backup og meta

4 Sebab Biasa Tonsilitis

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 28/11/2019

    4 Sebab Biasa Tonsilitis

    Tonsil terletak di belakang lidah. Ia berfungsi melawan jangkitan yang masuk ke dalam mulut. Jika ada jangkitan, ia akan mengalami keradangan. Keadaan ini disebut sebagai tonsilitis. Simptom yang dialami termasuk:

    • Susah dan sakit semasa menelan.
    • Nod limfa di leher bengkak.
    • Nafas berbau.
    • Demam dan menggigil.
    • Penat dan sakit kepala
    • Perut sakit dan meragam.
    • Tonsil bengkak, merah dan bernanah.

    Apakah sebab yang kerap berlaku bagi tonsilitis?

    1. Virus

    Virus adalah punca utama tonsilits. Banyak jenis virus yang boleh menyebabkan tonsilitis, antaranya:

  • Rhinovirus, juga menyebabkan demam.
  • Virus influenza, juga menyebabkan selesema.
  • Adenovirus, juga menyebabkan cirit-birit.
  • Virus Epstein-Barr, juga menyebabkan demam kelenjar.
  • Enterovirus, juga menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut.
  • 2. Bakteria

    Sekitar 15 peratus daripada tonsilits disebabkan oleh bakteria. Bakteria paling kerap terlibat adalah bakteria streptokokus kumpulan A.

    3. Fungus dan parasit

    Fungus dan parasit juga boleh menyebabkan tonsilits tetapi sangat jarang. Kebiasaannya ia berlaku pada mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.

    4. Merokok

    Menurut kajian, perokok lebih berisiko untuk kerap mendapat tonsilitis. Merokok mengurangkan air liur, seterusnya mengurangkan imuniti yang dibawa oleh air liur. Ini akan menjejaskan keseimbangan bakteria (antara bakteria baik dan jahat) di dalam mulut. Keadaan ini akan menyebabkan tonsilitis berlaku lebih kerap.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan