home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bersenam untuk Jantung yang Lebih Sihat

Bersenam untuk Jantung yang Lebih Sihat

Dalam kesibukan dunia masa kini, senaman menjadi aktiviti yang sukar untuk diamalkan. Anda bergelut untuk memperuntukkan masa bagi orang yang disayangi setiap hari, apatah lagi masa satu atau dua jam untuk ke gimnasium. Selain itu, keahlian gimnasium bukanlah pilihan bagi kebanyakan orang kerana kosnya yang mahal.

Walaupun hidup mendatangkan pelbagai cabaran, ia adalah satu kemestian untuk kita mengambil langkah dalam membina minda yang tenang, jiwa yang baik dan badan yang sihat. Seperti yang kita semua tahu, senaman adalah salah satu perkara yang terbaik yang boleh anda berikan kepada badan anda. Ia akan membantu melancarkan aliran darah, penyampaian oksigen kepada seluruh badan atau detox dalaman. Selain itu, rutin bersenam dengan kerap dapat memberi manfaat kepada anda dengan menguatkan hati jantung dan mengurangkan sebarang kemungkinan penyakit kardiovaskular. Rujuk artikel ini untuk belajar tentang manfaat kekal aktif pada kesihatan kardiovaskular anda.

Kardio

Kardio termasuk berjalan, berjoging, senam aerobik, menunggang basikal, melompat tali, menari, dan lain-lain. Anda harus berunding dengan doktor anda sebelum memulakan senaman kardio jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan. Kardio boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan menurunkan tekanan darah anda.

HIIT (High Intensive Internal Training)

Senaman HIIT semakin popular dalam media dan internet dan kebanyakan orang melabelkannya sebagai “brutal”, tetapi mereka tetap menyukainya. Bagi mereka yang tidak pernah mengamalkan HIIT, rasanya sama seperti 2 jam kardio dipendekkan kepada 30 minit. Ia mempunyai pelbagai senaman berbeza dan jurulatih akan mendesak anda untuk meneruskan. Selalunya, di antara setiap senaman, anda akan mempunyai 15 saat rehat sebelum menyambung yang lain. Matlamat utama HIIT adalah untuk mengekalkan kadar degupan jantung yang tinggi sementara memastikannya stabil.

Latihan Kekuatan (Strength Training)

Latihan kekuatan bermakna bersenam dengan beban berat dan dumbells. Latihan kekuatan biasanya berakhir selepas tempoh yang sangat singkat. Pelatih profesional sentiasa menasihatkan orang ramai yang ingin mencuba latihan kekuatan bermula dengan berat purata, lakukan 5-7 ulangan untuk setiap langkah dan mengulangi untuk 3 set. Jika anda bergelut untuk menyelesaikan 3 ulangan yang terakhir, bermakna inilah beban berat yang sesuai untuk anda. Jika anda boleh melepasi latihan tersebut dengan mudah, ini bermakna anda perlu menambah pada masa akan datang. Akhir sekali, jika anda tidak boleh melepasi set pertama, anda perlu mengurangkan beban untuk mengelakkan sebarang kecederaan.

Perkara terakhir: kekal aktif

Walaupun anda berada di sekolah atau di pejabat, adalah penting untuk membiasakan diri kekal aktif seboleh mungkin. Berhenti menggunakan lif, berhenti duduk sepanjang waktu pejabat, dan berhenti makan makanan segera untuk makan tengah hari. Cuba perkara yang aktif, mungkin berjalan untuk bekerja jika pejabat anda berhampiran kejiranan anda, gunakan tangga, siapkan bekalan makan tengah hari berkhasiat jika boleh atau berdiri dan berjalan di sekitar pejabat anda setiap jam.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Get Moving: Heart Healthy Exercises. http://m.huffpost.com/us/entry/4871671 accessed 23 April, 2017

Get Moving for a Healthier Heart. http://www.webmd.com/heart-disease/guide/exercise-healthy-heart accessed 23 April, 2017

Gambar penulis
Ditulis oleh Helma Hassan pada 20/04/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x