Gosok dengan menggunakan kertas pasir kasar terlebih dahulu, kemudian barulah bertukar kepada kertas pasir yang lebih halus.
Namun ingat, alas kertas pasir dengan kain atau span terlebih dahulu bagi mengelakkan kejadian melecur.
#4. Guna ubat gigi

Ubat gigi pun boleh hilangkan warna hitam pada seterika? Ya, percaya atau tidak ia sememangnya boleh membantu anda membersihkan kesan hangus pada tapak seterika.
Anda hanya perlu meletakkan ubat gigi pada kesan hangus tersebut dan biarkan seketika terlebih dahulu.
Kemudian, ambil kain bersih dan gosok permukaan seterika sehingga warna hitam mula luntur.
Anda boleh membuat langkah ini beberapa kali untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan dan berkesan.
#5. Gosok seterika lama guna garam
Garam dapur juga boleh digunakan bagi menanggalkan warna hitam seterika anda.
Anda hanya memerlukan sekitar segenggam garam dan kerajang aluminium (aluminium foil).
Mula-mula, taburkan garam di atas kerajang aluminium.
Kemudian, buka suis seterika dan panaskannya dengan suhu yang paling tinggi.
Setelah itu, gosokkan seterika pada garam di atas kerajang aluminium tadi. Lakukan langkah ini beberapa kali sehingga kesan hitam mula menghilang.
#6. Lilin
Lilin juga boleh membantu menghapuskan kesan hangus yang ada pada seterika lama di rumah. Caranya lebih kurang sama dengan cara-cara membersihkan seterika di atas sebelum ini.
Mula-mula, buka suis seterika dan panaskannya seketika. Kemudian, ambil sebatang lilin dan gosokkan pada permukaan seterika sehingga lilin cair.
Setelah itu, tenyeh atau gosok seterika pada kain buruk atau apa-apa kain bersih yang sudah tidak digunakan lagi.
Kain yang sudah melekat dengan lilin tidak boleh digunakan lagi dan seharusnya dibuang sahaja.
Kesimpulan
Sekarang anda telah tahu 6 cara untuk hilangkan kesan hitam atau hangus yang ada pada seterika anda.
Jika kesan hitam ini berjaya dihilangkan, ia tidak lagi menyebabkan kesan pada pakaian anda apabila digosok.
Selain itu, seterika juga akan lebih cantik, bersih, berkilat dan tampak seperti seterika baharu.
Selamat mencuba!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen