brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Puasa Tanpa Masalah Perut! Ini Tip Jaga Sistem Pencernaan Ketika Ramadan

Penjagaan sistem pencernaan adalah sangat penting sepanjang bulan Ramadan.

Puasa Tanpa Masalah Perut! Ini Tip Jaga Sistem Pencernaan Ketika Ramadan

Ini kerana melalui proses pencernaan akan memecahkan makanan kepada nutrien yang diperlukan oleh tubuh anda.

Jika anda mengabaikan penjagaan kesihatannya, tubuh anda mungkin menghadapi masalah penyerapan nutrien.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, klik di sini.

Tip penjagaan sistem pencernaan manusia sepanjang puasa

Makan makanan tinggi serat

Pengambilan makanan tinggi serat dan kaya dengan bijirin, sayur-sayuran, kekacang dan buah-buahan boleh meningkatkan kesihatan pencernaan anda.

Amalam ini bukan sahaja baik untuk diamalkan semasa puasa sahaja tetapi hari-hari lain juga.

proses pencernaan
Lebihkan pengambilan makanan berserat.

Ini kerana makanan dengan serat yang tinggi membantu menjaga pergerakan makanan melalui saluran penghadaman anda, menjadikan kecenderungan mengalami sembelit adalah kurang.

Selain itu, ia juga membantu anda mencegah atau merawat pelbagai keadaan pencernaan, seperti divertikulosis, buasir, dan sindrom usus besar (IBS).

Di samping itu, ia dapat membantu anda mencapai atau mengekalkan berat badan yang ideal.

Hadkan makanan berlemak untuk bantu proses pencernaan di perut

Secara umum, makanan berlemak cenderung melambatkan proses pencernaan, menjadikan anda lebih mudah mendapat sembelit.

Walau bagaimanapun, memasukkan sedikit lemak ke dalam diet anda adalah penting sebagai bekalan tenaga.

Tetapi, makanan berlemak berserta dengan makanan serat tinggi menjadikannya lebih mudah pada sistem pencernaan anda.

Kekal dehidrasi bantu proses pencernaan

Walaupun berpuasa, anda perlu memastikan tubuh mendapat air kosong secukupnya iaitu 8 gelas sehari bagi mengekalkan kesihatan sistem pencernaan.

proses pencernaan
Tip pengambilan air semasa puasa.

Dengan kuantiti pengambilan air yang mencukupi, serat akan menariknya bersama ke dalam usus besar bagi membentuk najis yang lebih lembut dan melepasi dengan mudah, seterusnya mencegah sembelit.

Ambil masa

Walaupun anda sedang kelaparan akibat sehari berpuasa tanpa makan dan minum, jangan sesekali makan dengan gelojoh atau tergesa-gesa.

Perlahan-lahan dan mengunyah setiap gigitan sekurang-kurangnya 20 kali.

Ini memberi banyak masa perut anda untuk mempersiapkannya mencerna nutrien yang anda berikan, dan membolehkan tubuh dan otak anda memberitahu anda ketika anda sudah cukup atau kenyang.

Elakkan tekanan

proses pencernaan
Elakkan tekanan berlebihan.

Terlalu banyak tekanan atau kegelisahan boleh menyebabkan proses pencernaan anda berfungsi secara berlebihan. Oleh itu, cari aktiviti yang boleh mengurangkan tekanan dan lakukannya secara teratur.

Jika masalah sakit perut anda masih tidak berkurangan walaupun telah mencuba tip yang dikongsikan, lakukan pemeriksaan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
medical
Dr. Amy Kor
Disemak secara perubatan oleh
Dokter Umum · Hello Health Group
Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 10/02/2026