Golongan Muda Paling Ramai Maut Di Jalan Raya! Ini Punca Utama Kemalangan Berlaku

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 13/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kemalangan di jalan raya adalah satu isu yang tidak akan pernah surut kerana tragedi ini boleh berlaku pada setiap hari di seluruh tempat.

Rasanya ramai yang tidak tahu bahawa tanggal 15 November pada setiap tahun merupakan Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya.

Persoalannya, mengapa ia sering terjadi terutamanya di negara kita? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk merungkai jawapannya!

Kemalangan di jalan raya di seluruh dunia

Selalu kita dapat lihat di dada akhbar terpapar berita kemalangan yang menyebabkan kematian di atas jalan raya di seluruh dunia.

Menurut laporan dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), didapati bahawa kematian akibat kemalangan di jalan raya sangat tinggi.

Laporan itu turut menyatakan jumlah puratanya iaitu sekitar 1.35 juta orang setahun!

Apa yang lebih membimbangkan adalah majoriti daripada jumlah itu terdiri daripada golongan muda yang berusia dalam lingkungan 5 hingga 29 tahun.

Dalam erti kata yang lebih mudah, golongan kanak-kanak, remaja dan orang muda mempunyai risiko yang tinggi untuk kehilangan nyawa akibat tragedi di jalan raya.

“Kematian ini ialah harga yang tidak seharusnya dibayar untuk tujuan pengangkutan,” kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus.

keselamatan jalan raya

Ya, isu ini perlu dipandang lebih serius dan sesuatu perlu dilakukan untuk mengubahnya dengan mengetahui apa punca sebenarnya terlebih dahulu.

Apa punca kemalangan di atas jalan raya?

Secara umumnya, apa yang kita boleh konklusikan sebagai punca kemalangan trafik adalah disebabkan oleh sikap individu itu sendiri.

Meskipun tidak semua, tapi wujud segelintir pemandu atau penunggang kenderaan yang hanya memikirkan diri sendiri tanpa menghiraukan orang lain.

Mereka ini mungkin beranggapan bahawa diri adalah seorang pengguna jalan raya yang sangat cekap dan penuh hemah sedangkan hakikatnya tidak.

Cukup hanya seorang pengguna jalan raya yang bersikap demikian, maka risiko kemalangan yang berlaku pasti akan meningkat dengan lebih tinggi.

Di negara kita pula, dapat diperhatikan bahawa ramai individu yang tidak bertanggungjawab apabila sedang berada di atas jalan raya!

Bagaimana pula dengan situasi di Malaysia?

Kadar kes kemalangan di jalan raya negara kita adalah sangat tinggi dengan jumlah kematian yang boleh dikatakan sangat menakutkan.

Menurut kajian terkini pada tahun 2019, purata kes maut di atas jalan raya adalah sekitar 7,000 hingga 8,000 orang setahun.

Jika dipuratakan, sekitar 20 orang maut setiap hari di jalan raya negara ini! Apa puncanya?

kemalangan jalan raya

#1. Memandu dalam keadaan mabuk

Meskipun telah dididik dan didenda akibat memandu dalam keadaan mabuk, namun masih ramai individu yang tidak mempedulikannya.

Apabila anda sedang dalam keadaan mabuk, sudah pasti kemampuan untuk mengawal kenderaan akan menjadi sangat teruk.

Apa yang lebih membimbangkan adalah sangat mudah untuk rakyat di negara kita memperolehi minuman beralkohol ini.

Menurut peraturan jalan raya di negara kita, denda dan penjara boleh dikenakan terhadap pesalah sekiranya disabit kesalahan.

Namun bagaimana jika mereka terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kematian nyawa tidak bersalah? Adakah hukuman itu setimpal?

#2. Memandu sambil bermain gadjet

Ya, memang benar bahawa teknologi sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita kini, namun itu bukan alasan untuk menggunakannya ketika memandu.

Ini kerana menggunakan telefon, tablet bahkan komputer riba di dalam kenderaan sudah pasti akan mengalihkan perhatian individu.

Selain itu, ia akan menyebabkan anda hanya menggunakan sebelah tangan sahaja ketika memandu atau menunggang kenderaan.

Akibatnya? Maut menanti di hadapan!

kemalangan jalan raya

#3. Melanggar lampu isyarat merah

Seperti mana jenaka yang sering diutarakan di negara kita, lampu isyarat kuning adalah bermakud kita perlu menekan pedal minyak dengan lebih laju lagi.

Salah ya! Lampu isyarat kuning bermakna kita perlu memperlahankan kenderaan dan bersedia untuk berhenti apabila ia sudah bertukar merah.

Namun ada segelintir orang kita yang tidak mematuhi peraturan ini terutamanya jika tidak kelihatan anggota penguatkuasa di sekeliling.

Risiko ini tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia juga boleh mengakibatkan kematian orang tidak bersalah.

#4. Menukar lorong tanpa signal

Signal pada kenderaan dicipta sebagai satu panduan untuk pemandu atau penunggang kenderaan di belakang tahu ke mana arah tuju anda.

Namun batang signal yang terdapat pada kenderaan di negara kita seperti tidak perlu wujud kerana ia sangat jarang sekali digunakan.

Akibatnya, pelanggaran dari arah belakang atau sisi sering kali berlaku dan perkara kecil seperti tidak membuka signal inilah yang menjadi puncanya.

#5. Memandu dengan sangat laju

Akhir sekali, kita semua mungkin akan bersetuju bahawa ini adalah punca kemalangan di jalan raya yang paling utama dan bahaya.

Meskipun sudah tertera papan had laju di atas jalan, ia sering kali diabaikan kerana segelintir individu beranggapan bahawa kelajuan itu adalah normal.

Terutamanya ketika jalan licin ketika hujan, ia tidak wajar dilakukan kerana risiko tayar tergelincir dan terkeluar daripada landasan adalah sangat tinggi.

Jadi, tolong bawa kenderaan dengan lebih berwaspada dan bertanggungjawab agar kita semua terselamat daripada kemalangan di jalan raya okay!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Basikal Lajak Berisiko Buat Remaja Terlajak Dan Maut!

Trend remaja masa kini iaitu basikal lajak adalah satu gejala yang bahaya. Jom ketahui kenapa ia boleh mendatangkan bahaya kepada remaja.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Berita, Berita Tempatan 01/11/2019 . 2 minit bacaan

Alamak! Terperangkap Dalam Kereta Ketika Banjir Kilat

Nama pun banjir kilat, bermakna air akan naik dengan begitu cepat tanpa diduga. Tanpa disedari, anda mungkin telahpun terperangkap.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Gaya Hidup Sihat, Pertolongan Cemas 24/10/2019 . 2 minit bacaan

Buat Penunggang Motosikal, Ketahui Bahaya Jerebu Kepada Anda!

“Eh, kenapa pakai topeng muka hari ini, kamu tidak sihat?”. Tanya Wazir kepada Nazrah apabila tiba sahaja di pejabatnya yang terletak di pusat bandar raya yang paling sibuk di Malaysia, Kuala Lumpur. Ini merupakan ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 19/09/2019 . 2 minit bacaan

Luka Terbuka: Bagaimana Untuk Merawatnya?

Kaedah rawatan luka terbuka yang betul boleh menunjukkan perbezaan pemulihan cepat dengan penyembuhan berpanjangan, Menggunakan rawatan luka terbuka yang betul boleh bermakna perbezaan antara pemulihan cepat dan ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Farah Aziz
Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan 07/03/2019 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

Kenapa Bila Ada Kemalangan, Ramai Pilih Untuk ‘Lihat’ Saja Dari Membantu? Ia Kerana Kesan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/03/2020 . 4 minit bacaan
mabuk

STOP Memandu Ketika Mabuk! Ini Risiko Untuk Anda & Orang Lain

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 04/02/2020 . 3 minit bacaan
pentingkah-insurans-perjalanan-bercuti

Pentingkah Insurans Perjalanan Ketika Bercuti?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 17/12/2019 . 4 minit bacaan
kemalangan jalan raya

ALAMAK, Ada Kemalangan Berlaku Di Depan Mata? Ini 7 Perkara Anda Perlu Buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 07/11/2019 . 3 minit bacaan