backup og meta

Rumah Banyak Haiwan Melekat Di Dinding, Ini Cara Buat Perangkap Cicak DIY!

Rumah Banyak Haiwan Melekat Di Dinding, Ini Cara Buat Perangkap Cicak DIY!

Sebenarnya, kediaman manusia bukan sahaja menjadi tempat tinggal untuk kita semua malah haiwan kecil yang menghuni dan menumpang di habitat serupa seperti lipas, lalat, tikus serta cicak. Dalam artikel ini, kita fokus pada kaedah menghalau haiwan yang gemar melekat di dinding. Jadi, ini cara perangkap cicak dalam rumah!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda juga boleh klik di sini.

Cicak, haiwan yang kotor?

Untuk pengetahuan anda semua, cicak adalah antara haiwan yang kotor sama dengan lipas, lalat, tikus dan lain-lain lagi kerana ia mungkin boleh membawa pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Alasannya, haiwan-haiwan yang kotor ini biasa membawa jutaan mikrob termasuk bakteria serta virus berisiko bersama tubuh badan lalu menyerang manusia dan menyebabkan mudarat pada kesihatan.

perangkap cicak

Mungkin disebabkan itu juga, individu yang menganut agama Islam disunatkan untuk membunuh haiwan kotor di dalam rumah sebelum ia mula mendatangkan banyak mudarat buat manusia.

Cicak dianggap kotor kerana ia mengeluarkan najis yang boleh mengotorkan lantai, tingkap, pintu atau langsir. Akibat daripada itu, individu terdedah kepada mikrob yang dibawa oleh najis ini.

Memandangkan najis cicak akan membuatkan sakit mata kita melihat, jadi ia perlu dibuang dengan segera sebelum menjejaskan aspek kebersihan serta kesihatan tubuh badan. Persoalannya, adakah anda perlu perangkap cicak?

Baca lagi artikel berkaitan:

Cara buat perangkap cicak DIY dalam rumah!

Menggunakan bahan-bahan dari dapur rumah sahaja, anda sudah boleh buat satu alat atau benda yang boleh memerangkap lalu menangkap cicak daripada terus menjadi igauan di rumah anda.

Jika mahu cuba membuat perangkap untuk menangkap cicak di rumah, ini bahan yang anda perlukan:

  1. Botol plastik kosong.
  2. Kapas.
  3. Air.
  4. Minyak masak.
  5. Gula atau susu pekat.

Cara membuat perangkap cicak ini juga sangat mudah. Pertama, potong botol plastik yang telah kosong menjadi dua bahagian. Kemudian, tolak tepi dahulu bahagian atas dan ambil bahagian bawah.

Selepas itu, letakkan kapas di dasar botol plastik tersebut bersama dengan air serta gula atau susu pekat, ke dasarnya agar bahan ini boleh berfungsi bagi memerangkap cicak di dalam botol.

Setelah itu, sapukan sedikit minyak masak pada bahagian dalam serta luar botol untuk melicinkan permukaannya. Selanjutnya, ambil semula bahagian atas botol dan pasang ia secara terbalik di atas botol yang telah diletakkan dengan bahan-bahan di atas tadi.

perangkap cicak

Apabila alat ini telah siap, lekatkan ia di dinding dengan pita pelekat, gam atau paku pada kawasan yang anda jangkakan akan ada banyak cicak terutama pada tempat tinggi serta di celah perabot.

Hasilnya, cicak akan terperangkap dan tertangkap di dalam botol lantas memudahkan kerja anda!

Apa lagi yang kita semua boleh lakukan?

Sebenarnya, kami bukan mahu mengajar anda mencipta alat perangkap cicak atas dasar suka-suka kerana ketahuilah bahawa ia bukan sahaja haiwan yang kotor bahkan juga membawa bahaya.

Untuk pengetahuan anda semua, kebanyakan binatang reptilia termasuk cicak mungkin membawa bakteria terutama jenis Salmonella, Clostridium, Campylobacter, Leptospira dan sebagainya.

Bakteria-bakteria di atas tadi mungkin boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit contohnya flu, demam panas, pening kepala, sakit perut, sembelit, cirit-birit, muntah-muntah dan keracunan.

perangkap cicak

Selain menggunakan perangkap cicak, wujud banyak cara lain lagi yang individu boleh cuba untuk memastikan haiwan ini tidak lagi menjadikan dinding rumah sebagai habitat seperti berikut:

  • Jaga kebersihan kediaman anda dengan baik
  • Selenggara kerosakan kediaman anda dengan betul
  • Letakkan cuka, bawang atau lemon di sekitar rumah
  • Taburkan racun haiwan perosak di sekitar kawasan rumah
  • Elak susun perabot terlalu rapat di antara satu sama lain
  • Bela haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing di dalam rumah

Dengan menggunakan tip-tip di atas, maka kewujudan cicak di dalam rumah mungkin akan dapat dikurangkan atau dihapuskan sepenuhnya. Jika ia masih degil dan tidak mahu mengalah, individu boleh mendapatkan khidmat profesional dalam bidang pest control.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Lizards, https://animalcorner.org/animals/lizards/, Accessed Sep 27 2022.
  2. How to Get Rid of Lizard In the House!, https://worldsustainable.org/how-to-get-rid-of-lizard-in-the-house/, Accessed Sep 27 2022.
  3. Diseases from Your Pets, Both Common and Exotic, https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=diseases-from-your-pets-both-common-and-exotic-1-2420, Accessed Sep 27 2022.
  4. 7 Effective Ways to Get Rid of House Lizards, https://www.99.co/singapore/insider/7-effective-ways-to-get-rid-of-lizards/, Accessed Sep 27 2022.
  5. How to get rid of lizards at home: Check here, https://www.indiatoday.in/information/story/how-to-get-rid-of-lizards-at-home-check-here-1729864-2020-10-09, Accessed Sep 27 2022.

Versi Terbaru

09/02/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Banyak Tahi Cicak Melekat-Lekat Di Dinding? Ini 5 Cara Atasi, Rumah Bersih Lepas Ini!

'Cik Ti' Bersarang Dalam Rumah? Buat 7 Cara Halau Tikus Ini, Berkesan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/02/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan