backup og meta

Ketiak Selalu Sangat Rasa Gatal Dan Sakit? Awas, Ini Mungkin Gara-Gara Deodoran!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 21/08/2023

    Ketiak Selalu Sangat Rasa Gatal Dan Sakit? Awas, Ini Mungkin Gara-Gara Deodoran!

    “Aduh, gatalnya ketiak setiap kali selepas pakai deodoran.” Pernahkah anda juga mengalami situasi sama seperti ini? Benarkah jika punca ketiak gatal itu adalah deodoran itu sendiri? Jom baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang kesihatan kulit, anda boleh klik di sini.

    Awas dengan bahan kimia di dalam deodoran!

    Deodoran merupakan salah satu bahan kosmetik yang kita semua pakai setiap hari.

    Tanpanya, kita mungkin akan rasa kurang selesa, tidak yakin dan was-was dengan bau badan sendiri.

    Selalunya, sebotol deodoran mengandungi gabungan deodoran dan juga bahan antipeluh (antiperspirant).

    Sama seperti sabun mandi, syampu dan juga bahan-bahan kosmetik lain, deodoran dan antipeluh juga mengandungi banyak bahan kimia yang mungkin asing bagi kita.

    Kadang-kadang, bahan kimia ini boleh jadi punca ketiak gatal.

    punca ketiak gatal

    Cuba periksa sama ada anda mempunyai alergi ataupun tidak dengan bahan yang terkandung dalam deodoran anda.

    Ketiak sakit, gatal dan kemerah-merahan

    Jika anda alami simptom ini, mungkin ada bahan kimia di dalam deodoran atau antipeluh anda yang menjadi punca ketiak gatal.

    Alahan yang disebabkan oleh bahan kimia yang bersentuhan dengan kulit anda dinamakan alahan dermatitis sentuh atau kontak (contact dermatitis).

    Penyakit ini tidak berjangkit ataupun mengancam nyawa, tetapi akan menyebabkan penghidapnya rasa tidak selesa.

    Jika anda rasa diri anda mengalami alergi, cuba periksa kulit di bahagian ketiak anda. Reaksi alergik yang biasa terhadap deodoran ialah:

    • Kulit jadi kemerahan
    • Rasa sakit dan pedih
    • Kulit jadi berkuping dan naik ruam
    • Rasa gatal-gatal yang amat sangat
    • Timbul ketulan pada permukaan ketiak

    Kadang-kadang, alergi terhadap deodoran dan antipeluh tidak akan berlaku serta-merta. Anda mungkin mendapat simptom setelah berbulan-bulan menggunakan deodoran yang sama.

    Selain itu, disebabkan produk yang dijual di pasar raya selalu melalui proses pengubahsuaian dan penambahbaikan, mungkin alergen tersebut baru ditambah ke dalam formulasi.

    punca ketiak gatal

    Sebab itulah produk yang anda sudah pakai lama tiba-tiba sahaja boleh jadi punca ketiak gatal!

    Bahan apa yang sebabkan ketiak sakit dan gatal?

    Cuba anda baca informasi pada bahagian belakang deodoran anda. Ada banyak bahan kimia dalam senarai yang anda sendiri tidak pasti bukan?

    Tetapi, ada beberapa bahan yang anda patut kenal dan berjaga-jaga jika anda mempunyai alahan terhadap deodoran.

    3 bahan yang selalunya membuatkan kulit anda merengsa ialah pewangi, aluminium, dan juga bahan pengawet seperti paraben.

    1. Pewangi (parfum)

    Pewangi merupakan bahan yang selalu menjadi punca alergi.

    Sebuah kajian yang dijalankan dalam kalangan pesakit ekzema, 1 daripada 4 orang yang mempunyai alergi kepada pewangi mendapat tindak balas alergi ketika memakai deodoran.

    Namun, keradangan mereka beransur pulih setelah bertukar menggunakan deodoran dan antipeluh yang tidak mempunyai sebarang kandungan pewangi.

    2. Aluminium

    Aluminium ataupun garam aluminium merupakan bahan yang digunakan secara meluas dalam produk kosmetik.

    Dalam deodoran, bahan inilah yang menyekat anda daripada berpeluh!

    Ada individu yang melaporkan mengalami dermatitis sentuh selepas memakai produk yang mengandungi garam aluminium, namun bilangannya amatlah sedikit.

    Bahan ini juga boleh menjadi salah satu daripad punca ketiak gatal!

    3. Paraben

    Paraben pula ialah bahan yang digunakan di dalam kosmetik untuk mengelak pertumbuhan kuman, fungi dan yis di dalam deodoran yang menjadi punca ketiak gatal.

    punca ketiak gatal

    Walau bagaimanapun, banyak produk yang telah mengeluarkan paraben daripada formulasi mereka kerana kebimbangan pengguna mengenai paraben yang mungkin boleh mengakibatkan kanser.

    Tetapi, American Cancer Society menafikan bahawa paraben boleh mengakibatkan kanser. Malah, masih tidak ada bukti yang konkrit sehingga ke hari ini yang dapat mengaitkan paraben dengan risiko kanser.

    Apa anda perlu buat jika ketiak gatal akibat deodoran?

    Pertama sekali, basuh ketiak anda dengan air yang mengalir. Rasa gatal dan sakit patut beransur-ansur pulih.

    Cuba hilangkan sebanyak mungkin sisa deodoran yang ada. Kalau boleh, gunakan sabun yang mempunyai pH yang neutral.

    Sapukan krim yang boleh membuatkan ketiak anda rasa sejuk dan lega.

    Anda juga boleh mengambil ais atau apa-apa bahan yang sejuk dan tekapkan pada ketiak anda untuk kurangkan rasa tidak selesa.

    Sebagai langkah terakhir, anda juga boleh cuba produk khusus deodorant untuk ketiak gatal di farmasi!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 21/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan