Ini bertujuan memudahkan aliran udara segar masuk ke dalam rumah.
Selain itu, tingkap yang dibuka juga boleh memudahkan lebih banyak cahaya matahari masuk dan membunuh bakteria yang ada dalam rumah.
#3. Kemas katil sejurus selepas bangun

Setelah anda bangun, jangan sesekali membiarkan katil dalam keadaan yang tidak kemas.
Tabiat yang paling elok adalah dengan terus mengemas katil dan melipat selimut sejurus anda bangun.
Kemudian, barulah anda boleh meneruskan aktiviti lain seperti mandi atau solat Subuh.
Tip kemas rumah 4: Minta anak sapu rumah
Setelah anak siap mandi dan memakai uniform sekolah, anda boleh minta anak-anak untuk menyapu rumah sementara menunggu anda menyiapkan sarapan.
Jika anak-anak bergilir menggunakan bilik mandi dan juga tandas, minta mereka yang masih belum mandi untuk menyapu rumah terlebih dahulu dan boleh digantikan dengan anak yang lain selepas mereka siap mandi.
Cara ini sangat menjimatkan masa anda untuk mengemas rumah.
#5. Basuh pinggan selepas makan
Selepas menikmati sarapan pagi, pastikan pinggan, mangkuk dan perkakas memasak terus dicuci bersih sebelum keluar bekerja.
Untuk anak-anak, latih mereka untuk mencuci pinggan dan cawan mereka sendiri selepas makan.
Ia bukan sahaja menjimatkan masa anda mengemas rumah, tetapi juga mendidik anak-anak untuk lebih bertanggungjawab dan berdikari.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen