Kemalangan boleh berlaku dalam apa jua keadaan, begitu juga dengan situasi lemas. Tetapi ada ke cara cara mengelakkan insiden lemas?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat, sila dapatkannya di sini.
Meningkat setiap tahun
Tiada siapa menduga atau mahukan insiden kemalangan lemas ini untuk berlaku.
Namun apa yang menyedihkan, statistik yang dikongsikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) berkaitan insiden ini yang menyebabkan maut mencapai 400 kes setiap tahun. Sudah tentu ini adalah satu isu yang serius!
Penulis tidak menafikan keseronokan yang hadir apabila dapat bermain air terutamanya pada kanak-kanak.
Ini sudah tentu dapat penulis lihat setiap kali membawa si kecil bermain dan mandi di pantai. Tetapi pastinya terdetik juga di hati kerisauan tentang isu keselamatan saat bermain di dalam air.
Cara cara mengelakkan insiden lemas
Insiden malang ini boleh berlaku di mana sahaja; kolam renang, sungai, laut mahupun di rumah.
Jadi persoalan utama kini, apakah langkah pencegahan dan cara mengatasi insiden lemas agar tidak berulang dan khalayak dapat melakukan aktiviti air dengan selamat dan menyeronokkan?
Berikut adalah langkah pencegah yang boleh dilakukan:
Rumah
- Pastikan anda sentiasa mengawasi anak anda
- Jangan tinggalkan bayi atau kanak-kanak sendirian tanpa pengawasan
- Kosongkan bekas air seperti timba yang tidak digunakan. Sebaiknya terbalikkan bekas air tersebut
- Tutup sebarang bekas tadahan air di dalam mahupun di luar rumah
Kolam renang
- Nasihatkan anak anda supaya tidak makan atau mengunyah gula-gula getah semasa berenang, menyelam atau berada di dalam air
- Pastikan terdapat pengawal keselamatan berkelayakan bertugas
- Sentiasa awasi anak anda dan jangan biarkannya sendirian
- Pastikan anak anda menggunakan pelampung
Kawasan air lain seperti sungai atau laut
- Elakkan dari membiarkan anak bermain sendirian berhampiran air
- Ajar anak untuk mengenali tanda bahaya
- Pastikan anak sentiasa memakai pelampung jika berada di dalam air
- Berikan pakaian yang bersesuaian kepada anak
- Waspada dengan kedalaman air
- Sentiasa memantau keadaan anak
Pembelajaran atas talian
Sebenarnya, cara cara mengelakkan insiden lemas atau isu berkaitan keselamatan dalam air harus bermula dengan pendidikan.
Di mana khalayak itu sendiri yang perlu memainkan peranan untuk mengurangkan risiko insiden seperti ini daripada berlaku.
Program pendidikan yang melibatkan pengalaman pastinya dapat membuka minda setiap individu mengenai kepentingan mengetahui keselamatan di dalam air.
Baca juga: