang komplikasi lanjut.

    Jika cirit birit ketika hamil yang dialami tidak kelihatan normal, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Nurul Iftida Basri

    Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 04/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan