Kebelakangan ini, aktiviti sukan yang berkait dengan alam menjadi semakin popular dan mendapat perhatian kebanyakan orang. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti berketinggian tinggi seperti mendaki, paragliding, flying fox, dan lain-lain boleh menyebabkan gangguan terhadap sistem tubuh akibat daripada tekanan alam sekitar.
Bagaimana altitud berbeza dengan paras laut?
Udara terdiri daripada molekul berbeza dengan nitrogen (79.04%) dan oksigen (20.93%) yang membentuk majoriti setiap nafas yang kita ambil. Komposisi udara tetap konsisten sama ada berada di paras laut atau pada altitud (ketinggian).
Walau bagaimanapun, dengan ketinggian, “tekanan separa” oksigen dalam udara ini (berapa banyak molekul oksigen dalam jumlah isipadu udara) berubah. Di paras laut, tekanan separa oksigen adalah 159 mmHg, sedangkan pada 8,848m di atas paras laut (puncak Gunung Everest), tekanan separa oksigen hanya 53 mmHg.
Pada ketinggian yang tinggi, molekul oksigen semakin terpisah kerana terdapat tekanan yang kurang untuk “menolak” mereka bersama. Ini bermakna ada molekul oksigen yang kurang dalam jumlah udara yang sama seperti yang kita ambil. Dalam kajian saintifik, ini sering dirujuk sebagai “hipoksia”.
Apa yang berlaku pada tubuh pada altitud tinggi?
Pendedahan beberapa saat pada ketinggian, meningkatkan pengudaraan yang mana ini bermakna anda mula bernafas dengan lebih banyak/kerap kerana tubuh bertindak balas terhadap oksigen yang kurang dalam setiap nafas, dan cuba meningkatkan pengambilan oksigen. Walaupun dengan tindak balas ini, masih berlaku kekurangan oksigen sepanjang sistem peredaran darah iaitu bermakna oksigen kurang mencapai pada otot anda. Ini ternyata mengehadkan prestasi aktiviti anda.
Dalam beberapa jam pertama pendedahan ketinggian pula, kehilangan air juga meningkat, yang boleh mengakibatkan dehidrasi. Ketinggian juga dapat meningkatkan metabolisme sambil menekan selera makan anda. Ini bermakna anda harus makan lebih banyak daripada yang anda rasa untuk mengekalkan keseimbangan tenaga neutral.
Manakala bagi yang terdedah pada ketinggian untuk beberapa hari atau minggu, tubuh mula untuk penyesuaian yang dipanggil acclimation kepada persekitaran oksigen rendah. Peningkatan pernafasan yang dimulakan dalam beberapa saat pertama pendedahan altitud kekal, dan tahap hemoglobin (protein dalam darah kita yang membawa oksigen) meningkat, bersama dengan nisbah saluran darah ke jisim otot.
[embed-health-tool-heart-rate]