backup og meta

Ketiak Selalu Gatal & Naik Ruam? Ini Mungkin Sebab Alahan Deodoran!

Ketiak Selalu Gatal & Naik Ruam? Ini Mungkin Sebab Alahan Deodoran!

Bahagian bawah lengan atau ketiak sering kali dikenali sebagai kawasan yang berbau ekoran kedudukannya yang agak tertutup dan kerap berpeluh itu. Dalam usaha mengelakkan dan mengurangkan bauan kurang menyenangkan ini, caranya adalah semudah dengan menyapu ubat ketiak atau deodoran.

Pun begitu, ada juga individu yang ada alahan terhadap deodoran! Apa yang boleh dilakukan ya?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Alahan, sila dapatkannya di sini.

Apa itu deodoran?

Walaupun ramai yang sudah tahu, mungkin ada juga yang kurang arif mengenai salah satu bahan kosmetik yang kebiasaannya digunakan setiap hari ini.

Deodoran adalah sejenis bahan yang dipakai pada bawah lengan bertujuan mengurangkan peluh dan bau.

Untuk pengetahuan anda, ia mengandungi bahan antipeluh (antiperspirant) yang akan mencegah kawasan ketiak daripada berpeluh dan berbau.

Bukan itu sahaja, deodoran juga adalah sama seperti sabun mandi, syampu serta alat kosmetik lain yang mengandungi pelbagai bahan kimia yang mungkin berbahaya pada kulit.

ubat ketiak

Mungkin disebabkan itu, ada individu yang alami alahan terhadap deodorant?

Ubat ketiak boleh jadi penyebab alahan?

Seperti mana yang kita semua telah tahu, deodoran mengandungi pelbagai bahan kimia yang mungkin agak berbahaya kepada kulit.

Buat individu yang tidak tahan dengannya, ubat ketiak mungkin menyebabkan alahan kulit yang dinamakan sebagai dermatitis kontak.

Penyakit ini tidak berjangkit ataupun mengancam nyawa, tetapi akan menyebabkan penghidapnya rasa tidak selesa.

Berikut merupakan antara simptom yang boleh terjadi jika ia berlaku kepada kawasan bawah lengan anda:

Kadangkala, alergi terhadap deodoran tidak akan berlaku serta-merta dan anda mungkin mendapat simptom setelah sekian lama menggunakan produk yang sama.

Produk yang dijual di pasar raya juga akan selalu melalui proses pengubahsuaian dan penambahbaikan, ia mungkin akan membuat alergen baru ditambah ke dalam formulasi.

Persoalannya, apakah bahan-bahan yang akan mencetuskan alahan ini?

Ia mengandungi bahan kimia yang berbahaya?

ubat ketiak

Setiap kali sebelum membeli barangan terutamanya kosmetik, kita semua diingatkan untuk melihat kepada label di belakang produk tersebut.

Ia bertujuan mengenal pasti sama ada ia mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh mendatangkan mudarat kepada kita.

Ambil contoh merkuri pada alat solek yang sebenarnya adalah sangat tidak bagus untuk kulit muka, dan begitu juga dengan ubat ketiak.

Buat anda yang belum tahu, sebenarnya terdapat 4 bahan utama yang boleh menyebabkan alahan pada bawah lengan iaitu; pewangi, pengawet, pewarna dan aluminium.

Oleh itu, sila lebih berhati-hati selepas ini sebelum membeli apa jua barangan okay!

Apa yang kalian boleh lakukan?

Sekiranya ia berlaku kepada anda, jangan panik dan sila dapatkan ubatan topikal daripada doktor untuk mengubati simptom alahan ini.

Antara ubatan sapuan yang mungkin akan dipreskripsikan doktor adalah corticosteroids untuk merawat dermatitis kontak yang dialami.

Namun jika ia sudah merebak ke tahap yang lebih teruk, anda mungkin perlu mengambil ubatan oral atau suntikan untuk merawatnya.

Namun mencegah itu adalah ternyata lebih baik daripada mengubat!

ubat ketiak

Disebabkan itu, anda sangat disarankan untuk menjalani pemeriksaan doktor bagi mengetahui bahan apa yang mencetuskan alahan pada ketiak anda.

Selepas mengetahuinya, maka kalian sudah boleh menentukan lantas mengelakkan deodorant yang mengandungi bahan kimia tidak sesuai untuk kulit anda.

Mudah sahaja bukan?

Gunakanlah deodoran dengan formula yang sesuai!

Akhir kata, kalian sebenarnya boleh mengelakkan alahan ini daripada terus berlaku dan berulang dengan cara menggunakan deodoran yang sesuai.

Caranya adalah dengan membeli ubat ketiak yang mengandungi formula yang sesuai dan tidak mengandungi bahan pencetus alahan pada kulit bawah lengan anda.

Sekiranya punca alahan tersebut tidak dapat diketahui, maka anda boleh cuba gunakan deodoran dengan formula hypoallergenic atau zeolite crystals.
Ini kerana kedua-dua jenis formula ubat ketiak ini hanya menggunakan bahan semula jadi yang lebih kurang risiko menyebabkan sebarang alahan pada kulit.

Untuk mendapatkan lebih informasi, sila berjumpa dan berbincang dengan doktor bagi mengetahui deodoran yang paling sesuai buat anda ya?

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Antiperspirant and Deodorant Allergy. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3013594/. Accessed Oct 12, 2021
  2. Contact reactions to cosmetics. https://dermnetnz.org/topics/contact-reactions-to-cosmetics/. Accessed Oct 12, 2021
  3. Deodorant poisoning. https://www.mountsinai.org/health-library/poison/deodorant-poisoning. Accessed Oct 12, 2021
  4. Allergic contact dermatitis from a natural deodorant: A report of 4 cases associated with lichen acid mix allergy. https://www.jaad.org/article/S0190-9622(05)00248-3/references. Accessed Oct 12, 2021
  5. Is Deodorant Harmful for Your Health? https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/health-and-wellness/2019/june/deodorant. Accessed Oct 12, 2021

Versi Terbaru

26/10/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Pakai Deodoran & Anti-Perspirant Boleh Sebabkan Kanser? Adakah Ia Fakta @ Mitos?

Risau Nak Pakai Deodoran Pada Ketiak, Benarkah Ia Penyebab Kanser Payudara?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan