brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Apa Yang Boleh Penjaga Buat Jika Kucing Peliharaan Anda Disyaki Menghidapi Rabies?

Penyakit rabies kucing boleh berlaku pada kucing liar mahupun kucing indoor.Jika anda mendapati kucing kesayangan amda menunjukkan tingkah laku luar biasa selepas terdedah kepada gigitan haiwan lain boleh menimbulkan kebimbangan tentang penyakit rabies.

Apa Yang Boleh Penjaga Buat Jika Kucing Peliharaan Anda Disyaki Menghidapi Rabies?

Dalam situasi sebegini, cat parent perlu ambil tindakan yang diambil yang cepat pada kucing dan juga diri anda! Hal ini untuk melindungi diri, keluarga dan haiwan peliharaan lain di rumah.

Artikel ini menerangkan langkah tepat yang perlu dilakukan jika kucing peliharaan disyaki alami simptom rabies pada kucing.

Untuk baca lebih banyak informasi tentang Haiwan Peliharaan, anda boleh klik di sini.

4 Langkah mudah jika anda dijangkiti penyakit rabies kucing

1. Asingkan kucing dengan segera

Sebaik sahaja anda mengesyaki kucing menunjukkan tanda tidak normal seperti perubahan personaliti mendadak, air liur berlebihan, atau tingkah laku agresif tanpa sebab, asingkan kucing tersebut serta-merta!

Hal ini dapat lindungi ahli keluarga, kanak-kanak dan haiwan peliharaan lain daripada menjangkiti penyakit rabies. 

Cat parent boleh gunakan sangkar atau bilik berasingan dan elakkan sentuhan fizikal langsung sehingga penilaian veterinar dilakukan.

2. Elakkan sentuhan tanpa perlindungan

Anda perlu tahu, penyakit rabies boleh menjangkiti manusia melalui air liur dan bahaya rabies kucing pada manusia boleh menyebabkan kematian!

Oleh itu, jangan cuba mendukung kucing tersebut tanpa sarung tangan. Jangan tertipu dengan keadaan kucing anda yang kelihatan tidak berbahaya dan lemah kerana itu antara simptom anjing gila pada kucing.

Jika anda perlu memindahkan kucing anda, gunakan sarung tangan lateks, face mask N95 dan penutup muka sebagai perlindungan tambahan kerana air liur haiwan yang dijangkiti adalah cara penyakit rabies ditularkan oleh virus. 

3. Berjumpa doktor veterinar segera

Kemudian, maklumkan kepada doktor veterinar mengenai gejala rabies kucing yang dialami termasuklah lokasi yang menyebabkan kucing anda terdedah kepada gigitan haiwan liar atau haiwan lain yang tidak diketahui status vaksinasinya.

Dari sini anda akan tahu bahawa kucing anda perlu mendapat pemeriksaan segera atau diperhatikan (quarantine) di rumah dalam tempoh tertentu, bergantung kepada status vaksinasi kucing dan tahap risiko pendedahan.

4. Laporkan kepada pihak berkuasa berkaitan

Anda perlu laporkan kes yang disyaki penyakit rabies kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) atau pihak berkuasa tempatan (PBT), terutamanya di kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan berisiko rabies seperti sesetengah bahagian di Sarawak.

Laporan ini penting untuk pemantauan kesihatan awam serta membantu mengesan sebarang jangkitan rabies di kawasan kejiranan anda.

5. Kenalpasti simptom rabies pada manusia 

Sekiranya sesiapa telah digigit atau dicakar oleh kucing tersebut sebelum tanda-tanda disyaki muncul:

  1. Basuh luka segera dengan sabun dan air mengalir sekurang-kurangnya 15 minit.
  2. Dapatkan rawatan serta-merta di klinik kesihatan atau hospital terdekat untuk penilaian vaksin anti-rabies.
  3. Jangan tunggu sehingga kucing disahkan positif rabies sebelum mendapatkan rawatan kerana rawatan pencegahan selepas pendedahan (PEP) paling berkesan apabila diberikan seawal mungkin.

Adakah penyakit rabies kucing boleh dirawat? 

Malangnya, tiada rawatan yang boleh menyembuhkan rabies sebaik sahaja gejala muncul pada kucing kerana penyakit anjing gila boleh menyebabkan maut dalam masa beberapa hari selepas tanda pertama kelihatan.

penyakit rabies kucing
Lindungi si bulus anda dari penyakit anjing gila.

Untuk lindungi si bulus anda, pencegahan melalui vaksinasi adalah satu-satunya cara berkesan bukan bergantung kepada rawatan selepas jangkitan berlaku.

3 Langkah pencegahan jangka panjang penyakit rabies kucing

  1. Pastikan kucing peliharaan mendapat suntikan vaksin anti-rabies mengikut jadual yang disyorkan doktor veterinar.
  2. Elakkan kucing keluar rumah tanpa pengawasan, terutamanya di kawasan yang diwartakan berisiko rabies.
  3. Laporkan kepada pihak berkuasa tempatan jika terdapat kucing atau anjing liar berkeliaran di kawasan kejiranan anda.

Kesimpulan

Jika kucing peliharaan anda disyaki menghidapi penyakit rabies kucing, anda boleh segera asingkan kucing, mengelakkan sentuhan langsung, segera berjumpa doktor veterinar dan melaporkan kepada pihak berkuasa.

Oleh sebab rabies tidak boleh dirawat sebaik gejala muncul, pastikan kucing kesayangan anda mendapat vaksinasi anti-rabies yang lengkap sebagai langkah pencegahan paling berkesan!

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada tadi