
Sebelum cuci, pastikan anda vakum karpet terlebih dahulu. Sebarang kekotoran yang melekat pada permukaan karpet akan menyebabkan proses mencuci jadi lebih sukar.
Sebelum vakum, pastikan anda:
- Alihkan sebarang perabot, wayar atau barang-barang lain yang menghalang laluan
- Vakum karpet anda dalam 2 arah, satu dalam pergerakan menegak dan satu lagi melintang
Baca juga:
2. Hilangkan kotoran degil menggunakan pencuci
Kenal pasti tompok-tompok kotor pada permukaan karpet anda. Kemudian, lakukan spot cleaning menggunakan pencuci kegemaran anda.
Spot cleaning merupakan antara langkah penjagaan karpet yang paling penting. Jika ada makanan atau minuman yang tertumpah, anda perlulah melakukan spot cleaning secepat mungkin untuk mengelakkan kekotoran tersebut melekat selama-lamanya.
Tetapi, sebelum anda lakukan spot cleaning, pastikan anda uji dahulu pencuci anda di kawasan hujung atau bucu permaidani. Perhatikan sama ada pencuci tersebut menghakis permukaan atau warna karpet anda.
Jika tidak, anda boleh gunakan pencuci tersebut untuk menanggalkan kotoran. Cuma sapukan sahaja pada karpet dan tunggu 15 minit sebelum menggosoknya dengan kain putih yang lembap.
Tip mudah!
Semasa melakukan spot cleaning, pastikan anda menggunakan kain mikrofiber atau apa-apa kain yang berwarna putih. Jika tidak, warna pada kain mungkin akan luntur dan melekat pada karpet anda.
Cara cuci karpet 3: Gunakan serbuk penaik sebagai pembersih

Pencuci profesional selalunya menggunakan gabungan serbuk penaik, pencuci, sedikit air dan kain mikrofiber untuk mencuci karpet:
- Pertama sekali, taburkan serbuk penaik ke atas karpet dan vakum untuk hilangkan sebarang debu dan pasir yang melekat pada permaidani anda.
- Letakkan beberapa titis pencuci dalam botol semburan yang mengandungi air suam. Sembur larutan tersebut pada karpet anda. Tetapi, jangan pula sampai karpet basah lencun!
- Gunakan kain buruk atau kain mikrofiber untuk lap permukaan permaidani.
- Letakkan air suam dalam botol semburan yang sama. Sembur permukaan karpet dan lap lagi sekali.
- Kemudian, gunakan berus untuk tanggalkan bulu atau benang karpet yang telah tercabut.
- Vakum sekali lagi untuk pastikan serbuk penaik dan benang yang tertanggal dapat dibuang.
Mudah bukan! Kini, anda boleh cuci sendiri karpet di rumah tanpa perlu rasa risau!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen