5 Tip Diet Sihat Semasa Radioterapi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Walaupun radioterapi membunuh sel kanser, ia juga merosakkan badan anda. Radiasi menjadikan tubuh anda mengubah cara ia bertindak balas terhadap makanan dan menyerap nutrien. Berikut adalah 5 tips yang boleh anda gunakan untuk membina diet sihat semasa radioterapi anda:

1. Beri perhatian kepada badan anda

Kesan radiasi pada setiap orang berbeza dari yang lain. Walaupun sesetengah orang tidak melihat perubahan yang ketara, yang lain mungkin mengalami kesan sampingan yang teruk, termasuk loya, muntah, kehilangan selera makan, kembung perut, sakit mulut dan kesukaran menelan. Anda perlu menyesuaikan tabiat makan anda bergantung pada bagaimana tubuh anda bertindak balas. Sesetengah orang hanya boleh makan makanan yang mengandungi banyak perisa manakala sesetengahnya lebih suka makanan mereka tawar tanpa sebarang rasa. Anda hanya perlu makan apa yang membuka selera makan anda.

2. Penuhkan peti sejuk anda

Pilih makanan organik dan sihat. Adalah baik untuk menyediakan makanan sihat dan menyimpannya dalam peti sejukbeku anda sebelum anda memulakan terapi sinaran anda. Sinaran akan melemahkan badan anda.  Anda tidak akan bersemangat untuk memasak selepas setiap sesi. Apabila anda letih, anda akan menghargai makanan yang sudah disediakan terlebih dahulu. Di samping itu, anda masih boleh membeli makanan yang telah dimasak di kedai untuk memastikan rasa dan kesegarannya. 

3. Penuhi makanan anda dengan nutrien

Badan anda memerlukan nutrien untuk pulih. Makanan segera dan makanan lain yang mengandungi lebih banyak kalori berbanding nutrien tidak akan memberi manfaat kepada badan anda. Anda harus pilih makanan yang segar dan berwarna-warni agar tidak melambatkan kadar penyembuhan anda sendiri. Jika anda masih tidak mempunyai idea untuk senarai makanan yang anda perlu pilih, berikut adalah senarai membeli-belah barang runcit anda seterusnya:

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran, sebaik-baiknya semua jenis buah dan warna
  • Susu, keju, dan yogurt tanpa lemak atau lemak rendah
  • Susu dan kacang badam
  • Biji-bijian seperti beras perang dan kuinoa
  • Makanan laut, daging tanpa lemak, dan ayam

4. Ubah cara makan anda

Anda mungkin sudah biasa makan tiga kali sehari. Walau bagaimanapun, makanan yang lebih kecil saiznya dan lebih kerap boleh memberi kesan yang lebih baik, terutamanya jika radiasi membuat makanan sukar untuk dicerna. Tidak perlu menentukan waktu makan yang tetap. Makanlah sekiranya anda terasa ingin makan.

5. Kekal hidrat

Jika air terasa tawar untuk anda, anda boleh cuba menambah lebih banyak air ke dalam sup atau jus buah-buahan anda. Kesan sampingan radioterapi adalah cirit-birit. Minum banyak air akan membantu tubuh anda kekal kuat. Simpan sebotol air, atau jus buah bersama anda supaya anda boleh minum bila-bila masa yang anda mahukan.

Tabiat pemakanan anda memainkan peranan penting dalam pemulihan anda semasa menjalani terapi radiasi. Mudah-mudahan tips di atas dapat membantu anda membina diet yang sihat untuk melalui radioterapi anda dengan cepat, dengan kurang kesan sampingan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wanita Usia 30-an, Buat Ujian HPV Sekarang Jika Tak Mahu Dapat Kanser Serviks! Ini Sebabnya

    Buat golongan wanita, anda kini hanya perlu lakukan ujian HPV sebagai ujian kanser serviks yang menggantikan pap smear. Apakah maksud ujian HPV?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    HPV, Kesihatan Seksual 28/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ramai Wanita Tak Perasan Simptom Kanser Ovari Mereka, Dah Buang Rahim Pun Masih Berisiko!

    Benarkah individu yang pernah menjalani histerektomi atau prosedur buang rahim masih mempunyai risiko barah ovari? Kenapa ia boleh terjadi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kanser, Kanser Ovari 27/01/2021 . 3 minit bacaan

    Ingin Buang Ovari Untuk Cegah Kanser? Ada RISIKO Yang Perlu Anda Ketahui

    Bagi individu berisiko tinggi alami barah ovari mahupun payudara, pembedahan ooforektomi bilateral profilaksis mungkin pilihan yang boleh dipertimbangkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kanser, Kanser Ovari 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Payudara Kemerahan & Sakit? Mungkin Sebab Jangkitan Bakteria! AWAS, Boleh Ancam Nyawa!

    Pernah dengar penyakit selulitis pada bahagian payudara? Umumnya, keadaan tersebut terjadi berpunca daripada jangkitan bakteria.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan Kulit, Masalah Kulit Lain 14/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tanda kanser prostat

    Ia Mungkin Berlaku Tanpa Diduga! Lelaki, Kena Tahu Tanda Kanser Prostat Dari Awal

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan
    kesihatan anak

    8 Jenis Kanser Ini Berisiko Terjadi Kepada Si Kecil, Ibu Ayah Kena Ambil Tahu Simptomnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 12/02/2021 . 4 minit bacaan
    kanser prostat

    Makan Cendawan Seminggu 2x Boleh Cegah Kanser Prostat, Fakta Atau Mitos?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 05/02/2021 . 3 minit bacaan
    kesan sampingan kemoterapi

    Kemoterapi Mampu Panjangkan Usia Pesakit Kanser, Tapi Apa Kesan Sampingannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/02/2021 . 3 minit bacaan