AWAS! Kerap Ambil Minuman Bergula Tingkatkan Risiko Kanser Usus

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 30/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kita semua tahu pengambilan minuman bergula seperti minuman berkarbonat atau (minuman bergas) mempunyai kesan buruk dalam jangka masa panjang kepada kesihatan.

Namun, tahukah anda, pengambilan satu tin minuman berkarbonat sehari boleh meningkatkan risiko penyakit kanser tanpa mengira BMI atau berat badan anda?

Minuman bergula sememangnya sudah diketahui boleh menyebabkan obesiti, yang mana meningkatkan risiko 13 jenis kanser.

Obesiti merupakan salah satu faktor risiko kanser sepertimana merokok dan pengambilan alkohol.

Pengambilan minuman manis bukan sahaja meningkatkan risiko obesiti dan kanser, bahkan pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes jenis 2, penyakit jantung dan kerosakan gigi.

Timbul pula tanda tanya sama ada gula secara sendiri boleh meningkatkan risiko kanser atau adakah kesannya kerana obesiti semata?

Gula, punca minuman bergas tingkatkan risiko kanser

minuman berkarbonat

Gula datang dalam pelbagai bentuk. Bentuk yang paling mudah, yang hanya mempunyai satu molekul ialah glukosa dan fruktosa manakala sukrosa adalah gabungan glukosa dan fruktosa.

Kombinasi molekul gula pula membentuk karbohidrat seperti nasi, roti, pasta dan kentang.

Glukosa merupakan keperluan untuk tenaga sel manusia yang boleh diperoleh daripada pengambilan karbohidrat mahupun daripada protein atau lemak yang ditukarkan menjadi glukosa dalam badan manusia.

Tetapi glukosa juga boleh dimanfaatkan oleh sel kanser untuk berkembang.

Satu kajian tentang kanser dan gula oleh Dewan Kanser Viktoria dan Universiti Melbourne telah dijalankan, melibatkan lebih daripada 35,000 individu dalam tempoh dua belas tahun.

Daripada jumlah tersebut, seramai 3,283 mengalami kes kanser berkaitan obesiti seperti kanser hati, ovari, pankreas dan pundi hempedu.

Para pengkaji mendapati bahawa peningkatan risiko penyakit kanser tersebut tidak bergantung sepenuhnya kepada obesiti.

Risiko penyakit kanser didapati pada semua peserta tanpa mengira berat badan mereka.

Individu yang tidak mengalami masalah berat badan berlebihan mengalami risiko yang lebih tinggi jika mereka sering ambil minuman berkarbonat.

Risiko tersebut juga didapati tidak berlaku pada mereka yang ambil minuman berkarbonat jenis diet, ini bermaksud gula adalah penyumbang utama.

Keadaan ini agak menggusarkan kerana ia mempunyai implikasi terhadap tahap kesihatan awam dalam jangka masa panjang.

Fruktos lebih berbahaya berbanding glukosa

minuman berkarbonat

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science, pengkaji menggunakan jenis gula fruktosa yang selalu digunakan sebagai pemanis dalam penghasilan minuman berkarbonat (25 % high-fructose corn syrup).

Tujuannya adalah untuk mengkaji kesannya dalam tikus yang berisiko menghidap kanser usus.

Tikus yang terlibat dalam kajian tersebut melalui proses penyuntingan maklumat genetik di mana gen yang dipanggil ‘Apc’ dibuang bagi mendapatkan kesan yang sama seperti pesakit kanser kolon peringkat awal.

Ketiadaan gen ini didapati berlaku dalam 90% pesakit kolon kanser dalam manusia. Tanpa gen ini, sel usus tidak akan berhenti membahagi dan menyebabkan terhasilnya ketumbuhan awal yang dikenali sebagai polip.

Apabila tikus tersebut diberikan minuman bergula, kebanyakan daripada mereka mengalami pertambahan berat badan dalam masa hanya satu bulan.

Untuk mengkaji sama ada gula secara sendiri atau obesiti semata yang menambahkan risiko kanser, pengkaji memberi minuman gula dengan kaedah tertentu yang dapat mengehadkan pertambahan berat badan, setiap hari selama 2 bulan.

