backup og meta

Ada Apa Dengan Bekam? Berkesan Atau Tidak? Ini Dapatan Kajian

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 17/06/2021

    Ada Apa Dengan Bekam? Berkesan Atau Tidak? Ini Dapatan Kajian

    Bekam ialah sejenis rawatan alternatif kuno yang telah digunakan sejak zaman Mesir Purba dan China, yang masih diamalkan oleh masyarakat dunia hingga ke hari ini. Wujudkah sebarang kebaikan bekam?

    Di dalam sebuah buku perubatan kuno iaitu Ebers Papyrus, terdapat penjelasan tentang bagaimana orang Mesir menggunakan kaedah bekam pada tahun 1550 sebelum Masihi.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Rawatan Tradisional & Herba sila dapatkannya di sini.

    Kebaikan bekam: Teknik-teknik

    Bekam dilakukan dalam dua kaedah iaitu kering dan basah.

    Dalam kedua-dua kaedah, sejenis cawan akan dilekapkan ke atas kulit dan tekanan negatif di dalam cawan akan diwujudkan sama ada menggunakan teknik pembakaran (lama) atau penyedut (moden).

    Cawan tersebut kebiasaannya dibiarkan selama 3 minit.

    Dalam kaedah basah, cawan akan diangkat dan bahagian kulit yang terbabit akan dicucuk atau dipotong dengan potongan kecil menggunakan jarum atau pisau.

    Kemudian, cawan diletakkan semula untuk menyedut sejumlah kecil darah di kawasan berkenaan. Beberapa cawan mungkin digunakan dalam satu masa.

    Selepas bekam selesai, anda mungkin diberikan krim antibiotik dan pembalut untuk mengelakkan jangkitan. Kulit akan kembali kelihatan seperti asal dalam 10 hari.

    Kajian saintifik terhadap bekam

    kebaikan bekam

    Tidak banyak kajian santifik yang dijalankan ke atas bekam.

    1 laporan dalam Journal of Traditional and Complementary Medicine mengatakan antara kebaikan bekam, ia mungkin membantu merawat masalah jerawat, kayap dan mengurangkan rasa sakit.

    Pengkaji di Australia dan China pula melihat 135 kajian ke atas bekam dan membuat kesimpulan bahawa ia mungkin menjadi antara kebaikan bekam, apabila diambil bersama-sama dengan rawatan lain seperti akupuntur atau ubat-ubatan untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan tertentu.

    Walau bagaimanapun, mereka juga menyatakan bahawa banyak kajian bersifat berat sebelah dan penyelidikan yang lebih baik amat diperlukan.

    Adakah terdapat kesan sampingan?

    Bekam secara amnya adalah selamat selagi mana ia dilakukan oleh ahli profesional terlatih.

    Namun, terdapat beberapa kesan sampingan yang mungkin berlaku seperti:

    1. Ketidakselesaan.
    2. Kulit terbakar.
    3. Lebam.
    4. Jangkitan kulit.

    Warga emas, bayi dan pesakit kronik perlu berhati-hati

    kebaikan bekam

    Golongan ini perlu lebih berhati-hati kerana mereka mempunyai sistem imun yang lemah berbanding orang biasa.

    Mungkin keadaan kesihatan mereka boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti jangkitan dan pendarahan.

    Oleh itu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum melakukannya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 17/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan