Makanan Segera Memang SEDAP Tapi Ini BAHANANYA Pada Kesihatan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 16/06/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Makanan segera adalah antara pilihan kebanyakan individu, khususnya mereka yang sibuk. Namun tanpa disedari banyak keburukan makanan ringan berbanding kebaikannya.

Memahami keburukan makanan ringan

Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa makanan segera dan makanan diproses lazimnya meningkatkan obesiti dalam kalangan kanak-kanak, penyakit jantung, kencing manis serta penyakit kronik lain.

Namun, tanpa disedari makanan disebalik makanan ringan tiada fakta yang diketahui.

Menurut Encyclopedia of Junk Food and Fast Food, Andre F. Smith mendefinisikan makanan ringan sebagai produk komersil iaitu termasuk gula-gula, roti, ais krim, makanan ringan masin, dan minuman ringan.

Biasanya makanan tersebut mempunyai sedikit atau tiada nilai pemakanan tetapi mempunyai banyak kalori, garam, dan lemak. Walaupun tidak semua makanan segera adalah makanan ringan. Makanan segera adalah jenis makanan ready-to-eat selepas pesanan. 

5 keburukan makanan ringan

Semakin banyak makanan ringan yang anda makan, semakin kecil kemungkinan anda menggunakan nutrien penting yang bergantung pada tubuh anda.

Anda tahu bahawa makanan ringan boleh merosakkan kesihatan anda, tetapi mungkin tidak mengetahui mengenai kesannya terhadap fungsi otak anda.

  • Masalah ingatan dan pembelajaran

Satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition pada 2011 menunjukkan bahawa orang sihat yang makan makanan ringan selama 5 hari ujian kognitifnya kurang baik yang mana mengukur perhatian, kelajuan dan mood.

Ini mungkin berpunca daripada pemakanan toksik yang boleh menyebabkan tindak balas kimia tertentu yang menyebabkan keradangan di kawasan hipokampus otak yang berkaitan dengan ingatan dan pengiktirafan khusus.

Diet yang tinggi gula dan lemak boleh menindih aktiviti peptida otak yang dipanggil BDNF (faktor neurotropik yang berasal dari otak) yang membantu dengan pembentukan pembelajaran dan memori.

Selain itu, otak mengandungi sinaps yang bertanggungjawab untuk pembelajaran dan ingatan. Makan terlalu banyak kalori boleh mengganggu pengeluaran yang sihat dan berfungsi dengan sinapsinya.

  • Keburukan makanan ringan – tingkatkan risiko demensia

Ini telah menjadi salah satu penemuan paling menakutkan yang berkaitan dengan pengambilan makanan ringan.

Anda mungkin tahu bahawa insulin dihasilkan di pankreas dan membantu dalam pengangkutan glukosa. Insulin juga dihasilkan di otak yang mana ia membantu dalam membawa isyarat antara sel-sel saraf dan membentuk kenangan.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Brown menunjukkan bahawa terlalu banyak makanan berlemak dan gula-gula boleh meningkatkan tahap insulin dalam tubuh kita.

Sama seperti kes diabetes jenis II, dengan tahap insulin yang lebih tinggi, otak berhenti bertindak balas terhadap hormon ini dan menjadi tahan terhadapnya.

Ini dapat mengehadkan keupayaan untuk berfikir, mengingat atau mencipta kenangan, sehingga meningkatkan risiko demensia.

  • Mengurangkan keupayaan mengawal selera makan

Pengambilan lemak trans yang terdapat dalam makanan digoreng dan diproses boleh menghantar isyarat campuran ke otak yang menjadikannya sukar memproses apa yang ada telah makan dan kelaparan.

Ini mungkin penyebab anda makan terlalu banyak . fungsi otak yang sihat memerlukan dos harian asid lemak pentng seperti omega-6 dan omega-3.

Kekurangan dua unsur ini meningkatkan risiko gangguan tumpuan, demensia, bipolat dan masalah lain yang berkait dengan otak.

Satu kajian pada 2011 menunjukkan bahawa lemak trans boleh menyebabkan keradangan di hipotalamus, bahagian otak yang mengandungi neuron untuk mengawal berat badan.

keburukan makanan ringan

  • Menyebabkan kemurungan

Banyak kajian menunjukkan bahawa makan makanan yang tinggi gula dan lemak sebenarnya mengubah aktiviti kimia otak menjadikannya lebih bergantung pada makanan tersebut.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Montreal terhadap tikus menunjukkan bahawa ia mengalami simptom penarikan selepas diet makanan ringan biasa dihentikan.

Pada manusia, simptom penarikan ini boleh menyebabkan ketidakupayaan menangani tekanan, membuat anda berasa tertekan dan akhirnya akan kembali kepada makanan tersebut untuk menghibur diri dan mengendalikan perasaan itu.

Ketidakseimbangan asid lemak juga adalah satu sebab orang yang mengambil lebih banyak makanan ringan mempunyai risiko kemurungan yang lebih tinggi.

  • Kurang sabar

Perasaan kurang sabar disebabkan oleh anda tidak mampu mengawal keinginan atau nafsu makan.

Makan kek cawan atau donat yang manis boleh meningkatkan kadar gula dalam darah buat sementara waktu sehingga anda berasa gembira dan puas tetapi sebaik sahaja ia kembali normal, anda akan berasa lebih mudah marah.

Konklusi

Jadi apabila sudah menyedari tentang keburukan makanan ringan, pastikan selepas ini anda mengubah corak pemakanan anda dengan mengutamakan pemakanan seimbang dan sihat, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ini Bukti Bagaimana Makanan Tak Sihat & Memilih Makanan Sebabkan Buta Penglihatan!

Adakah anda tahu pemakanan boleh menyebabkan buta? individu picky eater dan hanya makan makanan ringan adalah berisiko tinggi. Teruskan membaca artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Fast Food Boleh Jadikan Anda Lebih Kurus? Betul Ke?

Adakah benar makan fast food boleh menurunkan berat badan seseorang individu? Ikuti penjelasan yang lebih lanjut melalui artikel ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 19/09/2019 . 2 minit bacaan

Suka Ambil Makanan Segera, Hati-Hati Ia Boleh Membawa Kepada Penyakit Kronik, Kajian

Artikel ini akan membincangkan dengan terperinci bagaimana pengambilan makanan segera yang kerap boleh membawa kepada terjadinya penyakit kronik.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 10/07/2019 . 8 minit bacaan

Makanan Ringan: Naluri ‘Rebel’ Kurangkan Pengambilannya

Penyelidikan mendapati bahawa intervensi yang ringkas dapat memberikan perlindungan yang bertahan lama untuk remaja terhadap kesan pemasaran makanan ringan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/04/2019 . 8 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

sistem pertahanan badan

Anak Selalu Jatuh Sakit? Ibu Cuba Check Diet Si Kecil, 7 Makanan Ini Buat Sistem IMUN LEMAH!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
9-jenis-makanan-harus-dielakkan

Ibu Mengandung, JANGAN Ambil 4 Makanan Ini Kalau Tak Nak……BAHAYA!!!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 31/03/2020 . 3 minit bacaan
makanan ringan

Jadual Kerja Terlalu Padat Punca Individu Ambil Makanan Ringan, Ini Kata Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 09/01/2020 . 4 minit bacaan
mi segera

Wow! Mi Segera Malaysia Antara Yang Terenak Di Dunia?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 18/11/2019 . 2 minit bacaan