backup og meta

Kejutan Anafilaksis

Definisi

Apa itu Kejutan Anafilaksis?

Anafilaksis ditakrifkan sebagai tindak balas alergi yang boleh membawa kepada ketidaksedaran atau kematian. Ia berlaku apabila pesakit alah dan terdedah kepada makanan, ubat-ubatan, racun serangga dan lateks. Tindak balas ini boleh berlaku dalam beberapa saat atau minit selepas terdedah kepada agen alergi di mana tekanan darah pesakit tiba-tiba jatuh dan pernafasan yang normal terganggu kerana sekatan pada saluran pernafasan.

Tanda dan gejala anafilaksis termasuk nadi yang cepat serta lemah, ruam kulit, loya dan muntah-muntah.

Anafilaksis memerlukan pesakit pergi ke jabatan kecemasan dan mendapatkan suntikan epinefrin.

Apakah kebarangkalian Kejutan Anafilaksis?

Kejutan anafilaksis adalah agak biasa, berlaku pada 2% populasi penduduk. Ia boleh menjejaskan pesakit pada setiap lapisan umur. Ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kejutan Anafilaksis?

Simptom biasa bagi kejutan anafilaksis ialah:

  • Reaksi kulit, termasuk gatal-gatal, kulit kemerahan atau pucat;
  • Rasa hangat;
  • Rasa benjolan di tekak;
  • Kesukaran semasa bernafas;
  • Denyutan nadi lemah dan cepat;
  • Mual, muntah atau cirit-birit;
  • Pening atau pengsan.

Mungkin ada gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Seseorang harus mencari bantuan perubatan kecemasan apabila mengalami reaksi alergi yang teruk seperti yang dinyatakan di atas. Walaupun simptom bertambah baik selepas kecemasan berlaku dengan menggunakan autoinjektor bagi epinephrine, pesakit harus pergi ke jabatan kecemasan untuk memastikan simptom tidak berulang kembali.

Buat janji temu untuk berjumpa dengan doktor anda semasa mengalami serangan alergi yang teruk ataupun jika terdapat sebarang tanda dan simptom anafilaksis pada masa lalu.

Punca

Apakah punca Kejutan Anafilaksis?

Terdapat banyak agen alergi yang boleh mencetuskan kejutan anafilaksis, termasuk:

  • Ubatan tertentu, terutamanya penisilin;
  • Makanan, seperti kacang tanah, kacang pokok (walnut, pekan, badam, gajus), gandum (pada kanak-kanak), ikan, kerang, susu dan telur;
  • Serangga menyengat seperti lebah, tebuan dan semut api.

Penyebab utama anafilaksis yang kurang lazim termasuk:

  • Lateks (bahan berasaskan susu getah);
  • Ubat: aspirin, ibuprofen, naproxen, kontras intravena digunakan dalam beberapa ujian pengimejan x-ray;
  • Latihan: seperti aktiviti aerobik, mengambil makanan sebelum bersenam, bersenam ketika panas, sejuk atau lembap.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kejutan Anafilaksis?

Terdapat banyak faktor risiko bagi kejutan anafilaksis seperti:

  • Sejarah peribadi anafilaksis;
  • Alergi atau asma;
  • Sejarah keluarga

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kejutan Anafilaksis didiagnosis?

Kejutan anafilaksis didiagnosis melalui soalan-soalan mengenai:

  • Sejarah pengambilan makanan;
  • Sejarah apa-apa ubat yang diambil;
  • Sejarah alergi apabila kulit anda terdedah kepada lateks;
  • Sengatan dari mana-mana serangga jenis tertentu seolah-olah mungkin menyebabkan simptom anda.

Doktor anda mungkin juga meminta ujian kulit atau ujian darah dibuat untuk mendiagnosis alergi. Anda harus menyimpan senarai terperinci mengenai apa yang anda makan untuk membantu doktor mengenal pasti punca keadaan anda.

Ujian untuk mengecualikan masalah lain dengan gejala yang sama boleh dilakukan. Sesetengah masalah yang mempunyai simptom yang sama seperti kejutan anafilaksis adalah:

  • Ujian untuk gangguan sawan;
  • Satu keadaan selain alahan yang menyebabkan kemerahan atau simptom kulit yang lain;
  • Mastositosis, gangguan pada sistem imun;
  • Masalah psikologi, seperti serangan panik;
  • Masalah jantung atau paru-paru.

Bagaimana pesakit Kejutan Anafilaksis dirawat?

Ubat-ubatan boleh diberikan sekiranya berlaku kecemasan termasuk:

  • Epinefrin (adrenalin): mengurangkan tindak balas alahan badan anda;
  • Oksigen: membantu pernafasan;
  • Antihistamin dan kortison disuntik secara intravena: mengurangkan keradangan saluran udara anda dan memperbaiki pernafasan;
  • Sejenis beta-agonis (misalnya albuterol): melegakan simptom pernafasan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kejutan Anafilaksis?

Gaya hidup dan pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda mengatasi kejutan anafilaksis:

  • Elakkan pencetus alergi yang diketahui seberapa banyak yang anda boleh;
  • Bawa epinefrin sendiri, jika mungkin;
  • Ambil prednison atau antihistamina;
  • Beritahu doktor anda mengenai alahan ubat anda sebelum diberikan sebarang preskripsi ubat;
  • Berhati-hati dengan menyengat serangga, apabila mereka berada berdekatan;
  • Bacalah dengan teliti semua label bagi makanan yang anda beli dan ambil.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

28/11/2019

Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Tak Tahan Badan Gatal-gatal? Jangan Selalu Ambil Ubat Antihistamin, Ada Kesan Sampingannya!

Tak Boleh Makan Ubat Antibiotik Kalau Ada Alergi Sulfa? Kenali Alahan Jenis Ini!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 28/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan