backup og meta

7 Punca Telinga Kerap Berdesing Atau Berdengung, Ini Sebabnya!

7 Punca Telinga Kerap Berdesing Atau Berdengung, Ini Sebabnya!

Kerap terjadi apabila berada di tempat dengan altitud tinggi, sudah pasti ramai yang akan tertanya kenapa telinga berdesing bukan?

Tidak kurang juga ramai yang akan mengaitkan punca telinga berdengung dengan jangkitan pada dalam telinga dan ia memang tepat!

Namun sebenarnya terdapat banyak lagi sebab kenapa telinga berdengung, jom ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila dapatkan di sini.

Kenapa telinga berdesing terjadi?

Setiap orang mesti akan pernah mengalami keadaan kesihatan ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka.

Kondisi yang lebih dikenali sebagai tinnitus ini pada dasarnya bukanlah merupakan simptom penyakit yang berbahaya.

Ini kerana ia biasa terjadi untuk tempoh masa yang sekejap sahaja dan boleh pulih dengan sendirinya seiring perjalanan waktu.

Namun ada juga punca kenapa telinga berdengung yang berbahaya dan memerlukan perhatian lebih khusus termasuklah:

kenapa telinga berdesing
Telinga berdesing boleh mengganggu pendengaran.

#1. Jangkitan dalam telinga

Jangkitan yang dinamakan sebagai ‘otitis media’ ini mungkin boleh menyebabkan telinga berdesing namun ia adalah sangat jarang berlaku.

Disebabkan oleh kuman, jangkitan ini juga akan menyebabkan telinga tersumbat serta gegendang telinga pecah yang memerlukan rawatan lanjutan.

#2. Terdedah kepada bunyi kuat

Ini selalu terjadi khususnya buat mereka yang sering menggunakan earphone atau headphone dengan kelantangan yang kuat dan lama.

Selain itu, mereka yang bekerja dalam sektor buruh juga berisiko terdedah kepada bunyi kuat berterusan atau berpanjangan pada telinga.

Punca kenapa telinga berdesing #3. Presbycusis

Ia adalah istilah perubatan untuk menerangkan kehilangan pendengaran frekuensi tinggi yang sering dialami oleh orang tua.

Gejala yang turut melibatkan telinga berdengung ini berlaku disebabkan oleh gegendang telinga yang terjejas akibat penuaan.

#4. Kecederaan pada kepala atau tengkuk

Untuk pengetahuan anda, struktur dalaman telinga sangat sensitif pada perubahan drastik posisi kepala mahupun tengkuk.

kenapa telinga berdesing
Jangan buat seperti ini jika air masuk telinga untuk elak kecederaan.

Sekiranya kepala atau tengkuk terhentak atau tercedera, sistem pendengaran juga mungkin boleh terjejas lantas menyebabkan tinnitus.

#5. Kesan ubatan tertentu

Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh jadi punca telinga berdengung antaranya gentamicin, aspirin dan anti malaria.

Disebabkan itu, anda perlu dapatkan preskripsi doktor terlebih dahulu sekiranya kena mengambil ubatan seperti yang dinyatakan di atas.

Punca kenapa telinga berdesing #6. Ketumbuhan

Ada ketumbuhan bernama Schwannoma Vestibular yang berasal dan terbentuk pada bahagian urat saraf telinga vestibular.

Ketumbuhan ini seterusnya akan menyebabkan gejala seperti:

#7. Masalah pada salur darah

Aliran darah yang tidak selari di dalam salur darah arteri atau vena berdekatan dengan telinga boleh menyebabkan telinga menjadi berdesing.

Sekiranya tidak dirawat dengan segera, kondisi ini boleh membawa kepada komplikasi lebih teruk lantas mengakibatkan strok (angin ahmar).

Punca telinga berdengung #8. Tahi telinga mengeras lalu tersumbat

Akhir sekali, masalah ini mungkin hanya berpunca daripada tahi telinga yang mengeras lalu tersumbat dalam telinga.

Oleh itu, anda perlu lebih kerap membersihkan telinga dengan cara yang betul agar ia tidak terlalu keras dan banyak lalu tersumbat.

kenapa telinga berdesing
Jumpa doktor jika tahi telinga anda keras.

Apa yang boleh anda lakukan untuk punca kenapa telinga berdesing?

Ia sangat bergantung kepada punca ia berlaku dan diagnosis doktor amatlah diperlukan untuk menentukan tahap keparahan kondisi ini.

Sementara itu, ada beberapa cara yang anda boleh cuba lakukan untuk mengurangkan dan mengelakkan masalah ini daripada terus berulang.

Fakta


Anda boleh cuba menelan air liur banyak kali dalam usaha membuka kembali tiub dalam telinga yang tersumbat itu.

Ataupun, anda juga boleh mencuba dengan menguap, mengunyah sesuatu atau menarik nafas sedalam yang mungkin.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Tinnitus. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tinnitus/symptoms-causes/syc-20350156. Accessed Jan 25, 2022.
  2. Tinnitus. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/tinnitus. Accessed Jan 25, 2022.
  3. Tinnitus. https://www.nidcd.nih.gov/health/tinnitus. Accessed Jan 25, 2022.
  4. Tinnitus: Ringing in the ears and what to do about it. https://www.health.harvard.edu/diseases-and-conditions/tinnitus-ringing-in-the-ears-and-what-to-do-about-it. Accessed Jan 25, 2022.
  5. Ear Infection. https://www.cdc.gov/antibiotic-use/community/for-patients/common-illnesses/ear-infection.html. Accessed Jan 25, 2022.

Versi Terbaru

30/04/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Hidung Tersumbat Buat Anda Susah Untuk Bernafas, Ikut Cara Berkesan Ini Atasinya!

5 Cara Hilangkan Selesema Yang Paling Mudah Dan Memang Berkesan, Jom Cuba!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan