Ada Masalah Kulat Kuku? Boleh Guna Minyak Tea Tree, Katanya Baik Untuk Kulit

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 18/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Minyak tea tree adalah minyak pati dengan banyak faedah terapeutik. Sifat antikulat dan antiseptiknya dipercayai mungkin menjadi rawatan yang berkesan untuk masalah kulat kuku.

Kulat kuku, atau nama saintifiknya onychomycosis, boleh menjejaskan kuku pada tangan mahupun kaki dan ia adalah perkara yang biasa berlaku.

Walaupun minyak tea tree mempunyai sifat antikulat, tapi keberkesanannya dalam merawat kulat kuku masih belum jelas.

Seperti rawatan konvensional, minyak ini  boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan yang tidak menyenangkan.

Maka, kami di Hello Doktor akan merungkai sejauh mana tahap keberkesanan, cara guna malah kesan sampingan menggunakan minyak ini dalam merawat masalah kulat kuku.

Jom baca!

Apa itu kulat kuku?

Adakah anda mempunyai kuku yang berubah warna, tebal dan rapuh? Jika ya, anda mungkin mempunyai onychomycosis atau kulat kuku.

Kira-kira 10% daripada golongan masyarakat secara umumnya mempunyai masalah ini.

Kulat kuku terjadi disebabkan oleh kulat yang dipanggil dermatophyte.

Kulat kuku merebak dengan mudah di tempat panas lembap seperti di pusat gim, bilik mandi dan kolam renang awam.

Lebih membimbangkan, ia juga boleh merebak melalui penggunaan tuala dan baju yang tidak bersih.

Apakah tanda-tanda kulat kuku?

Jika tidak dirawat, kuku anda boleh tercabut dari kulit dan mula merebak ke kuku yang lain.

Minyak tea tree bagi merawat kulat kuku, berkesankah?

merawat kulat kuku

Dapatan daripada kajian makmal

Kajian makmal tahun 2013 mendapati minyak ini berkesan dalam merawat kulat Trichophyton rubrum (T. rubrum).

Untuk pengetahuan anda, kulat ini biasanya menyerang kawasan kuku pada kaki dan boleh menyebabkan athlete’s foot.

Athlete’s foot merupakan masalah kulit biasa pada kaki yang disebabkan oleh kulat. Walaupun ia jarang menjadi serius, tapi gejalanya mampu mengganggu.

Di samping itu, kajian mendapati minyak tea tree adalah jauh lebih berkesan untuk mengekang pertumbuhan T. rubrum berbanding plasebo.

Walau bagaimanapun, para penyelidik telah bereksperimen dengan menggunakan T. rubrum dan potongan kuku.

Namun, hasilnya tidak jelas jika minyak ini mempunyai kesan yang sama pada tisu kuku yang dijangkiti pada manusia.

Dapatan kajian yang melibatkan manusia

2 kajian terdahulu telah mengkaji kesan penggunaan minyak tea tree dalam merawat kulat kuku pada manusia.

Satu kajian tahun 1994 mendapati, minyak tea tree yang digunakan secara langsung pada kuku kaki yang terjejas mempunyai tahap keberkesanan yang sama dengan krim clotrimazole.

Untuk makluman, clotrimazole adalah krim antikulat yang dipreskripsi atau boleh didapati dari farmasi.

Satu kajian lain pula diterbitkan pada tahun 1999, menyiasat sama ada krim antikulat yang mengandungi campuran minyak ini dapat membantu merawat kulat kuku.

Justeru, para penyelidik menggunakan minyak tea tree sahaja sebagai plasebo.

Kemudian, sebilangan peserta diarah untuk menggunakan krim gabungan atau plasebo selama 16 minggu.

Hasilnya, krim gabungan berjaya menyembuhkan hampir sebanyak 80% kulat kuku peserta.

Namun, tiada sebarang penambahbaikan bagi golongan yang hanya menggunakan minyak tea tree sebagai rawatan.

Perkara ini menunjukkan, dengan menggunakan minyak ini sahaja mungkin tidak mampu menjadi rawatan yang berkesan bagi merawat kulat kuku.

Minyak tea tree, selamat atau tidak?

benefits-tea-tree-oil

Secara amnya, menggunakan minyak tea tree secara topikal dalam jumlah kecil adalah selamat jika dicairkan dengan betul.

Namun ingat, jangan sekali-kali meminum atau menelan minyak ini!

Elakkan juga menggunakannya pada kanak-kanak tanpa berunding dengan doktor.

Tambahan lagi, minyak pati ini harus dicairkan dalam minyak pembawa, seperti minyak badam manis.

Ia juga boleh menyebabkan reaksi alergi dan kerengsaan kulit seperti kemerahan, gatal-gatal, serta keradangan pada segelintir individu.

Tetapi, walaupun minyak ini telah dicairkan, anda digalakkan untuk lakukan ujian patch test sebelum menggunakannya.

Peringatan buat bakal atau para ibu, dapatkan khidmat nasihat doktor dahulu sebelum menggunakannya.

Bagaimana cara penggunaan minyak ini?

Minyak tea tree sebenarnya senang digunakan. Hanya tambahkan pati minyak tersebut ke dalam minyak pembawa seperti:

  • Minyak kelapa
  • Minyak badam
  • Minyak jojoba
  • Minyak zaitun
  • Minyak avokado
  • Minyak argan
  • Minyak rosehip

Cara penggunaan, anda boleh guna kapas untuk menyapunya lalu biarkannya kering.

Atau boleh juga letakkan bebola kapas yang direndam di dalam minyak yang dicairkan pada kawasan terjejas selama beberapa minit.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh melakukan rendaman kaki beberapa kali seminggu.

Untuk rendaman, letakkan 5 titis minyak ini ke dalam setengah auns minyak pembawa, campurkan, kacau ke dalam baldi berisi air suam, kemudian rendam kaki selama 20 minit.

Selain itu, pastikan kuku anda dalam kondisi kemas dan rapi semasa proses penyembuhan, iaitu dengan menggunakan pengepit kuku yang bersih, gunting, atau alatan lain untuk mengeluarkan kuku mati.

Juga, pastikan kuku yang terjejas sentiasa bersih dan kering, di samping membasuh tangan anda dengan bersih setelah merawat kuku untuk mengelakkan sebarang penyebaran jangkitan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jangan Selalu Stres, Kalau Tak Nak Muka Berubah Jadi Macam Ini!

Percaya atau tidak, muka stress boleh sebabkan beberapa kesan pada wajah anda. Kami senaraikan 5 kesan stres pada muka yang mungkin anda tidak tahu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 22/10/2020 . 3 minit bacaan

AWAS! Penggemar Cahaya Matahari Berisiko Dapat Kanser Kulit, Ada Kaitan Juga Dengan Genetik?

Satu kajian berkaitan dengan tabiat berjemur dan kanser kulit (berpunca daripada radiasi matahari) telah menggemparkan komuniti sains. Menurutnya...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kanser Kulit, Pusat Kesihatan 14/10/2020 . 3 minit bacaan

Nak Pergi Pantai? Pastikan Pakai Sunblock Kerana Payung Saja Tak Cukup Lindungi Kulit Anda!

Losyen pelindung matahari jelas lebih baik berbanding payung semata-mata. Pastikan juga anda ikut cara pakai sunblock yang betul supaya berkesan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 25/09/2020 . 3 minit bacaan

Leher Berkedut & Menggeleber Akibat Usia? TENANG, Ada 3 Cara Untuk Mengurangkannya!

Setiap orang akan mengalami kulit leher berkedut & menggeleber akibat penuaan. Jadi jom kita sama-sama baca untuk tahu 3 cara untuk mengurangkannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 24/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kulit terkena air panas

Kulit Melecur Terkena Air Panas Di Rumah? Jangan Bimbang, Rawat Guna 10 Cara Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan
barah kulit

Hati-hati! Bukan Semua Tahi Lalat Itu Penyeri Wajah, Boleh Jadi Petanda Kanser

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 11/11/2020 . 3 minit bacaan
cuka epal rawat ketuat

Hilangkan Ketuat Badan Di Rumah Menggunakan Cuka Epal, Selamat Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
masalah kulit bagi penyakit jantung

Bahaya! 6 Keadaan Kulit Ini Mungkin Petunjuk Anda Menghidap Penyakit Jantung

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 06/11/2020 . 3 minit bacaan