Kena Gigit Kucing Rabies? Jangan Terus Panik, Anda Boleh Lakukan 3 Perkara Ini!
Selepas digigit atau dicakar kucing, ramai yang tertanya-tanya apakah ciri-ciri terkena rabies setelah digigit kucing ? Apa yang akan berlaku dan adakah ia bahaya?

Sekiranya anda menunggu simptom muncul sebelum mendapatkan rawatan, anda sudah terlambat kerana jangkitan rabies ini telah membuatkan manusia hampir 100% membawa maut.
Justeru, artikel ini bukan sekadar untuk mengenal pasti tanda selepas gejala muncul, tetapi lebih penting untuk memahami kenapa tindakan segera selepas gigitan adalah satu-satunya cara sebenar untuk menyelamatkan nyawa!
Untuk baca lebih banyak informasi tentang Haiwan Peliharaan, anda boleh klik di sini.
Apa itu rabies?
Rabies adalah penyakit virus yang menyerang sistem saraf pusat. Jangkitan ini boleh membawa maut disebabkan oleh virus Lyssavirus yang menyerang! Cara penularan pada manusia adalah melalui gigitan atau cakaran haiwan yang dijangkiti. Anjing adalah punca utama kepada jangkitan ini selain daripada kucing, kelawar, rakun, musang dan skunk.
Ciri-ciri terkena rabies setelah digigit kucing
1. Peringkat prodromal
Perkara ini berlaku pada 2 hingga 4 hari pertama selepas anda digigit kucing. Apabila virus mula sampai ke sistem saraf, ciri ciri awal rabies yang muncul kelihatan seperti biasa kerana anda hanya alami selesema atau demam biasa.

- Demam ringan dan rasa tidak sedap badan
- Sakit kepala dan keletihan
- Loya atau kehilangan selera makan
- Kesemutan, gatal, atau sakit di kawasan bekas gigitan adalah ciri awal rabies yang ketara kerana ia menunjukkan virus sedang merebak sepanjang saraf berhampiran kawasan gigitan, walaupun luka itu sendiri sudah pun sembuh.
2. Peringkat ganas (furious stage)
Ciri awal rabies ini menjadikan simptom rabies lebih ketara:
- Kegelisahan, kekeliruan dan tingkah laku agresif
- Hidrofobia : Anda akan alami ketakutan melampau terhadap air, kekejangan otot tekak yang menyakitkan.
- Aerofobia: Takut terhadap angin atau hembusan udara pada muka.
- Air liur berlebihan akibat kesukaran menelan.
- Sukar tidur
- Halusinasi
- Sawan
3. Peringkat lumpuh (paralytic stage)
Lumpuh yang dialami akan bermula pada anggota badan yang digigit.
- Gangguan kawalan pundi kencing dan usus.
- Apabila kelumpuhan merebak ke otot pernafasan, ia akan menyebabkan kesukaran untuk bernafas.
- Pesakit akan mengalami koma dan akhirnya meninggal dunia, dalam masa beberapa hari.
- Peringat lumpuh ini akan berlaku dari 2 hingga 7 hari.
Apa perlu dilakukan selepas digigit kucing —jangan tunggu tanda muncul!
Nak elakkan cara penularan pada manusia, ikuti langkah berikut:
- Basuh luka serta-merta dengan sabun dan air mengalir sekurang-kurangnya 15 minit.
- Dapatkan rawatan perubatan segera untuk penilaian keperluan vaksin anti-rabies.
- Laporkan kejadian kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) atau pihak berkuasa tempatan.
4 Cara kesan rabies pada manusia
Mendiagnosis ciri awal rabies pada manusia boleh menjadi sukar disebabkan oleh simptom awal yang tidak spesifik. Namun, apabila simptom neurologi muncul, diagnosis menjadi lebih mudah tetapi sering terlambat untuk rawatan yang berkesan.
Antara ujian diagnostik dilakukan termasuklah:
- Biopsi Kulit: Mengesan antigen rabies dalam sampel kulit, biasanya diambil dari leher.
- Ujian Air Liur: Mengesan virus dalam sampel air liur.
- Ujian Cecair Saraf Tunjang (CSF): Menganalisis CSF untuk antibodi terhadap virus rabies.
- Biopsi Otak (Postmortem): Dijalankan selepas kematian.
Walaupun ujian ini membantu mengesan rabies, berita yang diterima sudah terlambat untuk pakar kesihatan untuk mengubah perjalanan penyakit.
Kesimpulan
Ciri-ciri terkena rabies setelah digigit kucing bermula dengan tanda tidak spesifik seperti demam dan kesemutan di tapak gigitan, sebelum menjadi semakin melarat dan membawa maut.
Namun, perkara paling penting untuk diingati ialah jangan tunggu sehingga tanda-tanda ini muncul untuk bertindak. Anda boleh lakukan rawatan pencegahan selepas digigit kucing rabies untuk mengelakan daripada mendapat risiko rabies.