backup og meta

Ada Kesan Hitam Melekat Pada Seterika Lama? Cuba 6 Cara Ini Hilangkan Kotor Pada Iron!

Ada Kesan Hitam Melekat Pada Seterika Lama? Cuba 6 Cara Ini Hilangkan Kotor Pada Iron!

Seterika lama biasanya mempunyai kesan hitam atau hangus pada bahagian bawahnya. Ia kadangkala boleh meninggalkan kesan pada pakaian yang telah digosok. Bagaimanakah cara hilangkan kesan terbakar pada seterika ini? Ikuti petua yang ingin kami kongsikan melalui penulisan di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

Cara hilangkan kesan terbakar pada seterika lama di rumah

Cuba lihat tapak seterika di rumah anda, adakah ia masih berkilat atau sudah hitam?

Seterika yang sudah agak lama biasanya mempunyai tapak yang berwarna hitam disebabkan kuantiti penggunaannya.

Oleh itu, anda boleh cuba menghilangkan warna hitam pada seterika dengan menggunakan kaedah-kaedah di bawah ini.

#1. Guna span magik

Span magik agak berbeza dengan span biasa. Ia mempunyai permukaan yang lebih halus dan juga lebih lembut.

Span ini boleh digunakan untuk menghilangkan kesan hitam pada seterika lama anda.

Caranya amat mudah, hanya sapukan sedikit sahaja krim pencuci pinggan pada span dan gosok tapak seterika anda sehingga warna hitam tersebut hilang.

Bagi mereka yang tidak tahu di mana hendak mendapatkan span ini, pergi sahaja ke kedai-kedai serbaneka berdekatan rumah anda. 

#2. Sental dengan baking soda

seterika lama

Baking soda juga berkesan sebagai cara bersihkan seterika untuk menghilangkan kesan hitam pada iron anda.

Caranya ialah:

  1. Ambil beberapa helai kain lembap dan letakkan span di atasnya.
  2. Kemudian, hidupkan seterika dan taburkan serbuk baking soda di atas permukaan seterika.
  3. Gosok baking soda tersebut dengan menggunakan kain dan span yang disediakan tadi. Sila berhati-hati kerana seterika mungkin boleh memanaskan kain yang anda pegang.
  4. Setelah itu, tutup suis seterika dan tunggu sehingga ia sejuk sebentar. 
  5. Ambil sehelai kain bersih dan lap kotoran yang telah tertanggal pada permukaan seterika.

#3. Tanggalkan kesan hitam seterika lama dengan kertas pasir

Satu lagi cara lain yang boleh anda guna untuk menghilangkan daki hitam pada seterika adalah dengan menggunakan kertas pasir.

Caranya juga amat mudah. Anda hanya perlu memanaskan seterika dan terus gosok permukaannya dengan kertas pasir.

Gosok dengan menggunakan kertas pasir kasar terlebih dahulu, kemudian barulah bertukar kepada kertas pasir yang lebih halus.

Namun ingat, alas kertas pasir dengan kain atau span terlebih dahulu bagi mengelakkan kejadian melecur.

#4. Guna ubat gigi

seterika lama

Ubat gigi pun boleh hilangkan warna hitam pada seterika? Ya, percaya atau tidak ia sememangnya boleh membantu anda membersihkan kesan hangus pada tapak seterika.

Anda hanya perlu meletakkan ubat gigi pada kesan hangus tersebut dan biarkan seketika terlebih dahulu.

Kemudian, ambil kain bersih dan gosok permukaan seterika sehingga warna hitam mula luntur.

Anda boleh membuat langkah ini beberapa kali untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskan dan berkesan.

#5. Gosok seterika lama guna garam

Garam dapur juga boleh digunakan bagi menanggalkan warna hitam seterika anda.

Anda hanya memerlukan sekitar segenggam garam dan kerajang aluminium (aluminium foil).

Mula-mula, taburkan garam di atas kerajang aluminium.

Kemudian, buka suis seterika dan panaskannya dengan suhu yang paling tinggi.

Setelah itu, gosokkan seterika pada garam di atas kerajang aluminium tadi. Lakukan langkah ini beberapa kali sehingga kesan hitam mula menghilang.

#6. Lilinseterika lama

Lilin juga boleh membantu menghapuskan kesan hangus yang ada pada seterika lama di rumah. Caranya lebih kurang sama dengan cara-cara membersihkan seterika di atas sebelum ini.

Mula-mula, buka suis seterika dan panaskannya seketika. Kemudian, ambil sebatang lilin dan gosokkan pada permukaan seterika sehingga lilin cair.

Setelah itu, tenyeh atau gosok seterika pada kain buruk atau apa-apa kain bersih yang sudah tidak digunakan lagi.

Kain yang sudah melekat dengan lilin tidak boleh digunakan lagi dan seharusnya dibuang sahaja. 

Kesimpulan 

Sekarang anda telah tahu 6 cara untuk hilangkan kesan hitam atau hangus yang ada pada seterika anda.

Jika kesan hitam ini berjaya dihilangkan, ia tidak lagi menyebabkan kesan pada pakaian anda apabila digosok.

Selain itu, seterika juga akan lebih cantik, bersih, berkilat dan tampak seperti seterika baharu.

Selamat mencuba!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

7 Green and Easy Green Recipes to Clean an Iron. https://thehappyhousecleaning.co.uk/7-green-and-easy-green-recipes-to-clean-an-iron/. Accessed on December 3, 2022. 

Cleaning Your Clogged Steam Iron. https://101daysoforganization.org/cleaning-your-clogged-steam-iron/. Accessed on December 3, 2022.

The Importance Of Cleaning Flat Iron. https://www.ipl.org/essay/Essay-On-Flat-Iron-FC3YZ7RAZ26. Accessed on December 3, 2022.

Rust Staining on Stainless Steel. Accessed on December 3, 2022.https://bssa.org.uk/bssa_articles/iron-contamination-and-rust-staining-on-stainless-steel/

Stain Removal Guide. https://www.cleaninginstitute.org/cleaning-tips/clothes/stain-removal-guide. Accessed on December 3, 2022.

Versi Terbaru

07/05/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Penat Tonyoh Baju Sekolah Anak Hitam Berdaki? Ibu Kena Cuba 7 Tip Ini, BERKESAN!

Jimat Masa Iron Zup Zap Sudah Siap, Ini 7 Tip Pakaian Mudah Gosok, Tak Perlu Iron Kayangan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan