Serviks merupakan kawasan pada bahagian wanita, antara faraj dan rahim. Apabila sel-sel di serviks menjadi tidak normal dan cepat berkembang, kanser serviks boleh berkembang – ia boleh mengancam nyawa jika tidak dikesan atau tidak dirawat. Sesetengah jenis virus, yang dikenali sebagai virus human papillomavirus (HPV) adalah penyebab utama hampir kesemua kes kanser serviks. Artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui bahaya kanser serviks dan apa yang perlu anda ketahui tentang masalah kesihatan ini?
Bahaya kanser serviks: Benarkah ia berbahaya?
Serviks adalah bahagian sempit pada bahagian bawah rahim atau lebih dikenali sebagai pangkal rahim. Kewujudan kanser ini boleh menjejaskan laluan masuk ke rahim. Perkembangan kanser ini adalah secara perlahan-lahan.
Kanser serviks berlaku apabila sel-sel serviks membiak secara luar biasa dan menyerang tisu-tisu dan organ-organ lain dalam badan. Apabila ia menyerang, kanser ini menjejaskan tisu bahagian dalam pada serviks dan ia berkemungkinan merebak ke bahagian badan lain terutamanya paru-paru, hati, pundi kencing, faraj dan rektum – saluran terakhir pada bahagian usus besar.
Ia cenderung untuk dialami oleh individu wanita berusia antara 30 hingga 45 tahun yang aktif dalam hubungan seksual.
Simptom kanser serviks
Individu yang mempunyai kanser serviks pada tahap awal kebiasaannya tidak mempunyai sebarang simptom. Simptom hanya mula berlaku apabila kanser berkembang dan merebak ke tisu berdekatan. Apabila keadaan ini berlaku, antara beberapa simptom umum yang sering berlaku adalah seperti:
- Pendarahan faraj tidak normal, seperti pendarahan selepas hubungan seks, pendarahan selepas menopaus, pendarahan dan tompokan darah antara tempoh haid, waktu haid yang lebih lama dan lebih banyak daripada biasa. Pendarahan selepas douching atau selepas ujian pelvik juga boleh berlaku.
- Pelepasan luar biasa dan tidak normal dari faraj, berbau- mungkin mengandungi darah dan mungkin berlaku antara tempoh atau selepas menopaus.
- Sakit semasa melakukan hubungan seks.
- Kesakitan pada pelvik.
Jika kanser sudah merebak ke tisu berdekatan, antara simptom yang mungkin dihadapi adalah:
- Mengalami masalah kegagalan buah pinggang disebabkan halangan pada saluran kencing atau usus kerana kanser merebak.
- Kesukaran membuang air kecil, kesakitan semasa kencing atau darah dalam air kencing.
- Sakit belakang atau membengkak pada kaki.
- Cirit-birit, kesakitan atau pendarahan dari rektum selepas membuang air besar.
- Keletihan, kehilangan berat badan dan selera makan, rasa sakit yang umum.
- Perut membengkak, rasa mual, muntah dan sembelit.
Tanda dan simptom yang disenaraikan di atas juga boleh disebabkan oleh keadaan dan masalah kesihatan selain daripada kanser serviks. Contohnya, ia mungkin diakibatkan oleh jangkitan yang menyebabkan rasa sakit atau pendarahan. Tetapi, jika anda mengalami antara simptom yang disebutkan, langkah terbaik anda dengan berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih terperinci. Pengabaian terhadap sebarang simptom boleh menyebabkan kanser berkembang kepada tahap yang lebih berbahaya dan mengurangkan peluang untuk mendapatkan rawatan yang lebih berkesan.
Punca kanser serviks
Kanser berlaku disebabkan bahagian yang tidak terkawal dan pertumbuhan sel-sel tidak normal. Kebanyakan sel dalam badan mempunyai jangka hayat yang ditetapkan, dan apabila ia mati, badan akan menjana sel baru untuk menggantikannya.
Tetapi, sel-sel tidak normal boleh menimbulkan dua masalah:
- Ia tidak mati
- Ia terus berkembang / berpecah
Dua masalah ini seterusnya mengakibatkan pembentukan sel-sel yang berlebihan, yang akhirnya menyebabkan pembentukan benjolan, atau tumor atau ketumbuhan. Namun, sehingga ke hari ini, saintis dan penyelidik tidak mengetahui mengapa sel-sel tersebut boleh menjadi kanser.
Walau bagaimana, terdapat beberapa faktor lain yang mungkin meningkatkan risiko kanser serviks kepada anda, seperti:
- HPV – merupakan jangkitan penyakit kelamin terdapat lebih 100 jenis HPV yang boleh wujud, dan sekurang-kurangnya 13 daripadanya boleh menyebabkan kanser serviks.
- Mempunyai ramai pasangan seksual atau terlibat secara aktif dalam melakukan hubungan seksual pada usia muda – penyebaran jenis HPV penyebab kanser selalu berlaku kerana hubungan seksual dengan pasangan yang mempunyai HPV. Individu wanita yang mempunyai banyak pasangan seksual, mempunyai risiko jangkitan HPV yang tinggi. Ini sekali gus meningkatkan risiko perkembangan kanser serviks.
- Merokok – antara faktor yang meningkatkan risiko kanser serviks, termasuk kanser yang lain.
- Sistem imunisasi lemah – risiko kanser serviks adalah tinggi kepada individu yang mempunyai HIV atau AIDS, dan individu yang menjalani pembedahan pemindahan organ atau tisu – membawa kepada penggunaan ubatan imunosupresif.
- Pil kawalan kehamilan – penggunaan beberapa jenis pil kontraseptif untuk tempoh panjang boleh meningkatkan risiko.
- Penyebaran jangkitan penyakit kelamin lain – Chlamydia, gonorrhea dan sifilis meningkatkan risiko kanser serviks.
- Status sosio-ekonomi – kadar pesakit kanser serviks adalah tinggi di kawasan berpendapatan rendah.
Gaya hidup sihat
Sesungguhnya, bahaya kanser serviks ini tidak boleh dipandang remeh. Anda boleh mengurangkan risiko kanser serviks dengan mengurangkan risiko untuk mendapat HPV. Jika anda berusia antara 9 hingga 26 tahun dapatkan suntikan vaksin HPV. Terdapat jenis yang berbeza untuk suntikan HPV, ia melawan jenis 16 dan 18 – antara jenis yang menyebabkan kanser. Sesetengah vaksin memberikan imunisasi terhadap lebih banyak jenis HPV. Sebaiknya dapatkan suntikan vaksin sebelum anda melakukan hubungan seks secara aktif.
Cara lain untuk mencegah kanser serviks adalah termasuk:
- Melakukan rutin pemeriksaan ujian Pap. Berbincang dengan doktor tentang kekerapan menjalani ujian berdasarkan usia dan keadaan kesihatan anda.
- Amalkan hubungan seks yang selamat. Pastikan pasangan anda memakai kondom.
- Hindari merokok. Individu wanita yang merokok adalah lebih risiko untuk mendapat kanser seviks.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:
- 5 Penyakit Kanser Paling Biasa Dihidapi Rakyat Malaysia
- Human Papillomavirus, Fakta Yang Perlu Anda Tahu
- Simptom HPV
- Menyingkap Mitos HIV
- Pemeriksaan Pelvik
- Ujian Pap