backup og meta

Selalu Sangat Layan Drama Korea Dalam Tandas, Akhirnya Dapat Buasir

Selalu Sangat Layan Drama Korea Dalam Tandas, Akhirnya Dapat Buasir

Adakah anda tahu, tabiat meneran najis lama kerana menonton drama Korea di dalam tandas boleh jadi punca buasir? Tidak percaya?

Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui penjelasannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Kaitan penggunaan telefon, drama Korea & meneran najis

Sering melihat rakan anda membawa telefon masuk ke tandas? Anda boleh mula menasihatinya untuk menghentikan tabiat tersebut.

Jika anda tidak mahu rakan anda mendapat buasir, elakkan daripada menggunakan telefon semasa membuang air besar. Kedengaran sedikit pelik atau tidak berkaitan? 

Menurut Dr. Sarah Javis, doktor perubatan dan pengarah klinikal patient.info menyatakan, penggunaan telefon dalam tempoh yang lama seperti melayari media sosial dan email semasa membuang air besar boleh menyebabkan buasir kepada seseorang individu.

Ini kerana meneran dalam tempoh masa yang lama bagi membuang tinja akan memberikan tekanan pada salur darah di bahagian rektum yang menyebabkannya menjadi bengkak. 

Menurut beliau lagi, sembelit, kehamilan, batuk yang kronik, obesiti, umur yang semakin tua, dan tabiat meneran berak yang terlalu lama adalah antara faktor risiko utama terjadinya buasir.

Begitu juga dengan peranan telefon bimbit yang menjadi antara faktor utama terjadinya buasir terhadap seseorang individu.

Jika dahulu, ramai yang gemar membawa surat khabar atau buku ke dalam tandas, kini telefon bimbit telah menjadi pengganti buku yang jauh lebih menarik dan interaktif, dan ini lebih berisiko berbanding penggunaan buku atau surat khabar. 

meneran najis

Meneran najis punca buasir?

Buasir adalah salur darah yang membengkak di dalam bahagian dubur dan rektum, sama seperti salur darah varikos.

Ia boleh terjadi di bahagian dalam rektum yang juga dikenali sebagai buasir dalaman, atau di bawah bahagian kulit sekitar dubur (buasir luaran). 

Pada kebiasaannya, buasir akan menghilang dengan sendirinya tetapi boleh menjadi sangat menyakitkan sekiranya bahagian buasir dalaman ditekan ke bahagian luar melalui bukaan dubur yang dipanggil sebagai prolapsed haemorrhoid.

Simptom-simptom terjadinya buasir

meneran najis

Terdapat beberapa simptom yang boleh dikenal pasti sekiranya anda mengalami buasir. Antara simptom tersebut adalah:

  • Darah yang berwarna merah cerah di dalam najis
  • Gatal-gatal di sekitar dubur
  • Perasaan seperti masih ingin membuang air walaupun selepas anda baru sahaja membuang air
  • Mukus berlendir pada seluar dalam anda atau tisu tandas selepas anda mengelap dubur anda
  • Kesakitan yang dialami di sekitar dubur

Sebagai pencegahan awal daripada terjadinya buasir, anda dinasihatkan untuk mengamalkan diet yang sihat dengan cara memperbanyakkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan serat seperti betik dan pisang.

Seiring dengan pengambilan makanan kaya serat, adalah penting juga untuk anda memastikan pengambilan air yang banyak dan mencukupi bagi mengelakkan terjadinya masalah lain seperti sembelit.

Baca juga:

Sekiranya anda mengesyaki bahawa anda telah mengalami buasir, rujuk dan dapatkan rawatan daripada doktor atau doktor pakar bagi mengelakkan ia berlanjutan dan bertambah buruk.

Paling penting, elakkan daripada menonton drama bersiri dengan menggunakan telefon bimbit di dalam tandas dan meneran najis terlalu lama sebagai antara langkah pencegahan yang boleh diambil.

Namun, kami mengakui bahawa tandas merupakan antara lokasi yang paling tenang untuk menonton drama tanpa sebarang gangguan. 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Using your mobile phone while you’re on the toilet could lead to PILES because you spend longer straining, doctor warns. https://www.dailymail.co.uk/health/article-7482829/Cant-toilet-without-phone-lead-PILES-doctor-warns.html, Accessed on Nov 19, 2019
  2. The Relationship Between Hemorrhoids and Smartphone Use in the Lavatory. https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT03444389, Accessed on May 22, 2023
  3. 5 Simple Ways To Prevent Hemorrhoids. https://health.clevelandclinic.org/5-simple-ways-you-can-prevent-hemorrhoids/, Accessed on May 22, 2023
  4. Haemorrhoids. https://www.healthdirect.gov.au/haemorrhoids-piles, Accessed on May 22, 2023
  5. Varut Lohsiriwat. Hemorrhoids: From basic pathophysiology to clinical management. Published online 2012 May 7. doi: 10.3748/wjg.v18.i17.2009
    PMCID: PMC3342598PMID: 22563187. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3342598/, Accessed on May 22, 2023

Versi Terbaru

29/05/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Petua Kecutkan Buasir Yang Popular, Sapu Minyak Gamat, Berkesan Ke?

Sukar 'Buang Angin' Mungkin Petanda USUS TERSUMBAT! Ada 3 Diet Untuk Atasinya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 29/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan