backup og meta

Bersenggama Dengan Pasangan TERBUKTI TIDAK Mempercepatkan Proses Kelahiran - Kajian

Bersenggama Dengan Pasangan TERBUKTI TIDAK Mempercepatkan Proses Kelahiran - Kajian

Salah satu fahaman yang cukup meluas dalam dunia reproduktif adalah hubungan seks ketika hamil, khususnya dalam tempoh trimester ketiga, dapat mencetuskan proses kelahiran. Walau bagaimanapun, menurut kajian terbaru yang dilakukan di Malaysia, fahaman tersebut terbukti tidak lagi benar. 

Fahaman semasa berkaitan peranan seks ketika hamil

Kehamilan merupakan satu pengalaman yang cukup mengujakan tidak kiralah sama ada ia adalah kali pertama mengandung ataupun bukan.

Detik manis untuk kedua-dua pasangan ini pasti lebih bermakna jika anda telah sekian lama mencuba untuk menimang cahaya mata.

Di sebalik keterujaan untuk menerima ahli baru ini, mungkin anda pernah terdengar bahawa terdapat beberapa perkara yang dapat mempercepatkan cetusan proses kelahiran. Ya, saya maksudkan seks.

Untuk sekian lama, ramai pihak percaya, termasuk dalam komuniti perubatan sendiri, bahawa melakukan seks ketika hamil dapat mencetuskan proses kelahiran.

Teori ini bukannya tidak berasas – sebaliknya, terdapat beberapa penjelasan yang digunakan untuk mengukuhkan teori ini. Salah satu daripada penjelasan tersebut adalah kerana hubungan seks ketika hamil didapati akan menghasilkan peningkatan dalam aktiviti kontraksi rahim (uterus)

Selain itu, terdapat juga penjelasan yang melihat kepada peranan kandungan air mani. Air mani mengandungi prostaglandin E yang tinggi diikuti oleh kandungan prostaglandin F2α yang lebih rendah.

Prostaglandin pula adalah cecair kimia yang digunakan untuk mencetuskan kelahiran kerana ia menggalakkan kontraksi rahim. 

Tiada kaitan antara seks ketika hamil dan cetusan kelahiran

seks ketika hamil

Di sebalik populariti kefahaman tersebut, satu kajian baru mendapati tidak ada sebarang perbezaan dari segi waktu kelahiran dalam pasangan yang melakukan seks di peringkat akhir kehamilan dengan pasangan yang tidak melakukannya.

Walaupun terdapat beberapa kajian yang telah menunjukkan bahawa seks mungkin berkaitan dengan pencetusan kelahiran, kajian-kajian kecil ini tidak konklusif. 

Oleh itu, Dr. Tan dan pasukan beliau memilih untuk melakukan kajian bagi melihat kesan seks dalam minggu-minggu terkahir kehamilan, terhadap cetusan kelahiran.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal BJOG ini melibatkan penyertaan lebih 1,100 wanita yang berada dalam tempoh 35 hingga 38 minggu hamil. Wanita-wanita ini juga dikenal pasti tidak melakukan sebarang hubungan seks dalam tempoh 6 minggu sebelumnya.

Para peserta kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan.

Mereka menasihati dan menggalakkan wanita dalam kumpulan pertama untuk melakukan seks sekerap mungkin dalam minggu-minggu terkahir kehamilan bagi mengelakkan keperluan untuk cetusan kehamilan secara perubatan (medically-induced).

Untuk kumpulan kedua pula, mereka tidak digalakkan tetapi tidak pula dihalang daripada melakukan seks.

Sebaliknya, mereka hanya diberitahu bahawa seks adalah selamat tetapi kesannya ke atas proses kelahiran tidak diketahui. Pasukan pengkaji kemudiannya merekodkan tempoh kehamilan mereka dan sama ada mereka 

Mereka mendapati kadar keperluan untuk cetusan proses kehamilan secara perubatan adalah hampir sama untuk kedua-dua kumpulan (22% dalam kumpulan pertama dan 20.8% dalam kumpulan kedua).

Perbezaan peratusan ini adalah terlalu kecil dan tidak signifikan untuk membuat sebarang kaitan.

Menurut Dr. Tan Peng Chiong, Pakar Sakit Puan daripada Universiti Malaya, merangkap salah seorang penulis untuk kajian ini,

“Kami sedikit kecewa dengan keputusan yang diperoleh kerana ia tidak menunjukkan sebarang kaitan (antara seks ketika hamil dan juga cetusan kelahiran).”

“Bagus juga kalau pasangan mempunyai sesuatu (aktiviti) yang berkesan, selamat dan juga menyeronokan untuk mereka lakukan bersama bagi mencetuskan proses kelahiran lebih awal jika mereka mahu,” tambah Dr. Tan lagi.

Menghapuskan mitos yang kuat tersemat

proses kelahiran

Walaupun kajian ini tidak menunjukkan sebarang peningkatan dalam kepantasan kelahiran atau penurunan dalam kadar pencetusan kelahiran, ia membantu untuk mengukuhkan pendapat bahawa seks ketika hamil adalah selamat.

Ini bertentangan dengan amaran semasa yang mencadangkan agar pasangan berhati-hati jika mereka ingin melakukan seks ketika hamil.

Tambah Dr. Tan lagi, keputusan kajian ini menunjukkan bahawa kehamilan telah berevolusi untuk menjadi lebih rintang terhadap gangguan. Ini adalah sesuatu yang masuk akal kerana proses kehamilan adalah sesuatu yang bernilai dan ia perlu mempunyai sedikit daya tahan untuk mencapai kemandirian spesies. 

Selain seks, terdapat juga kaedah-kaedah lain yang telah diuar-uarkan sebagai kaedah perangsang kelahiran seperti mandi air panas, pengguna minyak kastor, makanan tambahan berunsur herbal dan juga akupuntur.

Menurut Servis Kesihatan Kebangsaan UK (NHS), kesemua kaedah-kaedah ini tidak mempunyai sebarang sokongan kajian untuk mengatakan ia berkesan dalam mencetuskan kelahiran. Pasangan tidak perlu lagi risau jika mereka ingin melakukan hubungan seks semasa berada di minggu-minggu akhir perkahwinan.

Namun, jika air ketuban sudah pecah, hubungan seks perlu dielakkan kerana ia berisiko untuk menyebabkan jangkitan pada bayi.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Demirel, G.; Guler, H. The Effect of Uterine and Nipple Stimulation on Induction With Oxytocin and the Labor Process. Worldviews on Evidence-Based Nursing 2015, 12 (5), 273–280. https://doi.org/10.1111/wvn.12116.
  2. Kafaei Atrian, M.; Sadat, Z.; Rasolzadeh Bidgoly, M.; Abbaszadeh, F.; Asghari Jafarabadi, M. The Association of Sexual Intercourse During Pregnancy With Labor Onset. Iran Red Crescent Med J 2014, 17 (1). https://doi.org/10.5812/ircmj.16465.
  3. Sex Won’t Bring on Labor: Study. Reuters. November 21, 2012.
  4. Late-pregnancy sex may not push out baby https://www.timescolonist.com/life/late-pregnancy-sex-may-not-push-out-baby-1.9265 (accessed Nov 5, 2019).
  5. Having sex will NOT start labour: Italian researchers debunk belief https://www.dailymail.co.uk/health/article-7634617/Having-sex-NOT-start-labour-early-Italian-researchers-debunk-commonly-held-belief.html (accessed Nov 5, 2019).
  6. Singh, N.; Tripathi, R.; Mala, Y. M.; Yedla, N. Breast Stimulation in Low-Risk Primigravidas at Term: Does It Aid in Spontaneous Onset of Labour and Vaginal Delivery? A Pilot Study. Biomed Res Int 2014, 2014. https://doi.org/10.1155/2014/695037.
  7. Stokes, T. Actually, sex doesn’t induce labor, study says http://www.nbcnews.com/health/health-news/actually-sex-doesnt-induce-labor-study-says-f1C7203852 (accessed Nov 5, 2019).

 

Versi Terbaru

04/11/2020

Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Wanita Tanpa Waktu Subur Sukar Hamil, Tapi Ini Cara Mudah Dapatkan Ovulasi, Hanya Di Rumah!

Ada 13 Komplikasi Semasa Mengandung, Paling Bahaya No 7, Jaga-jaga Ibu Hamil!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 04/11/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan