Elakkan Makanan Ini Jika Anda Menghidap Psoriasis

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Psoriasis ialah sejenis keadaan radang pada kulit. Keadaan ini membuatkan kulit menjadi tebal lebih cepat daripada biasa. Bahagian yang biasa terkesan ialah kulit kepala, lutut dan siku. Namun, mana-mana bahagian kulit boleh terkesan, termasuk kuku dan tulang.

Psoriasis membuatkan kulit menghasilkan lapisan yang kelihatan seperti sisik nipis berwarna kemerah-merahan. Sisik tersebut kadangkala gugur dengan sendiri dan mungkin juga memberikan rasa gatal yang berbeza-beza bagi setiap orang.

Ia bukanlah keadaan yang membahayakan namun boleh membuatkan penghidapnya tertekan dengan rupa kulit yang dihadapi, terutamanya jika melibatkan kulit kepala dan muka.

Keadaan ini adalah disebabkan oleh kadar pertumbuhan sel-sel kulit yang melebihi kadar biasa. Sebab itu, kulit menjadi tebal. Walau bagaimanapun, psoriasis bukanlah sejenis keadaan berjangkit. Ia bukan sejenis jangkitan tetapi radang autoimun.

Adakah diet menjejaskan serangan psoriasis?

Jika anda merupakan seorang penghidap psoriasis, pasti anda mengambil ubat-ubatan dari preskripsi doktor untuk mengawal keadaan kulit anda. Namun, adakah diet juga perlu diberikan perhatian?

Tiada bukti santifik yang menunjukkan diet tertentu atau mengelakkan makanan tertentu akan membantu keadaan anda. Namun, apa yang anda makan boleh memberikan perubahan.

Menurut seorang doktor terkenal di Amerika Syarikat, Dr Andrew Weil, “Dalam pengalaman saya, kebanyakan orang memberikan tindak balas yang baik terhadap perubahan diet dan gaya hidup dalam mengawal keradangan kronik.”

Kurangkan alkohol

tips-to-avoid-alcohol-when-out
Alkohol boleh menjejaskan tindak balas rawatan psoriasis

Kaitan antara alkohol dan psoriasis adalah tidak jelas. Namun menurut pakar, penghidap psoriasis perlu mengurangkan pengambilannya. Untuk lelaki, tidak lebih daripada dua kali sekali dan kurang daripada sekali bagi wanita.

Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mengambil alkohol dalam jumlah yang besar, keadaannya kurang bertindak balas terhadap rawatan psoriasis. Terdapat juga laporan yang menemui bahawa lelaki yang kuat minum alkohol mendapati rawatannya lebih berkesan selepas berhenti mengambil alkohol.

Doktor mungkin akan meminta anda untuk berhenti minum sepenuhnya jika keadaan anda sangat teruk aatau sedang mengambil sesetengah ubat-ubatan seperti methotrexate dan acitretin.

Elakkan makanan yang mencetuskan keradangan

Makanan yang diproses merangsang keradangan

Memandangkan psoriasis adalah sejenis keradangan, anda perlu sebaiknya mengurangkan faktor-faktor yang boleh merangsang keradangan.

Beberapa makanan yang dikenal pasti boleh merangsang keradangan adalah:

  • Daging merah berlemak.
  • Produk tenusu.
  • Makanan yang diproses.
  • Gula yang ditapis.
  • Sayur-sayuran nightshade seperti ubi kentang, tomato dan lada.

Selain mengurangkan makanan-makanan di atas, lebihkan pula makanan yang membantu melawan keradangan, kebiasaannya makanan yang kaya dengan antioksidan seperti:

  • Ikan air tawar seperti tuna, salmon, mackerel dan hering.
  • Biji rami (flaxseed), minyak zaitun, biji labu dan kacang walnut. Semua ini adalah sumber yang kaya dengan asid lemak omega-3.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna warni.

Adakah diet bebas gluten membantu?

Gluten adalah sejenis protein yang terkandung di dalam gandum dan tepung serta semua produk yang dihasilkan daripadanya. Diet bebas gluten ini kebiasaannya diamalkan oleh mereka yang menghidap penyakit seliak, iaitu sejenis penyakit usus di mana terdapat alahan terhadap gluten.

Sifat penyakit seliak adalah seperti psoriasis, iaitu autoimun. Jadi, mungkin diet yang sama dapat membantu. Malah, seseorang mungkin menghidap lebih daripada satu penyakit autoimun.

Namun, apa yang perlu anda tahu adalah psoriasis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan diet gandum adalah baik untuk jantung. Jadi, sila berbindang dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Pernah Dengar Pembedahan Pintasan Perut? Inilah ‘Rahsia’ Orang Kurus Dalam Sebulan!

    Pernahkah anda dengar mengenai pembedahan pintasan perut atau pembedahan bariatrik? Sebenarnya, bukan semua orang boleh lakukan pembedahan ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Prosedur & Pembedahan Kesihatan 04/03/2021 . 3 minit bacaan

    Betul Ke Letupkan Jari Tak Elok Untuk Kesihatan? Ini 5 Tip Nak Berhenti Lakukannya

    Amalan letupkan jari tangan sering dianggap berbahaya. Ada yang khuatir akan risiko radang sendi jika seseorang itu kerap meletupkan jari mereka...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Artritis 04/03/2021 . 3 minit bacaan

    Mahu Turunkan Berat Badan Tapi Selalu Sakit Lutut? Ini 4 Strategi Berkesan Capai Berat Ideal

    Senaman boleh jadi mencabar bagi pesakit yang menghidap masalah osteoartritis lutut. Namun, fakta klise adalah penurunan berat badan boleh...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Artritis 04/03/2021 . 3 minit bacaan

    Tak Suka Jumpa Doktor? Makanlah Epal Hijau Setiap Hari Untuk Elak Penyakit Jantung!

    Epal hijau merupakan satu makanan yang mempunyai kandungan nutrisi yang baik untuk kesihatan. Ia juga baik untuk pesakit diabetes dan sakit jantung!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Fakta Nutrisi 04/03/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    gula gula getah

    Tanpa Sedar, Tertelan ‘Chewing Gum’! Benarkah Ia Akan Melekat Dalam Perut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 2 minit bacaan
    cara menyusukan bayi

    Terlupa Susukan Anak Guna Payudara Kanan @ Kiri? Guna 7 Tip Ini Sebagai Peringatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 3 minit bacaan
    tanda gugur

    Keguguran Memang Menyedihkan Tapi Jika Bakal Ibu Alami Gejala Ini, Jumpa Doktor Segera!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 3 minit bacaan
    kepala botak tengah

    Selain Botak Tengah, Ada 3 Lagi Masalah Rambut Boleh Berlaku Apabila Anda Semakin Tua

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 04/03/2021 . 3 minit bacaan