Gangguan muskuloskeletal (MSD) adalah keadaan yang mempengaruhi saraf, tendon, otot dan struktur sokongan seperti cakera di belakang anda.Ia berpunca daripada satu atau lebih tisu-tisu yang perlu bekerja keras daripada kemampuannya.
Faktor risiko MSD
Seseorang terdedah kepada faktor risiko MSD adalah dengan berasa keletihan pada mulanya. Apabila keletihn mengatasi sistem pemulihan tubuh seseorang, dia akan mengalami ketidakseimbangan muskuloskeletal. Dari semasa ke semasa, apabila keletiha terus berkembang dan ketidakseimbangan muskuloskeletal berterusan, gangguan muskuloskeletal akan berkembang.