backup og meta

2 Jenis Jangkitan Punca Tonsil Bengkak, Adakah Makanan Juga Antara Faktor Risiko?

Kondisi tonsil membengkak dan membesar atau tonsilitis boleh terjadi dengan tiba-tiba tanpa petanda. Persoalannya, apa punca tonsil bengkak? Adakah terdapat penyebab yang bahaya di sebaliknya?

2 Jenis Jangkitan Punca Tonsil Bengkak, Adakah Makanan Juga Antara Faktor Risiko?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, anda boleh klik di sini.

Apa punca tonsil bengkak yang sebenar?

Apa yang anda perlu tahu tentang tonsil?

Untuk pengetahuan anda semua, tonsil merupakan sepasang organ kecil yang terletak di belakang kerongkong dan memainkan peranan penting di dalam sistem limfatik tubuh badan manusia.
Ia berfungsi untuk mencegah benda asing dan mikrob terutama virus atau bakteria daripada masuk ke dalam organ penting termasuk paru-paru lalu membawa masalah pada sistem pernafasan.

Pun begitu, ada beberapa jenis mikrob yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan dan seterusnya mengakibatkan masalah tonsilitis. Berikut adalah antara punca tonsil bengkak berlaku kepada individu:

tonsil bengkak
Simptom tonsil bengkak yang perlu anda tahu.

  • Jangkitan virus – Dalam kebanyakan kes yang umum, kondisi tonsilitis adalah angkara jangkitan virus. Antara jenis virus yang paling lazim menyebabkan masalah ini merupakan adenovirus, influenza dan lain-lain.
  • Jangkitan bakteria – Dalam beberapa kes pula, kondisi ini juga boleh berlaku akibat jangkitan bakteria. Antara jenis bakteria punca masalah ini adalah strain bakteria daripada kumpulan Streptococcus pyogenes.

Ada jenis makanan penyebab tonsil?

Meskipun tiada menu makanan punca tonsil bengkak, ada juga beberapa jenis makanan atau minuman yang boleh membuat gejala kondisi ini memburuk. Dalam erti kata lain, aspek pemakanan harus dijaga.

Berikut adalah antara makanan penyebab tonsil yang perlu anda mencegah bagi merawat punca tonsil bengkak:

  • Makanan keras dan rangup – Snek seperti biskut, roti, kerepek atau keropok yang berbucu dan berhujung tajam harus dielakkan kerana ia boleh membuat tekak rasa sakit ketika menelan.
  • Buah yang masam – Buah masam terutama keluarga buah sitrus seperti limau, oren, kiwi dan lain-lain berasid tinggi. Ia sudah tentu akan memberi kesan kepada tonsil yang membengkak.
  • Rempah yang pedas – Rempah pedas termasuk cili, lada, paprika atau buah pala mampu memicu radang kepada tekak. Ia seterusnya akan membuat tonsil yang membengkak itu meradang.
  • Alkohol – Alkohol memang tidak bagus untuk kesihatan secara keseluruhan. Untuk tonsilitis, minuman ini akan membawa kepada dehidrasi yang tidak bakal membantu kondisi anda.

punca tonsil bengkak
Pemeriksaan tekak dan tonsil.

Berapa lama tonsil akan sembuh?

Untuk pengetahuan anda semua, tonsilitis ada 3 tahap utama iaitu akut, kronik dan berulang yang memerlukan masa kurang atau lebih daripada 10 hari untuk punca tonsil bengkak sembuh sepenuhnya.

  1. Tonsilitis akut – Berlaku kurang daripada 10 hari dan boleh dirawat dengan ubatan tanpa perlu pembedahan.
  2. Tonsilitis kronik – Berlaku lebih daripada 10 hari dan sukar dirawat dengan ubatan lalu perlu pembedahan.
  3. Tonsilitis berulang – Berlaku lebih daripada 7 kali dalam setahun sekali gus menandakan perlunya prosedur pembedahan.

Beberapa pantang larang tonsil yang umum

Tidak kira punca tonsil bengkak anda adalah disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria, ia tetap tonsilitis. Dan, penderita penyakit ini perlu mengamalkan beberapa pantang larang yang berikut:

Banyak minum air

Air putih begitu diperlukan pada kadar yang ideal di saat tonsil sedang bengkak supaya rasa sakit pada tekak dapat dikurangkan. Elakkan air batu atau air tidak ditapis kerana ia mungkin telah tercemar.

punca tonsil bengkak
Minum air kosong membantu merawat sakit tekak.

Ingat makan ubat

Memang benar tonsilitis boleh pulih secara sendiri, tetapi anda masih perlukan ubat seperti lozeng, acetaminophen, paracetamol, ibuprofen dan aspirin supaya proses penyembuhan berjalan lebih pantas.

Tinggal di persekitaran udara bersih

Mikrob seperti virus dan bakteria hidup di persekitaran yang kotor. Jadi, sila elak dari tempat-tempat yang penuh asap, debu atau habuk bagi mengurangkan risiko infeksi tonsilitis ini berlaku atau berulang.

Berhenti merokok

Perkara paling penting, hentikan tabiat buruk merokok tidak kira jenis tembakau atau elektronik. Ia bukan sahaja tidak bermanfaat malah berbahaya kepada kesihatan tubuh badan anda secara keseluruhan!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Tonsils, https://my.clevelandclinic.org/health/body/23459-tonsils, Accessed Oct 12 2023.
  2. Tonsillitis, https://www.enthealth.org/conditions/tonsillitis/, Accessed Oct 12 2023.
  3. Tonsillitis, https://www.mountsinai.org/health-library/diseases-conditions/tonsillitis, Accessed Oct 12 2023.
  4. How Can I Make My Tonsillitis Recover Faster?, https://entlondon.org.uk/blogs/how-can-i-make-my-tonsillitis-recover-faster/, Accessed Oct 12 2023.
  5. Recurrent Tonsillitis, https://www.texaschildrens.org/departments/ear-nose-and-throat-otolaryngology/conditions-we-treat/recurrent-tonsillitis, Accessed Oct 12 2023.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kenapa Hidung Saya Berdarah? AWAS! Ada 7 Punca, Termasuk Penyakit Bahaya Ini!

Sakit Tekak? Legakannya Dengan 6 Cara Mudah Ini, No. 4 Wajib Buat!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan