Tahukah anda, ada lebih daripada 4,000 spesies cicak di dunia ini? Cicak yang lazim kita temui di rumah turut dikenali sebagai common house gecko, atau nama saintifiknya, Hemidactylus frenatus.
Mungkin ramai yang tidak tahu, cicak ini asalnya dari negara kita sendiri! Namun, kini ia boleh ditemui di serata dunia.
Walaupun cicak tidak beracun, ia masih boleh mendatangkan penyakit. Manakan tidak, haiwan ini makan lalat, nyamuk dan haiwan perosak lain. Jadi, bakteria daripada serangga yang dimakan cicak mungkin akan berkumpul di dalam tahinya.
Jika ada banyak cicak di rumah, sudah tiba masanya untuk anda hentikannya.
Sebenarnya, ada banyak cara hilangkan tahi cicak di dinding. Anda boleh gunakan bahan-bahan yang ada di rumah atau guna sahaja khidmat profesional!
1. Pertama sekali, kenal pasti dari mana cicak masuk
Untuk kurangkan tahi daripada cicak di dinding rumah, pertama sekali anda perlulah tahu dari mana mereka masuk. Jangan lupa, cicak mempunyai badan yang fleksibel. Jadi, ia boleh masuk melalui rekahan-rekahan kecil di rumah.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen