backup og meta

Akupunktur, Hipnosis: Adakah Rawatan Alternatif Kaedah Terbaik Ubati Kanser Perut?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 19/10/2022

    Akupunktur, Hipnosis: Adakah Rawatan Alternatif Kaedah Terbaik Ubati Kanser Perut?

    Ramai yang masih tercari-cari penawar kanser paling mujarab untuk merawat kanser perut.

    Apabila digunakan perkataan ‘penawar’, fikiran akan tertumpu kepada rawatan alternatif dan tradisional.

    Terdapat individu yang beranggapan bahawa rawatan moden memudaratkan dan ia tidak dapat menandingi kehebatan rawatan tradisional yang dianggap mujarab.

    Walau bagaimanapun, apa yang anda perlu faham, bagi rawatan kanser seperti kanser perut, setiap aspek rawatan perlu dikaji dengan kaedah saintifik sebelum ia boleh dipasarkan sebagai penawar kanser paling mujarab.

    Teruskan membaca untuk mengetahui berkenaannya dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkan di sini.

    Apa beza penawar alternatif dengan rawatan moden?

    Rawatan alternatif merupakan kaedah yang boleh digunakan untuk melegakan simptom dan meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser.

    Kaedah ini digelar sebagai rawatan komplimentari berikutan ia perlu digunakan dengan rawatan moden sedia ada bagi meningkatkan keupayaan badan untuk sembuh daripada sesuatu penyakit.

    Bagi masalah kanser perut, apabila ia sudah mencapai tahap lewat, ia sukar untuk disembuhkan atau memang tiada potensi untuk sembuh. 

    Dalam konteks tersebut, penawar alternatif yang digunakan bertujuan untuk melegakan simptom, bukan lagi untuk tujuan kesembuhan.

    Ada juga jenis rawatan alternatif yang digunakan selepas semua rawatan moden gagal memberikan sebarang manfaat kepada pesakit.

    Ia digelar alternatif berikutan ia tidak dibuktikan berkesan oleh mana-mana kajian saintifik. Perkara ini berbeza dengan rawatan moden yang telah dikaji secara mendalam.

    Antara penawar kanser paling mujarab yang sering diuar-uarkan adalah:

    1. Perubatan tradisional cina.
    2. Akupunktur.
    3. Hipnosis.
    4. Penggunaan sebarang mesin yang dikatakan boleh menyembuhkan kanser.
    5. Membersihkan badan menggunakan kaedah enema atau diet detox. Ia memerlukan persiapan dan pengambilan makanan khas.

    penawar alternatif

    Mungkin ramai yang beranggapan bahawa mereka yang menceburi bidang ini agak lekeh, namun perkara itu tidak benar.

    Golongan ini turut mendapat pendidikan formal dan latihan yang ekstensif sebelum layak memberikan khidmat.

    Sebagai contoh, mereka yang menawarkan terapi muzik dan seni sebagai penawar alternatif, perlu melalui pendidikan formal.

    Kenapa ramai orang yang berminat dengan penawar alternatif?

    Terdapat beberapa sebab kenapa individu berminat untuk mencuba perubatan alternatif:

    1. Mereka ingin melegakan kesan sampingan yang berpunca daripada perubatan kanser moden tanpa mengambil sebarang ubatan moden yang lain.
    2. Mereka mencari alternatif yang lebih boleh diterima dengan kesan sampingan yang minimum.
    3. Mereka ingin memegang peranan aktif dalam rawatan dan usaha untuk meningkatkan kualiti hidup mereka sendiri.
    4. Mereka lebih percaya kepada teori alternatif dalam penjagaan kesihatan dan kesembuhan penyakit.

    Berbeza dengan perubatan moden yang melibatkan kaedah radiasi dan penggunaan bahan kimia dalam ubat, penawar alternatif kelihatan lebih menarik dari sudut pandang segelintir individu.

    Ia berikutan kaedah rawatan ini mengguna pakai aspek kendiri seperti badan, minda dan benda semula jadi.

    Malah ada yang menjanjikan kesembuhan dengan cara yang lebih mudah, menyeluruh dan tanpa kesan sampingan. Perkara ini sememangnya tidak boleh dijanjikan oleh mana-mana doktor.

    Terdapat pelbagai jenis variasi risiko pengamalan penawar alternatif namun ada segelintir yang boleh menyebabkan komplikasi kesihatan. Ada juga yang boleh menyebabkan kematian!

    Secara definisinya, hampir semua (jika bukan semua) penawar alternatif tidak mempunyai bukti saintifik berkaitan dengan kesembuhan kanser.

    Jika ia terbukti berkesan, kebiasaannya ia akan diserap masuk ke dalam saranan perubatan utama yang tidak lagi dianggap sebagai penawar alternatif.

    Rawatan bagi kanser perut

    penawar alternatif

    Bagi kanser perut, pendekatan perubatan yang diambil kebiasaannya akan mengambil kira faktor seperti tahap kanser, usia dan sebagainya.

    Penawar alternatif boleh digunakan dengan kebenaran doktor, yakni sekiranya ia tidak menyebabkan sebarang kesan sampingan teruk atau mengganggu fungsi asas rawatan utama kanser.

    Kaedah rawatan yang diguna pakai oleh perubatan moden adalah seperti berikut:

    1. Pembedahan untuk membuang sebahagian atau keseluruhan perut berserta dengan tisu yang terkesan. Ia juga boleh melibatkan pembuangan organ lain sekiranya perlu (jika kanser sudah merebak dan sebagainya).
    2. Terapi kemo menggunakan ubat pembunuh kanser. Ia boleh membantu membunuh lebihan sel kanser yang tidak boleh dilihat oleh pakar bedah.
    3. Terapi radio mempunyai objektif yang hampir sama dengan terapi kemo. Ia boleh digunakan bersamanya untuk mengecilkan saiz tumor sebelum pembedahan.
    4. Terapi ubat bersasar bagi membunuh sel kanser dan meminimumkan kesan buruk pada sel sihat yang lain.
    5. Terapi imun untuk menguatkan sistem pertahanan badan bagi melawan dan membasmi sel kanser.

    Bergantung kepada keperluan klinikal, kaedah rawatan seperti yang dinyatakan di atas boleh jadi dijalankan secara bersendirian atau campuran bagi meningkatkan tahap keberkesanannya.

    Doktor tidak akan menawarkan sebarang penawar alternatif melainkan jika memang perubatan moden tidak boleh memberikan apa-apa kebaikan kepada pesakit.

    Konklusi

    Kebanyakan penawar alternatif tidak dibuktikan berkesan melalui kajian sains untuk menyembuhkan kanser.

    Namun, ia boleh jadi satu alternatif terbaik dalam merawat simptom bagi pesakit yang sudah tidak mempunyai peluang sembuh.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, ajukannya kepada doktor perubatan bertauliah sekarang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 19/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan