backup og meta

5 Jenama Cat Paling Berbaloi Beli Tahun 2024, Boleh Bersedia Untuk Hari Raya Nanti!

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

5 Jenama Cat Paling Berbaloi Beli Tahun 2024, Boleh Bersedia Untuk Hari Raya Nanti!

Kediaman sudah mula kelihatan kusam, tidak berseri atau berlumut? Mungkin sudah sampai masa untuk anda cat semula rumah bagi menaikkan seri dan menjadikannya lebih menarik. Apatah lagi dengan hari raya yang bakal menjelma nanti, rumah akan kelihatan lebih ‘segar’ dengan warna cat baharu. Apakah jenis cat pilihan anda? Lihat jenama cat rumah dan jenama cat murah Malaysia yang kami sarankan di bawah ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

Kepentingan memilih cat berkualiti tinggi

Memilih jenama cat rumah berkualiti tinggi untuk rumah anda bukan sahaja penting untuk estetika, tetapi juga untuk memelihara kesihatan.

Cat yang berkualiti tidak hanya mencantikkan ruangan, tetapi juga memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan penghuni di dalamnya.

Antara kepentingannya adalah:

  1. Kualiti udara dalam rumah

Cat berkualiti rendah sering kali mengandungi bahan kimia berbahaya seperti sebatian organik meruap (VOC) yang tinggi.

Bahan ini boleh meruap ke udara, mempengaruhi kualiti udara dalam rumah lalu menyebabkan masalah kesihatan seperti sakit kepala, alergi atau masalah pernafasan.

jenama cat rumah
Antara jenis-jenis alahan yang biasa berlaku.
  1. Ketahanan dan durabiliti

Jenama cat rumah yang berkualiti lebih tahan lama, dan mengurangkan keperluan untuk mengecat semula secara berkala.

Ini bukan sahaja menjimatkan kos dalam jangka panjang, tetapi juga mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia semasa proses pengecatan.

  1. Perlindungan daripada kulat dan bakteria

Cat berkualiti biasanya mempunyai ciri antikulat dan antibakteria, yang membantu menghalang pertumbuhan kulat dan bakteria pada dinding.

Ini kerana kedua-duanya boleh mempengaruhi kesihatan dan merosakkan estetika dinding.

jenama cat rumah yang patut anda pertimbangkan

Terdapat pelbagai jenis cat yang boleh dibeli untuk rumah anda.

Namun, setiap jenis cat daripada pengeluar yang berbeza semestinya tidak sama.

Setiap pengilang pastinya menawarkan kelebihan dan keunikan produk masing-masing. Ini antara jenis cat yang boleh anda pertimbangkan.

#1. Jenama cat rumah: Nippon Paint Easycoat Interior Emulsion

Nippon Paint merupakan salah satu jenama cat yang paling terkenal di Malaysia.

Ditubuhkan sejak tahun 1967, Nippon Paint telah berkembang menjadi antara pengeluar utama dalam industri cat di negara ini.

Antara produk jenama ini yang berkualiti adalah Nippon Paint Easycoat Interior Emulsion.

Ia adalah antara pilihan cat dengan harga yang berpatutan, tetapi mempunyai kualiti yang tinggi.

Selain itu, Nippon Paint turut menawarkan pelbagai pilihan warna yang menarik dan terkini, membolehkan pelanggan memilih warna yang sesuai dengan keinginan dan keperluan mereka.

#2. ICI Dulux Inspire Interior Smooth Sheen Paints

Dulux adalah jenama cat keluaran AkzoNobel yang berpangkalan di Amsterdam.

Jenama ini sangat dikenali di seluruh dunia dengan variasi cat yang inovatif dan mesra alam.

Salah satu jenama cat terbaik untuk luar rumah Dulux ialah ICI Dulux Inspire Interior Smooth Sheen Paints yang dilengkapi dengan teknologi Chroma Brite.

Ia menjadikan jenis cat dinding luar rumah ini lebih tahan lama dan berkualiti tinggi.

Selain itu, cat ini juga mempunyai warna yang lebih cerah dan tidak mempunyai bau yang begitu kuat berbanding jenis cat lain.

Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan pelbagai pilihan warna yang begitu banyak sehingga boleh membuatkan anda rambang mata ketika memilih cat untuk kediaman anda. 

#3. Jenama cat rumah: Jotun Essence Easy Clean For Interior Use

Siapa sahaja yang tidak mengenali jenama Jotun.

Selain daripada jenama cat terbaik untuk luar rumah, Jotun juga mempunyai siri cat untuk kegunaan bahagian dalam kediaman.

Salah satunya adalah Jotun Essence Easy Clean For Interior Use.

Cat jenis ini mengandungi kandungan VOC yang rendah, maka ia lebih mesra alam dan selamat untuk penghuni rumah.

Selain itu, disebabkan kandungan VOC yang rendah, cat ini juga tidak berbau kuat.

Kelebihan lain cat ini adalah ia mudah dilap atau dibersihkan.

Jika si manja menconteng dinding, anda boleh menggunakan kain basah sahaja untuk memadamkan kotoron atau contengan pada dinding.

Anda tidak perlu risau kerana cat keluaran Jotun dihasilkan dengan teknologi tinggi bagi menjamin kualiti dan ketahanan produk mereka.

Oleh itu, cat tidak akan luntur atau rosak apabila dinding dibersihkan dengan kain basah.

#4. Jenama cat murah Malaysia: Seamaster Fire Proof Paint Coating Water Base

Bagi anda yang mengutamakan keselamatan selain daripada kecantikan semata-mata, produk cat keluaran Seamaster ini mungkin pilihan utama anda.

Ini kerana, cat ini dihasilkan khas dengan bahan yang kalis api.

Ia membantu mengurangkan kadar kebakaran pada rumah jika berlaku musibah kebakaran yang tidak dijangka.

Walau bagaimanapun, perlu difahami bahawa cat ini hanya bertindak mengurangkan potensi rumah anda daripada terjejas teruk akibat kebakaran, bukannya mengelakkan rumah daripada tidak disentuh api langsung.

Sesuai dengan kelebihannya, harga cat ini sedikit mahal berbanding cat-cat lain. 

#5. Jenama cat rumah: KCC Vinyl Glow

KCC Paint adalah antara pengeluar cat terbesar di Korea Selatan.

Sebagai syarikat cat terkemuka di Korea, KCC Paint memiliki pengalaman dan kepakaran yang luas dalam industri cat dan undercoat.

Salah satu inovasi jenama cat terbaik untuk luar rumah yang terkenal adalah KCC Vinyl Glow.

Kelebihan utama produk ini adalah:

  • tekstur cat bersinar
  • tekstur cat berkilau

Jadi, apabila ia disapu pada dinding kediaman anda, ia akan memberikan kesan sedikit berkilau berbanding cat biasa lain.

Selain itu, produk ini juga tidak mengandungi campuran merkuri atau plumbum dan ia adalah pilihan yang lebih selamat berbanding cat-cat lain. 

Kesimpulan

Memilih jenama cat rumah yang tepat adalah keputusan penting yang bukan hanya mempengaruhi estetika dan keindahan rumah anda, tetapi juga kesihatan dan kesejahteraan penghuninya.

Menerusi informasi berkenaan beberapa jenis cat dinding luar rumah dan jenama cat murah Malaysia, diharapkan anda dapat membuat keputusan yang tepat untuk projek mengecat kediaman nanti. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Paints. https://www.hercenter.org/facilitiesandgrounds/paints.php. Diakses pada Februari 1, 2024. 

Paint. https://www.ewg.org/healthyhomeguide/paint/. Diakses pada Februari 1, 2024.

What Role Do VOCs Play in Products?. https://greenseal.org/guide-to-vocs-in-paint-and-cleaning-products/. Diakses pada Februari 1, 2024.

Pick the Perfect Paint Finish for Every Room. https://www.consumerreports.org/home-garden/paints/pick-the-perfect-paint-sheen-for-every-room-a7611073067/. Diakses pada Februari 1, 2024.

Chemical and Other Hazards in Painting. https://www.osha.gov/sites/default/files/2019-04/Chemicals_in_Painting_Materials.pdf. Diakses pada Februari 1, 2024.

Versi Terbaru

23/09/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

4 Sebab Kita Perlu Amal Gaya Hidup Sihat, Yang Pertama Paling Ramai Suka!

Hati-hati Memandu Di Hari Raya! Ini 5 Punca Utama Kemalangan Jalan Raya


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 23/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan