backup og meta

Teringin Nak Warnakan Rambut TAPI Boleh Ke Kalau Wanita Hamil Buat Rawatan Ini?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nurul Iftida Basri · Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/09/2021

    Teringin Nak Warnakan Rambut TAPI Boleh Ke Kalau Wanita Hamil Buat Rawatan Ini?

    Mewarnakan rambut adalah 1 trend biasa. Tetapi adakah boleh untuk ibu hamil warna rambut atau perbuatan itu boleh berikan kesan kepada kandungan?

    Mewarnakan rambut semasa hamil: Boleh atau tidak?

    Ada yang mengatakan bahawa keinginan ibu hamil warna rambut adalah tidak dibenarkan. Tetapi adakah itu 1 perkara muktamad?

    Sebenarnya kenyataan  bahawa wanita yang mengandung tidak boleh mewarnakan rambut terbahagi kepada beberapa pendapat. Sesetengah doktor tidak menyarankannya tetapi ada pihak lain yang membenarkannya.

    Pandangan sains tentang wanita mengandung mewarnakan rambut

    Sebenarnya, tidak banyak kajian dilakukan untuk mengkaji kesan mewarna rambut semasa hamil.

    Kebanyakan saintis berpendapat bahan kimia yang terdapat dalam pewarna rambut boleh meresap ke dalam badan melalui kulit kepala anda. Keadaan itu kemudiannya akan memberikan kesan kepada kandungan anda.

    Dalam tempoh kehamilan, 12 minggu yang pertama adalah waktu untuk pertumbuhan bayi yang paling penting.

    Oleh itu, sekiranya anda mempunyai keinginan untuk mewarnakan rambut adalah munasabah untuk anda melakukannya pada trimester kedua kehamilan.

    Tip mewarnakan rambut semasa hamil

    ibu hamil warna rambut

    Seperti dinyatakan di atas, wanita hamil yang ingin warnakan rambut boleh melakukannya dengan selamat setelah kandungan anda melepasi trimester pertama kehamilan.

    Walau bagaimanapun, terdapat 3 langkah penting yang perlu dititikberatkan sewaktu proses warnakan rambut dijalankan, antaranya:

    1. Menggunakan servis yang paling selamat

    Teknik warnakan rambut daripada hujung ke akarnya mungkin tindakan yang tidak selamat kerana pewarna rambut perlu digunakan sehingga ke kulit kepala.

    Apa yang membimbangkan adalah bahan kimia dalam perwarna itu yang mungkin akan meresap masuk ke kulit kepala.

    Sebaiknya jika anda masih ingin menambah warna pada rambut anda, apa kata anda mencuba teknik yang hanya memerlukan anda mewarna permukaan atau hujung rambut sahaja, boleh?

    2. Pilih warna yang lembut

    Sekira seorang wanita hamil ingin warnakan rambutnya, mungkin boleh memilih pewarna rambut yang berwarna lembut tidak mengandungi ammonia. Anda juga boleh memilih pewarna rambut yang tidak kekal dan tidak mempunyai peluntur.

    Penggunaan inai adalah 1 alternatif yang paling selamat. Tetapi harus diingatkan anda perlu membaca terlebih dahulu label produk untuk memastikan keasliannya.

    Ini kerana jika ia inai campuran, mungkin terdapat bahan pewarna kimia yang digunakan. Maksudnya ia masih mendatangkan risiko  bahaya kepada anda dan kandungan.

    3. Warnakan rambut anda di ruang yang terbuka

    Apabila anda memulakan proses mewarnakan rambut, pastikan anda berada di ruang persekitaran yang terbuka. Buka tingkap untuk memastikan udara dapat masuk dan toksik dapat keluar.

    Jika anda mewarnakan rambut secara sendiri, pastikan anda memakai sarung tangan dan baju berlengan panjang. Pastikan anda mencuci rambut dengan sebersihnya apabila anda selesai warnakan rambut.

    mewarnakan-rambut-semasa-hamil-boleh-atau-tidak

    Berwaspada

    Walaupun tidak banyak kajian dilakukan tentang kesan mewarnakan rambut terhadap wanita yang berbadan dua, boleh dikatakan bahan pewarna rambut mempunyai bahan kimia yang mempunyai kesan buruk.

    Anda dinasihatkan untuk menunggu sehingga anda bersalin jika anda mahu warnakan rambut anda.

    Walau bagaimanapun, jika anda masih mahu melakukannya juga, pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan anda dan anak anda.  

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Nurul Iftida Basri

    Obstetrik dan ginekologi · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan