Selalu Sangat Layan Drama Korea Dalam Tandas, Akhirnya Dapat Buasir

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Sering melihat rakan anda membawa telefon masuk ke tandas? Anda boleh mula menasihatinya untuk menghentikan tabiat tersebut. Jika anda tidak mahu rakan anda mendapat buasir, elakkan daripada menggunakan telefon semasa membuang air besar. Kedengaran sedikit pelik atau tidak berkaitan? Jom baca artikel ini mengapa kami nasihatkan anda sebegitu. 

Dr. Sarah Javis, doktor perubatan dan pengarah klinikal patient.info menyatakan, penggunaan telefon dalam tempoh yang lama seperti melayari media sosial dan email semasa membuang air besar boleh menyebabkan buasir kepada seseorang individu. Ini kerana meneran dalam tempoh masa yang lama bagi membuang tinja akan memberikan tekanan pada salur darah di bahagian rektum yang menyebabkannya menjadi bengkak. 

Menurut beliau lagi, sembelit, kehamilan, batuk yang kronik, obesiti, umur yang semakin tua, dan tabiat meneran najis yang terlalu lama adalah antara faktor risiko utama terjadinya buasir. Begitu juga dengan peranan telefon bimbit yang menjadi antara faktor utama terjadinya buasir terhadap seseorang individu. Jika dahulu, ramai yang gemar membawa surat khabar atau buku ke dalam tandas, kini telefon bimbit telah menjadi pengganti buku yang jauh lebih menarik dan interaktif, dan ini lebih berisiko berbanding penggunaan buku atau surat khabar. 

Bagaimana buasir terjadi?

Buasir adalah salur darah yang membengkak di dalam bahagian dubur dan rektum, sama seperti salur darah varikos. Ia boleh terjadi di bahagian dalam rektum yang juga dikenali sebagai buasir dalaman, atau di bawah bahagian kulit sekitar dubur (buasir luaran). 

Pada kebiasaannya, buasir akan menghilang dengan sendirinya tetapi boleh menjadi sangat menyakitkan sekiranya bahagian buasir dalaman ditekan ke bahagian luar melalui bukaan dubur yang dipanggil sebagai prolapsed haemorrhoid.

Simptom-simptom terjadinya buasir

Terdapat beberapa simptom yang boleh dikenal pasti sekiranya anda mengalami buasir. Antara simptom tersebut adalah:

  • Darah yang berwarna merah cerah di dalam najis
  • Gatal-gatal di sekitar dubur
  • Perasaan seperti masih ingin membuang air walaupun selepas anda baru sahaja membuang air
  • Mukus berlendir pada seluar dalam anda atau tisu tandas selepas anda mengelap dubur anda
  • Kesakitan yang dialami di sekitar dubur

Sebagai pencegahan awal daripada terjadinya buasir, anda dinasihatkan untuk mengamalkan diet yang sihat dengan cara memperbanyakkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat seperti betik dan pisang. Seiring dengan pengambilan makanan kaya serat, adalah penting juga untuk anda memastikan pengambilan air yang banyak dan mencukupi bagi mengelakkan terjadinya masalah lain seperti sembelit. Sekiranya anda mengesyaki bahawa anda telah mengalami buasir, rujuk dan dapatkan rawatan daripada doktor atau doktor pakar bagi mengelakkan ia berlanjutan dan bertambah buruk. Paling penting, elakkan daripada menonton drama bersiri dengan menggunakan telefon bimbit di dalam tandas sebagai antara langkah pencegahan yang boleh diambil. Namun, kami mengakui bahawa tandas merupakan antara lokasi yang paling tenang untuk menonton drama tanpa sebarang gangguan. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Lubang Dubur Rasa Gatal? Ini Mungkin Petanda Jangkitan Yis, Bukan Jadi Pada Faraj Dan Zakar Saja!

    Jangkitan yis terjadi apabila kulat Candida tumbuh secara tidak terkawal di permukaan kulit atau dalam badan, ini termasuklah jangkitan kulat di dubur.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Katanya Selain Pembedahan, Buasir Boleh Dirawat Guna Kaedah Suntikan, Selamat Ke?

    Anda ingin mencari rawatan buasir yang tidak melibatkan pembedahan seperti prosedur suntikan sclerotherapy? Bagaimana dengan risiko kesan sampingan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 28/08/2020 . 3 minit bacaan

    Rimas Dengan Bulu Kemaluan? Jangan Cukur Dulu, Ada Manfaatnya Pada Kesihatan

    Pernah terfikir kenapa anda ada bulu kemaluan? Macam tiada fungsi saja, bukan? Namun sebenarnya, rambut pada bahagian sulit ada manfaat kesihatan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 16/06/2020 . 3 minit bacaan

    ‘Main Belakang’ Boleh Buat Wanita Hamil? Ini Risiko Seks Anal Yang Anda Mesti Tahu

    Bagaimana dengan seks anal atau seks melalui dubur, adakah wanita hamil jika melakukannya? Adakah terdapat sebarang kesan lain yang boleh berlaku?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan, STDs & STIs 30/04/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    buasir ketika hamil

    Bahaya Jika Ibu Mengandung Alami Buasir, Salah Satunya Tak Boleh Bersalin Normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
    petua kecutkan buasir

    Ingin Guna Minyak Gamat Untuk Rawat Buasir? Sekejap, Berkesan Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
    urat simpul

    Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil! Ini Keadaan PERIT Yang Dialami Bakal Ibu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    rawat buasir

    Pecahkan Buasir Untuk Legakan Kesakitan? AWAS, Tindakan Itu Mengundang Bahaya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan