backup og meta

Bengkak & Gatal Kerana Alahan Mata? Ini Cara Pencegahannya...

Bengkak & Gatal Kerana Alahan Mata? Ini Cara Pencegahannya...

Individu yang mengalami alahan seringkali berdepan simptom seperti bersin, hidung gatal atau hidung tersumbat. Tetapi bagaimana pula dengan alergik mata? Apakah simptomnya?

Umumnya, alahan juga sebenarnya boleh mendapatkan impak pada mata.

Ia boleh menyebabkan mata menjadi merah, gatal, rasa terbakar atau berair dan mungkin boleh menyebabkan kelopak mata menjadi bengkak.

Dapatkan lebih banyak info tentang Alahan, dapatkan di sini.

Apa itu alergik mata?

Dikenali sebagai alahan konjunktivitis, ia merupakan perkara biasa yang berlaku apabila mata bertindak balas terhadap sesuatu yang merengsakan mata, disebut sebagai alergen.

Mata akan menghasilkan bahan yang dipanggil histamin untuk melawan alergen, kesannya akan membuatkan kelopak mata dan konjuktiva menjadi merah, bengkak dan gatal.

Mata akan mengeluarkan air mata dan rasa terbakar. Tidak seperti konjunktivitis lain, alahan pada mata ini tidak akan tersebar atau menjangkiti individu lain.

Kebiasaannya, individu yang memiliki alahan pada mata turut memiliki alahan hidung; hidung gatal dan bersin.

alergik mata

Ia merupakan keadaan sementara yang berkaitan dengan alahan bermusim. Jika anda terus terdedah kepada penyebabnya, alahan anda mungkin akan menjadi lebih teruk.

Alergik mata boleh menyebabkan anda merasa terbakar dan kegatalan yang ketara dan menjadi sensitif kepada cahaya.

Punca alergik mata

Alahan berlaku apabila sistem imun badan bertindak balas terhadap alergen yang biasanya tidak berbahaya.

Apabila alergen ini bersentuhan dengan mata, sel-sel tertentu dalam mata akan melepaskan histamin dan bahan-bahan lain untuk melawan alergen.

Reaksi ini yang menyebabkan mata anda menjadi merah, gatal dan berair.

Alergen yang terkandung di udara – sama ada di dalam atau di luar – menyebabkan banyak alahan mata.

Anda boleh mendapat alahan haiwan iaitu daripada binatang peliharaan, debu, debunga, asap, ubatan, minyak wangi atau makanan.

Sesetengah individu mungkin alahan kepada bahan kimia pengawet yang terdapat dalam ubat titisan mata.

alergik mata

Ada masanya mata juga boleh bertindak balas terhadap alergen yang tidak semestinya bersentuhan langsung dengan mata. Ini termasuk gigitan atau sengatan serangga.

Simptom alergik mata

Antara simptom umum alergik mata adalah seperti kemerahan pada bahagian putih mata atau kelopak dalam mata.

Tanda lain seperti kegatalan, keluar air mata, penglihatan menjadi kabur, rasa terbakar, kelopak mata bengkak, sensitif terhadap cahaya.

Alahan mata berlaku sendirian atau dengan bersama alahan hidung; hidung tersumbat, bersin, gatal atau mungkin bersama alahan kulit yang dipanggil ekzema.

Anda juga mengalami sakit kepala, sakit tekak atau batuk.

Cara terbaik untuk mengenal pasti sama ada anda alahan atau tidak, adalah dengan berjumpa dengan doktor.

Baca juga:

Jenis alahan

Alahan mata secara umumnya dikategorikan kepada dua jenis:

Konjuktivitis alahan bermusim (seasonal allergic conjunctivitis, SAC)

  • Merupakan alahan biasa, ia berlaku pada musim-musim tertentu setiap tahun
  • Musim panas dan musim luruh
  • Alergen terdapat dalam udara, biasanya debunga dari rumput, pokok, spora

Konjuktivitis alahan (perennial allergic conjunctivitis, PAC)

  • Berlaku sepanjang tahun
  • Alahan mata biasa yang berlaku disebabkan habuk, haiwan atau alergen, minyak wangi, asap, klorin, pencemaran udara, kosmetik dan ubatan tertentu

Langkah pencegahan

Elakkan pencetus yang dengan melakukan perubahan pada rumah dan rutin

  • Pastikan tingkap tertutup ketika tempoh pencemaran, gunakan penghawa dingin di rumah dan dalam kereta
  • Pakai cermin mata atau cermin mata hitam ketika berada diluar untuk menghadkan terdedahnya kepada debunga
  • Bersihkan cadar katil sekerap mungkin atau gunakan cadar anti-hama
  • Basuh tangan selepas menyentuh haiwan

alergik mata

Mengawal beberapa simptom ubatan tanpa preskripsi, yang dijual di farmasi, seperti:

  • Ubat titisan tiruan
  • Elakkan menggunakan ubat titisan decongestant, untuk mata merah lebih dari seminggu, atau ia hanya menyebabkan mata anda semakin teruk
  • Oral antihistamin – ia mungkin membuatkan mata anda menjadi lebih kering dan menyebabkan simptom anda semakin teruk

Hindari penggunaan kanta sentuh. Kerana permukaan kanta sentuh dapat menarik dan mengumpul alergen yang terdapat di udara.

Sebaiknya pakai cermin mata ketika musim alahan.

Anda juga mungkin boleh pertimbangkan untuk memakai kanta sentuh pakai buang harian yang dapat mengelakkan pembentukan alergen dan kekotoran pada kanta.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Eye Allergy https://acaai.org/allergies/types/eye-allergy / Accessed on March 1, 2019.
  2. Eye Allergy Diagnosis and Treatment https://www.aao.org/eye-health/diseases/allergies-diagnosis / Accessed on March 1, 2019.
  3. EYE ALLERGY https://www.aaaai.org/conditions-and-treatments/allergies/eye-allergy/ Accessed on March 1, 2019.
  4. Eye allergy. https://www.aafa.org/eye-allergy-conjunctivitis/. Accessed on September 23, 2021
  5. Allergic Conjunctivitis. https://www.allergy.org.au/patients/allergic-rhinitis-hay-fever-and-sinusitis/allergic-conjunctivitis. Accessed on September 23, 2021.
  6. Itchy, Red Eyes? How to Tell If It’s Allergy or Infection. https://health.clevelandclinic.org/itchy-red-eyes-how-to-tell-if-its-allergy-or-infection/. Accessed on September 23, 2021.

 

 

Versi Terbaru

23/09/2021

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Rasa Letih Dan Lemah Lepas Makan Kacang Parang? Ini Alahan Atau Petanda Penyakit Bahaya?

Benarkah Makanan Berunsur MSG Berisiko Sebabkan Alahan? Apa Tandanya?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 23/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan