Sesetengah individu mengalami kuat berpeluh lebih banyak daripada yang lain, lebih-lebih lagi dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun. Kadangkala, selalu berpeluh ini boleh mengganggu aktiviti harian serta mengurangkan keyakinan diri.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Habit Sihat, sila dapatkannya di sini.
Apakah tip untuk mengurangkan kuat berpeluh
1. Cara kurangkan kuat berpeluh – Kurangkan makan pedas
Masyarakat Malaysia, terutamanya Melaka dan Negeri Sembilan sangat menggemari makanan pedas.
Namun, makanan ini merangsang badan anda untuk berpeluh dengan lebih banyak.
Jika anda tidak mahu ia berlaku, kurangkan pengambilannya. Kalau biasa anda ambil tiga biji cili padi sebagai ulam, cuba kurangkan kepada satu sahaja.
2. Pilih pakaian yang betul
Pakai pakaian yang nipis dan cerah. Jika anda selalu berpeluh dan perlu memakai pakaian rasmi yang tebal seperti jaket, gunakan baju dalam untuk mengelakkan baju kemeja anda nampak basah.
3. Pilih antiperspirant yang betul
Ramai yang mungkin tidak tahu perbezaan antara deodorant dan antiperspirant.
Deodorant menghalang pertumbuhan bakteria yang menyebabkan bau badan, tetapi ia tidak mengurangkan peluh.
Tetapi fungsi antiperspirant pula adalah dapat mengurangkan masalah peluh itu.
Antiperspirant terbaik adalah yang berasaskan aluminium. Gunakan sebelum tidur dan semasa ingin keluar rumah.
4. Elakkan persekitaran panas
Kurangkan duduk di bawah terik matahari atau tempat yang sesak.
Keadaan-keadaan ini akan merangsang badan anda untuk berpeluh. Jika di rumah, gunakan kipas atau pendingin hawa.
5. Kerapkan mandi
Anda mungkin perlu mandi lebih banyak dari biasa jika selalu berpeluh. Gunakan sabun antibakteria untuk mendapatkan badan yang lebih selesa dan penghilang bakteria.
Keringkan badan anda dengan sempurna kerana bakteria boleh hidup di persekitaran lembap.
6. Jumpa doktor jika masalah berlanjutan
Keadaan selalu berpeluh anda mungkin disebabkan keadaan kesihatan seperti masalah tiroid.
Oleh itu, dapatkan pemeriksaan doktor jika mempunyai kerisauan tentang keadaan anda.
Kini anda telah tahu 6 tip untuk atasi masalah bau badan kerana selalu berpeluh. Semoga artikel ini membantu mendapatkan penyelesaian terbaik untuk anda.
[embed-health-tool-bmi]