home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Rawat Resdung Dengan Cara Semula Jadi, Boleh Lakukan Di Rumah Sahaja!

Rawat Resdung Dengan Cara Semula Jadi, Boleh Lakukan Di Rumah Sahaja!

Pesakit yang menghidap alergi rhinitis atau penyakit resdung pasti rasa tidak selesa apabila simptom seperti hidung berair, gatal mata dan kerap bersin datang mengganggu. Jadi, pasti ramai yang mencari alternatif lain untuk rawatan resdung di rumah.

Selalunya, doktor akan memberikan ubat-ubatan sebagai rawatan untuk resdung yang pesakit alami. Namun, tidak salah jika anda ingin melakukan sesuatu yang mudah dan tanpa menggunakan ubat untuk melegakan simptom resdung tersebut.

Cuma, ingat ya, kaedah ini bukan pengganti ubat yang diberikan oleh doktor!

Tetapi, anda boleh lakukan cara ini sebagai rawatan tambahan bersama-sama ubat yang dipreskripsi oleh doktor untuk melegakan simptom yang anda alami.

Baca lebih lanjut tentang Alahan di sini.

Legakan simptom alergi rhinitis secara semula jadi

Sebenarnya, ada banyak rawatan atau cara mudah untuk melegakan resdung yang anda boleh lakukan di rumah.

Contohnya, rawatan seperti akupuntur, alat irigasi hidung (saline spray) dan beberapa jenis herba mungkin dapat membantu anda mendapatkan kelegaan sebentar daripada simptom resdung.

Jika anda inginkan sesuatu yang boleh bantu anda bernafas dengan lebih lancar, jom cuba langkah mudah di bawah, mana tahu berkesan!

1. Rawatan resdung tradisional dengan akupuntur

rawatan resdung di rumah

Akupuntur merupakan salah satu cara perubatan tradisional cina yang melibatkan penggunaan jarum halus pada titik-titik tertentu pada badan pesakit.

Akupuntur selalunya dilakukan untuk merawat kesakitan. Namun, kaedah tradisional ini lebih popular dan menjadi pilihan ramai sebagai rawatan pelbagai jenis penyakit termasuklah resdung dan juga stres.

Walau bagaimanapun, penggunaan akupuntur untuk merawat alergi rhinitis menunjukkan keputusan yang berbeza-beza.

Sebagai contoh, kajian yang dijalankan oleh Mi, et al. (2008) mendapati, akupuntur mempunyai kesan yang positif terhadap pesakit resdung.

Walau bagaimanapun, banyak lagi ujian lain yang perlu dilakukan untuk menyokong dapatan ini.

2. Kemas rumah anda!

Nampak kelakar tapi itulah hakikatnya. Pesakit yang alami alergi rhinitis selalunya alah terhadap habuk dan juga debu.

Selain itu, hama yang terdapat pada perabot juga merupakan antara penyebab anda mengalami simptom seperti hidung berair dan kerap bersin.

Untuk mengurangkan jumlah hama di rumah, anda boleh gunakan sarung bantal dan alas tilam khas untuk mereka yang alami alergi.

Pastikan rumah anda juga sentiasa bersih agar tiada debu atau habuk melekat pada langsir, perabot dan kusyen anda.

3. Gunakan penapis HEPA untuk rawatan resdung

rawatan resdung di rumah

Penapis udara, lebih-lebih lagi yang mempunyai penapis HEPA (high efficiency particulate air) dikatakan dapat membantu mereka yang mempunyai alergi rhinitis untuk hidup dengan lebih selesa.

Malah, mereka yang mengalami alahan dan asma juga akan mengalami simptom yang lebih ringan selepas mereka menggunakan penapis HEPA di rumah.

Untuk pengetahuan anda, penapis HEPA boleh menapis partikel yang bersaiz kecil seperti debunga yang sukar dilihat dengan mata kasar.

Oleh sebab itu, ia amat berkesan untuk mengekalkan rumah anda bebas daripada sebarang alergen seperti debu dan juga habuk.

Jika anda inginkan rumah yang bebas alergen, cuba gunakan penyedut hampagas dengan penapis HEPA.

4. Saline spray untuk merawat resdung

Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Hermelingmeier, et al. pada tahun 2012, saline spray dikatakan amat bermanfaat sebagai rawatan resdung untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai alergi rhinitis.

Malah, semburan ini juga boleh didapati secara over-the-counter.

Jika digunakan dengan betul, ia amat berkesan untuk mengeluarkan semua alergen yang tersangkut pada saluran pernafasan anda.

5. Ambil suplemen butterbur untuk rawatan resdung

rawatan resdung di rumah

Butterbur atau nama saintifiknya Petasites hybridus merupakan sejenis herba yang didapati efektif untuk merawat mata yang gatal dan selalu digunakan sebagai antihistamin oral.

Walau bagaimanapun, mereka yang ingin mengambil suplemen ini dinasihatkan untuk berhati-hati kerana ia boleh menyebabkan kerosakan limpa.

Oleh sebab itu, sebelum mengambil sebarang suplemen untuk merawat resdung, pastikan anda berhubung dengan doktor terlebih dahulu untuk berbincang mengenai kesan sampingannya.

Kesimpulan

Rawatan resdung secara semula jadi juga boleh memberikan perbezaan kepada pesakit yang menghidap alergi rhinitis.

Walau bagaimanapun, harus diingat, semua langkah di atas tidak boleh menggantikan ubat-ubatan atau rawatan yang sedang anda terima daripada hospital.

Jika simptom yang anda alami tidak berkurangan, pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Ubat-ubatan dan suntikan alergi boleh membantu pesakit mengurangkan simptom alahan rhinitis yang dialami.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Familydoctor.org. 2020. Nasal Sprays: How to Use Them Correctly. September. Accessed February 15, 2021. https://familydoctor.org/nasal-sprays-how-to-use-them-correctly/.
  2. Hermelingmeier, Kristina E., Rainer K. Weber, Martin Hellmich, Christine P. Heubach, and Ralph Mosges. 2012. “Nasal irrigation as an adjunctive treatment in allergic rhinitis: a systematic review and meta-analysis.” Am J Rhinol Allergy 26.
  3. Mayo Clinic. 2020. Acupuncture. March 3. Accessed February 15, 2021. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/acupuncture/about/pac-20392763.
  4. Mi, Jiaoping, Xinye Chen, Xioyan Lin, Jianling Guo, Hongtao Chen, Liao Wei, and Hhaiyu Hong. 2018. “Treatment of persistent allergic rhinitis via acupuncture at the sphenopalatine acupoint: a randomized controlled trial.” Trials 28.
  5. NHS. 2019. Prevention. April 29. Accessed February 15, 2021. https://www.nhs.uk/conditions/allergic-rhinitis/prevention/.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Fatin Zahra Disemak pada 2 minggu lalu
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
x