backup og meta

Akupuntur Boleh Mengurangkan Kekejangan Otot

Akupuntur Boleh Mengurangkan Kekejangan Otot

Amalan akupuntur dipercayai berasal daripada tanah besar China. Pada zaman dahulu, batu dan tulang yang ditajamkan digunakan untuk tujuan akupuntur berbanding apa yang digunakan pada masa sekarang iaitu jarum. Teori akupuntur percaya bahawa tenaga melalui keseluruhan tubuh badan (dipanggil Qi) dan boleh disalurkan untuk menggalakkan keseimbangan dan kesihatan tubuh badan. Amalan akupuntur pernah berkurangan dan kembali bertambah pada tahun 1949 apabila Kerajaan Republik Rakyat China membawa kembali amalan akupuntur dengan penubuhan beberapa institusi-institusi kajian dan perkhidmatan disediakan di beberapa buah hospital.

Akupuntur dan neurologi

Pelbagai kajian telah dilaksanakan untuk menguji dan menilai keberkesanan akupuntur terhadap beberapa keadaan kesihatan. Sesetengah kajian mendakwa akupuntur berkesan dalam menyeimbangkan tenaga didalam tubuh badan dan sesetengahnya mendakwa ianya mempunyai kesan neurologi. Saintis telah menggunapakai neurosains untuk memahami dan menerangkan bagaimana akupuntur berfungsi dan memberi manfaat kepada tubuh badan manusia. Titik akupuntur dilihat sebagai lokasi dimana tisu penghubung, saraf dan otot boleh dirangsang yang akan meningkatkan aliran darah dan mengaktifkan aktiviti penahan sakit semulajadi.

Merawat masalah otot dan sendi

Kajian yang dilaksanakan di Jerman menunjukkan bahawa akupuntur membantu sesetengah kesakitan muskuloskeletal yang memberi kesan terhadap otot, tulang dan sendi seperti sakit belakang, sakit leher, sakit lutut, kekejangan otot dan juga pening kepala. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyenaraikan beberapa keadaan kesihatan  yang mana akupuntur telah terbukti merawatnya dengan berkesan. Keadaan kesihatan itu termasuklah masalah yang berkaitan dengan sendi dan otot seperti rheumatoid arthritis, terseliuh, tennis elbow dan sciatica. The American Academy of Medical Acupuncture turut menyatakan bahawa akupuntur boleh mengurangkan kekejangan, gegaran dan kontraksi otot. Kesemua keadaan kekejangan otot ini kebiasaannya berlaku dalam kalangan atlet dan individu yang mempunyai cara hidup yang aktif.

Kajian lain telah dijalankan oleh Department of Pediatric Dentistry di Nippon Dental University di Jepun keatas dua kumpulan penghidap sakit otot. Mereka dibahagikan kepada dua jenis rawatan akupuntur; rawatan “ashi”(rawatan di titik akupuntur) dan “sham” (rawatan bukan di titik akupuntur). Kajian mendapati bahawa kedua-dua rawatan mengurangkan kesakitan otot tanpa ada perbezaan yang ketara diantara keduanya.

Pakar-pakar daripada komuniti antarabangsa telah mengumpulkan keputusan daripada 29 kajian yang melibatkan 18,000 peserta yang pernah mendapat rawatan akupuntur, akupuntur “sham”, dan yang tidak mendapatkan rawatan akupuntur. Pakar-pakar ini telah membuat kesimpulan bahawa rawatan akupuntur melegakan sakit kronik yang berkaitan dengan otot iaitu sakit leher dan belakang badan, osteoarthritis, sakit kepala yang kronik dan sakit bahu dengan peratusan sekitar 50% dan ianya diterbitkan didalam Archives of Internal Medicine.

Melalui cucukan jarum ke tubuh melalui rawatan akupuntur, tubuh badan akan melepaskan hormon yang dikenali sebagai Endorphins. Endorphins adalah penahan sakit semulajadi tubuh badan, dirembeskan didalam otak dan sistem saraf untuk membantu tubuh badan berasa rileks dan bersedia dengan mana-mana kesakitan yang akan datang. Oleh itu, otot yang tertekan tidak lagi memberikan kesakitan kepada tubuh dan mengurangkan sebarang kesakitan dan masalah yang berkaitan dengan otot.

Adalah amat penting untuk mendapatkan khidmat profesional dan pengamal berlesen atau ahli akupuntur sekiranya anda ingin mencuba rawatan ini untuk merawat masalah kekejangan otot yang dialami. Rawatan akupuntur mungkin berkesan untuk merawat masalah anda, tetapi ianya bukan alternatif atau pengganti kepada rawatan perubatan yang disediakan oleh doktor perubatan. Berbincang dengan doktor untuk sebarang perubahan yang ingin dibuat dan jangan kurangkan pengambilan dos ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Bentley S. Exercise-Induced Muscle Cramp: Proposed Mechanisms and Management.Sports Medicine. 1996.

 

  1.        Sierpina VS, Frenkel MA. Acupuncture: A Clinical Review. The Southern Medical Association. 2005.

 

  1. https://www.news-medical.net/health/Acupuncture-History.aspx

 

  1. https://www.medicalnewstoday.com/articles/156488.php

 

  1. https://www.livescience.com/29494-acupuncture.html

 

  1. https://www.livestrong.com/article/278993-acupuncture-muscle-spasms/

 

  1. https://www.beijingacu.com/acupuncture-can-cure-muscle-pain/

 

  1. https://www.health.harvard.edu/blog/acupuncture-is-worth-a-try-for-chronic-pain-201304016042

Versi Terbaru

21/02/2019

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Negara Dilanda Cuaca Panas Melampau, Ikut 10 Tip Ini Untuk Elak Jatuh Sakit!

Rawatan Jarum Kering VS Akupuntur, Mana Satu Pilihan Terbaik Buat Anda?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 21/02/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan