backup og meta

7 Tanda Anda Mungkin Mengalami Intoleransi Laktosa

7 Tanda Anda Mungkin Mengalami Intoleransi Laktosa

Pernah tak anda sakit perut selepas minum teh tarik? Jika ya, anda mungkin mengalami keadaan yang digelar intoleransi laktosa. Apakah itu?

Intoleransi laktosa adalah keadaan di mana badan anda tidak dapat menyerap laktosa, iaitu sejenis gula yang terdapat secara eksklusif di dalam susu dan produk tenusu. Badan anda hanya mampu menyerap gula dalam bentuk yang lebih ringkas iaitu glukosa atau galaktosa.

Untuk mendapatkan bentuk ini, sejenis enzim yang bernama laktase diperlukan untuk mencerna laktosa terbabit. Malangnya bagi penghidap intoleransi laktosa, enzim ini berada pada kadar yang rendah. Jadi, badan tidak mampu mencerna laktosa seterusnya gagal menyerapnya.

Bagaimana ingin tahu jika anda mungkin mengalaminya? Lihat 7 tanda berikut.

  1. Sakit perut
  2. Kembung
  3. Cirit-birit berair
  4. Sendawa berlebihan
  5. Perut berangin
  6. Loya
  7. Gatal-gatal di sekitar dubur

Semua tanda di atas kebiasaannya berlaku seawal 30 minit sehingga 2 jam selepas mengambil susu atau produk tenusu. Antara makanan atau minuman yang biasa diambil adalah teh tarik, susu coklat atau gula-gula coklat yang mengandungi susu.

Anda mungkin terkeliru dengan alahan kepada susu lembu. Dalam kes ini, ia disebabkan oleh tindak balas imun badan terhadap terhadap protein pada susu lembu, bukannya kekurangan enzim laktase.

Jika anda disahkan menghidapi intoleransi laktosa, jangan bimbang kerana ia bukanlah keadaan yang serius. Anda hanya perlu berhati-hati dengan pemakanan anda dan elakkan susu dan produk tenusu.

Pada awalnya mungkin susah untuk membiasakan diri. Tapi lama-kelamaan, ia akan menjadi mudah.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sharifah Mariam bt Syed Zainal Abidin (3 Januari 2014). Intoleransi Laktosa. Dimuat turun daripada http://www.myhealth.gov.my/intoleransi-laktosa-pengenalan-punca-a-simptom/.

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Aaron Joseph Sta Maria


Artikel Berkaitan

Tak Tahan Badan Gatal-gatal? Jangan Selalu Ambil Ubat Antihistamin, Ada Kesan Sampingannya!

Benarkah Makanan Berunsur MSG Berisiko Sebabkan Alahan? Apa Tandanya?


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan