backup og meta

Ini Rupanya Punca Ketiak Bau Hangit! Jangan Salahkan Deodoran

Ini Rupanya Punca Ketiak Bau Hangit! Jangan Salahkan Deodoran

Eh, kenapa ‘dorang’ semua macam tak suka aku aje? Mulut aku berbau ke? Adoiii…apasal ketiak aku berbau padahal dah pakai deodoran pagi tadi. Haaa…pernah tak lalui situasi macam ni? Nak tahu kenapa ketiak berbau walaupun dah pakai deodoran? Ikuti perkongsian artikel Hello Doktor ini. 

Masalah ketiak berbau

Penulis akui masalah ini pastinya akan membuatkan anda hilang keyakinan diri, walaupun secara hakikatnya hampir kebanyakan individu pasti pernah berdepan dengan situasi seperti ini.

Keadaan ini adalah termasuk dalam masalah badan berbau yang secara istilah teknikalnya dirujuk sebagai bromhidrosis dan ia bukanlah satu masalah yang mendatangkan kebimbangan berkaitan masalah kesihatan.

Kombinasi peluh dan bakteria pada permukaan kulit anda akan menyebabkan wujudnya bau. Inilah yang dipanggil sebagai bau badan atau B.O untuk body odor. Itu jugalah keadaan yang berlaku kepada bahagian ketiak anda.

ketiak berbau

Bagaimana ia berlaku?

Umumnya, badan dipenuhi dengan kelenjar peluh mempunyai fungsi penting untuk menyejukkan suhu badan. Terdapat 2 kelenjar peluh di dalam badan iaitu ekrin (eccrine) dan apokrin (apocrine). 

Kelenjar peluh ekrin, merupakan kelenjar yang terlibat dalam thermoregulation melalui pengeluaran peluh.Ia terdapat di seluruh badan dan terbuka pada permukaan kulit. Kelenjar peluh apokrin pula berada di kawasan yang mempunyai folikel rambut kulit kepala dan bahagian ketiak. 

Berbeza dengan kelenjar ekrin yang terbuka, kelenjar apokrin lebih bersifat lemak dan cenderung untuk berbau. Bau wujud disebabkan bakteria menguraikan cairan berminyak. Berdasarkan kajian daripada aspek pengawalan bau, individu dengan masalah bromhidrosis dikatakan mempunyai kelenjar apokrin yang lebih banyak dan bersaiz lebih besar.

Perkara normal

Apabila suhu badan anda meningkat, kelenjar ekrin akan mengeluarkan peluh untuk menyejukkan badan. Kebiasaannya ia tidak mengeluarkan bau, kecuali bakteria pada kulit bergabung dengan peluh. Malahan terdapat sesetengah makanan dan minuman yang diambil serta ubatan tertentu boleh menyebabkan peningkatan pengeluaran peluh. 

Manakala kelenjar apokrin bekerja di bawah tekanan dan merembeskan cecair tidak berbau. Namun, bau akan mula terhasil apabila ia bersentuhan dengan bakteria pada permukaan kulit. Kedua-dua kelenjar ini biasanya akan mula berfungsi apabila melangkah ke alam akil baligh.  

Berpeluh adalah sesuatu yang normal. Tetapi terdapat individu yang berpeluh lebih daripada biasa dan keadaan ini dipanggil hyperhidrosis. Individu dengan masalah ini akan mengalami peluh secara berlebihan terutama pada bahagian tangan, kaki serta ketiak.

Jika anda merasakan anda mungkin menghidapi hyperhidrosis, doktor akan menjalankan beberapa ujian untuk mengesahkan diagnosis dan memberikan rawatan yang sewajarnya kepada anda.

deodoran-ketiak

Deodoran vs ketiak berbau

Kembali kepada pemasalahan utama kita, kenapa ketiak masih berbau walaupun sudah memakai deodoran?

Berikut adalah beberapa kesilapan yang boleh menyebabkan timbulnya bau yang tidak menyenangkan daripada ketiak anda.

  1. Memakai deodoran biasa

Deodoran biasa adalah sesuai untuk kegunaan harian biasa. Tetapi apabila anda bersenam, badan akan berpeluh dengan kuat. Ia satu perkara yang biasa, tetapi dalam masa yang sama sudah tentu ia mengeluarkan peluh yang lebih banyak dan cenderung menyebabkan ketiak menjadi berbau. Jadi anda mungkin perlu sediakan deodoran khas untuk bersenam. 

  1. Bergantung kepada wangian

Menutup dan menyingkirkan bauan adalah tidak sama. Malahan bahan kimia yang terdapat dalam sesetengah wangian berkemungkinan boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit dan membunuh bakteria baik yang membantu anda untuk berbau lebih baik secara semula jadi. Namun, pemakanan, pengambilan ubatan tertentu, komposisi bakteria dan gangguan metabolik turut boleh menjadi punca wujudnya bau. 

  1. Peluh atau bau

Berpeluh adalah fungsi detoks semula jadi badan dan keadaan ini sebenarnya menjadikan badan anda berbau dengan lebih baik untuk tempoh jangka masa. Dan produk yang menghalang anda daripada berpeluh seperti aluminum-filled antiperspirants, boleh melemahkan kelenjar ekrin dan mengakibatkan anda lebih berbau dari masa ke masa. Tetapi harus diingatkan  masalah kesihatan seperti hyperhidrosis boleh menjadi punca kepada bromhidrosis atau B.O.

  1. Perlindungan sepanjang hari

Pastinya anda pernah melihat label ‘perlindungan sepanjang hari’ dan anda merasakan ia boleh melindungi anda daripada bau untuk tempoh yang lama. Namun sebenarnya ia adalah bergantung kepada jumlah peluh anda. Kebanyakan deodoran hanya mampu bertahan untuk tempoh beberapa jam. 

Konklusi

Jadi apa yang boleh disimpulkan di sini, memakai deodoran tidak bermakna ketiak anda tidak akan berbau. Penjagaan kebersihan badan yang betul dan cara pemakaian serta jenis deodoran turut memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah ketiak yang berbau. Jangan dilupakan, aspek pemakanan dan pengambilan ubatan tertentu juga boleh mempengaruhi masalah ketiak berbau.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

8 Common Deodorant Mistakes Women Make That Make Them Smellier /Accessed on Oct 1, 2019

Why Do I Have Smelly Armpits? /Accessed on Oct 1, 2019

Versi Terbaru

06/10/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

5 Deodoran Popular Untuk Wanita, Tak Melekit, Cepat Kering & Hilangkan Bau Ketiak!

Malu Ketiak Gatal Dan Menghitam? Jangan Risau, Kami Ada Solusinya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan