backup og meta

Pencetus Alahan Yang Perlu Anda Kenal Pasti

Pencetus Alahan Yang Perlu Anda Kenal Pasti

Sesetengah orang mempunyai alahan terhadap perkara tertentu. Hal ini berlaku apabila tubuh terlalu sensitif dan bertindak balas terhadap perkara tertentu walaupun ia bukanlah sesuatu yang membahayakan. Lain orang, lain alahannya. Justeru itu, bagi merawatnya, kita perlu tahu punca alahan dan penyebab alergi.

Apakah pencetus atau penyebab alergi berlaku?

Sebelum mengetahui penyebab alergi, jom lihat dahulu tanda jika seseorang itu mengalami alahan:

  • Gatal-gatal
  • Kulit naik ruam
  • Bersin dan batuk
  • Bibir, muka, lidah, atau mana-mana bahagian badan menjadi bengkak
  • Susah bernafas atau serangan asma
  • Pening kepala atau pengsan

penyebab alergi

Jika pernah mengalami simptom di atas, anda mungkin mempunyai alahan. Walaupun setiap orang mempunyai pencetus yang berbeza, namun terdapat beberapa perkara yang sering menjadi puncanya.

Pencetus atau penyebab alergi yang kerap menjadi punca alahan

Penyebab alergi 1. Kutu habuk

Binatang kecil ini menjadikan kulit, rambut, dan kuku manusia yang gugur secara semula jadi sebagai bahan makanannya.

Kebiasaannya kutu habuk tinggal di permaidani, bantal, tilam, dan perabot. Oleh itu, pastikan barang-barang ini dibersihkan secara berkala untuk membuang kotoran yang ada.

2. Haiwan peliharaan

Kucing, anjing, hamster, dan burung ialah antara haiwan yang kerap menjadi pencetus kepada alergi.

Jika anda kerap bersin, batuk, atau mengalami mana-mana tanda serangan alahan yang disenaraikan di atas ketika memegang atau menghampiri haiwan ini, cuba elakkan diri daripadanya.

Makanan laut punca alahan berlaku no. 3

penyebab alergi

Apa-apa makanan boleh menyebabkan alergi. Namun, makanan laut kerap menjadi puncanya.

Berhati-hati ketika mengambil makanan laut jika anda tahu ia boleh merangsang simptom alahan anda. Simptom boleh menjadi serius sehingga membuatkan anda sesak nafas.

4. Asap rokok

Berita baik untuk rakyat Malaysia apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan bahawa restoran awam dijadikan sebagai kawasan larangan merokok bermula awal tahun 2019.

Bagi mereka yang mempunyai alahan terhadap asap rokok, kerisauan anda mungkin terubat dengan pengumuman ini.

5. Debunga penyebab alergi

Anda mungkin mengalami pening kepala atau susah bernafas selepas mencium bunga tertentu. Ia mungkin disebabkan oleh debunga yang menjadi pecetus kepada alahan anda.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

6. Ubat-ubatan boleh mencetuskan alahan, ya!

Maklumat ini sangat penting untuk diketahui kerana ia akan menentukan jenis ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor kepada anda untuk merawat sebarang penyakit.

Sila maklumkan kepada doktor jika anda mempunyai alergi terhadap mana-mana ubat.

Mengenal pasti pencetus atau penyebab alergi adalah sangat penting bagi mengelakkan berlaku serangan berulang kali.

Ia bukan sahaja boleh mengelakkan ketidakselesaan tetapi juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda dan keluarga.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/allergies/symptoms-causes/syc-20351497

https://acaai.org/allergies/seasonal-allergies

https://acaai.org/allergies/types/food-allergy

10 Allergy Triggers That Could Be Lurking in Your Home

https://www.nationalasthma.org.au/living-with-asthma/know-your-triggers

https://magazine.medlineplus.gov/article/what-triggers-seasonal-allergies

https://www.aafa.org/types-of-allergies/

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

7 Barang Di Rumah Yang Boleh Jadi Punca Alahan! Jaga-Jaga, Kondom Turut Tersenarai!

Benarkah Makanan Berunsur MSG Berisiko Sebabkan Alahan? Apa Tandanya?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan