Di bahagian belakang kerongkong, terdapat dua jisim tisu iaitu tonsil yang betindak sebagai penapis, mengesan kuman yang boleh memasuki saluran pernafasan dan menyebabkan jangkitan. Ia juga menghasilkan antibodi bagi melawan jangkitan. Namun, kadang kala ia juga boleh dijangkiti. Jangkitan oleh bakteria atau virus menyebakannya membengkak dan menjadi radang, iaitu keadaan dikenali sebagai tonsilitis. Tonsilitis ini sering berlaku terhadap kanak-kanak, tetapu orang dewasa juga boleh mendapatnya. Kebiasaannya, pembedahan pembuangannya, tonsilektomi, dilakukan sebagai salah satu kaedah rawatannya.
Pembedahan pembuangan tonsil
Doktor akan melakukan pembedahan membuang tonsil atau dipanggil sebagai tonsilektomi (tonsillectomy) dengan beberapa sebab.
- Serangan sakit tekak akibat jangkitan tonsil melebihi enam kali dalam setahun.
- Terlalu kerap mengalami masalah tonsil sehingga mengakibatkan serangan sawan.
- Saiz tonsil yang terlalu besar sehingga mengganggu pernafasan yang kritikal.
- Masalah tonsil sehingga mengakibatkan pengumpulan nanah di sekitarnya, dipanggil juga ‘peritonsillar abscess’.
- Dan beberapa sebab yang lain.
Jika anda atau anak anda mengalaminya berulang kali maklum kepada doktor anda. Bilangan jangkitan memberi tanda bahawa ia adalah waktu untuk membuangnya. Tetapi ia berbeza bagi semua orang.
Doktor juga mungkin mencadangkan tonsilektomi jika anda mempunyai tonsilitis sekurang-kurangnya:
- 7 kali dalam 1 tahun
- 5 kali setahun selama 2 tahun berturut-turut
- 3 kali setahun selama 3 tahun berturut-turut
Simptom
Simptom utama tonsillitis adalah sakit tekak yang sering disertai oleh kemerahan dan nanah pada tonsil. Simptom lain mungkin termasuk:
- Demam
- Hidung tersumbat atau berair
- Nodus limfa leher bengkak
- Pendarahan pada tonsil
- Kesukaran/kesakitan untuk menelan
Adakah pembuangan tonsil, tonsilektomi, menjejaskan sistem imun?
Kesan sistem imun daripada tonsilektomi dan adenotonsilektomi (pemotongan adenoid tonsil) adalah topik yang banyak diperdebatkan dalam kesusasteraan perubatan.
IgA adalah antibodi yang biasanya dijumpai dalam rembesan membran mukus, termasuk dalam air liur dan rembesan hidung. IgA dalam air liur dan rembesan hidung bertindak sebagai pertahanan terhadap patogen, yang boleh memasuki badan melalui penyedutan, makanan dan minuman.
Kajian telah melaporkan penurunan tahap IgA selepas adenotonsillectomy tetapi masih dalam lingkungan normal. Terdapat juga laporan pemulihan IgA dalam rembesan sehingga ke tahap tertentu.
Manakala IgG adalah satu lagi antibodi yang dihasilkan oleh tonsil dan adenoid. Kajian juga menunjukkan penurunan dalam tahap IgG selepas adenotonsillectomy, tetapi seperti IgA, penurunan itu berada dalam julat yang normal dan pulih dalam bulan selepas operasi.
Walaupun terdapat kontroversi sekitar topik, penurunan dalam IgG dan IgA selepas pembedahan tonsillectomy dan adenotonsillectomy nampaknya tidak mempunyai apa-apa kesan yang ketara.