Hasilnya, tikus tersebut tidak mengalami pertambahan berat badan secara berlebihan tetapi mendapat ketumbuhan yang lebih besar dan teruk berbanding tikus yang hanya minum air.

Perkara ini menunjukkan sekiranya berlaku ketumbuhan peringkat awal pada usus, pengambilan gula boleh membantu ketumbuhan untuk membesar walaupun pesakit tidak mengalami obesiti.

Kajian lanjut turut mendapati bahawa fruktosa sebenarnya membantu sel kanser memanfaatkan glukosa untuk perkembangannya.

Berbeza dengan glukosa, fruktosa bukanlah satu keperluan namun banyak didapati dalam minuman komersial.

Kajian demi kajian ini juga menunjukkan bahaya minuman bergas atau bergula bukanlah disebabkan risiko obesiti semata yang membawa kepada kanser.

Sebaliknya, gula secara sendirinya boleh menyumbang kepada risiko kanser meskipun pesakit tidak mempunyai masalah berat badan berlebihan mahupun obesiti.

Namun begitu, ingat, yang patut dirisaukan adalah gula tambahan dan bukannya gula dalam buah-buahan atau makanan bijirin penuh yang berkhasiat.

Rumusan

Apa yang kita makan boleh mempengaruhi tahap kesihatan, seterusnya kualiti hidup sehingga boleh menyebabkan masalah kanser sekiranya tidak diuruskan dengan baik.

Manusia, secara umumnya, tidak memerlukan fruktosa sebagai sumber tenaga maka pengambilan air berkarbonat bukanlah satu tindakan yang bijak.

Bukan sahaja ia boleh menyebabkan masalah obesiti, malah penyakit kanser usus yang boleh meragut nyawa.

Jika anda sukar untuk berhenti mengambil minuman bergas, lakukannya secara perlahan-lahan atau rujuk pakar pemakanan untuk tindakan selanjutnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Mana Satu Lagi Cepat Untuk Turunkan Berat Badan, Angkat Berat Atau Buat Kardio?

Jika anda ingin kurangkan berat badan, agak-agak anda, manakah kaedah yang lebih berkesan; senaman kardio atau sukan angkat berat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 17/11/2020 . 3 minit bacaan

Sering Sakit Perut Selepas Makan Pencuci Mulut? Jaga-Jaga! Anda Mungkin Ada Alahan…

Adakah anda pernah mengalami sakit perut setelah makan makanan manis? Ini mungkin petanda bahawa anda sebenarnya mempunyai alergi gula.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Keadaan Alergi/Autoimun, Pusat Kesihatan 17/11/2020 . 3 minit bacaan

Kanser Kolon, Pembunuh Senyap Yang Berbahaya? Awasi Penyebab Sebenar Ia Berlaku!

Mungkin ramai yang masih belum cakna mengenai penyebab kanser kolon yang sebenar bukan? Jom klik artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kanser, Kanser Kolorektal 13/11/2020 . 3 minit bacaan

Selain Kurang Makan Nasi, 10 Cara Ini Juga ‘Confirm’ Jadi Untuk Turunkan Bacaan Gula Darah

Bacaan gula dalam darah anda tinggi? Selain kurangkan makan nasi, ini 10 cara turunkan gula dalam darah lain untuk anda ikuti bagi mengawal gula darah anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diabetes, Pusat Kesihatan 12/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

nafas berbau

Sudah Gosok Gigi, Tapi Masih Ada Masalah Bau Mulut? Ini Mungkin Petanda Sakit Diabetes

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
tidur berlebihan

AWAS, Ada 7 Bahaya Jika Terlebih Tidur, Boleh Sampai Hilang Nyawa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
kerap kencing

Sering Buang Air Kecil Bukan Hanya Sebab Pundi Kencing Aktif, Ada 6 Lagi Punca Lain!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
sakit sendi

Jaga-jaga Jika Anda Sering Sakit Sendi, Ini Mungkin Tanda Hidap DIABETES!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 19/11/2020 . 3 minit bacaan