Khasiat Teh Hijau: Jenis yang Pelbagai dengan Khasiat yang Pelbagai

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/06/2020 . 9 minit bacaan
Share now

Khasiat teh hijau sememangnya sering diperkatakan sama ada dalam kalangan generasi yang lebih berusia mahupun generasi muda. Tetapi, tahukah anda bagaimana asal permulaan minuman ini dan sejarah pengambilannya sejak zaman berzaman? Nama teh hijau yang meningkat naik kini tidak bermakna ia baru sahaja dikonsumsi, tetapi kepopularitiannya hanya menaikkan namanya ke peringkat yang lebih tinggi berbanding sebelum ini. Ikuti sejarah penggunaannya sebelum kita pergi dengan lebih lanjut kepada khasiat-khasiat yang dimilikinya.

Asal usul teh hijau

Teh hijau dikatakan dan dianggap berasal dari China. Sehingga hari ini, perkataan “teh” di China hanya merujuk kepada teh hijau, bukannya merujuk kepada kategori umum teh seperti di negara-negara lain. Wilayah Yunnan di China dianggap sebagai kawasan asal spesies tumbuhan Camellia sinensis ini. Malah, sebanyak 260 daripada lebih 380 jenis teh di dunia boleh ditemui di Yunnan.

Satu legenda yang popular menyatakan bahawa Shennong, Maharaja China dan pencipta perubatan Cina, telah menemui teh sebagai minuman sekitar 2737 SM ketika daun teh segar dari pokok teh yang berdekatan telah jatuh ke dalam cawannya yang mengandungi air yang baru sahaja dimasak. Maharaja Shennong kemudiannya mendapati rasa yang dihasilkan daripada kejadian tersebut sangat menyegarkan dan dengan demikian, minuman baharu dicipta. Pada ketika itu, teh hijau hanya tersedia untuk masyarakat Cina yang berada pada kelas atasan dan sangat mahal untuk dibeli. Sehinggalah pada abad ke-14, teh hijau menjadi lebih mudah untuk diperoleh oleh orang awam untuk diminum dan digunakan untuk tujuan perubatan.

Kelompok lain turut memberikan penghargaan kepada biarawan Budhha yang hidup pada tahun 500-an SM dan berabad-abad kemudian untuk penemuan teh. Biarawan Buddha melakukan perjalanan antara India dan China dalam menyebarkan agama, budaya dan ritual teh mereka. Mereka menanam, menuai dan menghasilkan teh sepertimana rahib-rahib Katolik di biara-biara Eropah yang terlibat dalam penghasilan wain daripada anggur. Amalan para biarawan meminum teh untuk tujuan pemulihan fizikal, membantu meditasi dan sebagai pengganti alkohol kemudiannya berkembang menjadi amalan spiritual dan sosial yang tersebar di seluruh China.

Teh hijau dikatakan telah dipopularkan di Jepun pada sekitar tahun 1190 ketika seorang pendeta Zen melawat dan belajar di biara-biara Buddha dan kuil-kuil Buddha di China. Beliau kemudiannya kembali ke Jepun dengan membawa benih dan pohon teh. Pendeta muda tersebut, yang dipanggil Eisai, menggunakan pengalamannya dalam menanam dan meminum teh di China untuk mempopularkan cara teh sebagai ritual meditasi di dalam komuniti pendetanya sendiri. Daripada amalan tersebut, ritual meminum teh pada akhirnya menyebar di seluruh negara Jepun. Sehingga hari ini, China dan Jepun merupakan negara pengeluar dan pengeksport teh hijau pertama dan kedua terbesar di dunia.

Sekitar 800 selepas Masihi ketika pemerintahan Dinasti Tang, sebuah buku berjudul “Cha Jing,” yang juga dikenali sebagai “The Classic of Tea” ditulis oleh seorang lelaki Cina bernama Lu Yu. Ketika beliau masih muda, Lu Yu telah dijaga dan dipelihara oleh seorang sami Buddha dan dibesarkan dengan membuat dan menghidangkan teh. Ketika dia semakin dewasa, minatnya terhadap teh berkembang dan kebolehannya membuat teh bertambah baik. Dia memutuskan untuk mengambil masa bagi menyelidik dan menulis penemuannya. Buku beliau, “The Classic of Tea” menjadi karya bertulis pertama yang menjelaskan budaya dan kesenian teh hijau.

Teh hijau di dunia barat

khasiat teh hijau

Teh hijau akhirnya sampai ke negara-negara Barat pada abad ke-19 yang pada ketika itu dibawa oleh penjelajah Eropah. Disebabkan oleh rasanya yang luar biasa, ia adalah komoditi yang besar dan menjadi minuman kebangsaan bagi Great Britain, bersama-sama dengan teh hitam. Tidak lama selepas itu, teh hijau membuat penampilan hebat di Amerika apabila ia dihantar ke luar negara bersama dengan para peneroka benua Amerika. Ketika itu, teh hijau dipanggil “teh peluru” kerana ia menyerupai bentuk peluru apabila dihantar. Para peneroka menjadi obses dengan teh hijau dan ia menjadi sangat popular sehinggakan Parlimen Britain mengenakan Cukai Teh pada tahun 1767. Para peneroka berasa agak kecewa dan kemudiannya mengadakan Boston Tea Party sebagai tanda protes terhadap pengenalan cukai ke atas teh hijau tersebut. Akibatnya, sebanyak 45 tan teh hijau yang berharga telah dibuang ke pelabuhan.

Dalam beberapa dekad yang lalu, populariti teh hijau semakin meningkat. Di kebanyakan kedai kopi dan teh, anda akan dapat menemui banyak minuman teh hijau yang bermula daripada teh hijau jasmin yang panas sehinggalah kepada matcha latte ais. Selain daripada rasanya yang bersifat versatil, banyak penemuan kesihatan diketahui oleh kerana jumlah antioksidan yang tinggi dalam teh tersebut. Khasiat teh hijau bukanlah sesuatu yang boleh disangkal lagi.

Jenis-jenis teh hijau

Tidak semua rasa teh hijau adalah sama, walaupun semuanya berasal dari pelbagai jenis tumbuhan yang sama.

Ia bergantung bukan sahaja kepada kaedah pemprosesan pengeluar teh tetapi juga pada amalan penanaman yang digunakan oleh penanam teh. Pada waktu bilakah teh dituai dalam tempoh setahun? Bagaimanakah pohonnya dipangkas? Apakah bahagian tumbuhan yang dipetik? Adakah pohonnya dirawat dengan bahan kimia atau ia tumbuh secara organik? Apakah jenis haba yang digunakan kepada daun teh untuk menghentikan pengoksidaan? Bagaimanakah daun teh dibentuk, digulung dan dikeringkan? Adakah daun-daunnya dibiarkan dalam bentuk keseluruhan atau dipotong dalam kepingan yang lebih kecil?

Rasa teh juga bergantung kepada keadaan atau persekitaran kawasan teh ditanam. Adakah ia sejuk dan berada di kawasan pergunungan atau ia kawasan yang panas dan beriklim tropika? Adakah pohon teh tumbuh di sebelah batu kapur dan pokok pain atau berdekatan kawasan berpasir dan mempunyai lautan? Adakah pohon teh tumbuh berhampiran tanaman lain yang boleh menjejaskan rasa tersebut, seperti pokok mawar, pokok kopi atau ladang anggur?

Jenis teh hijau yang paling popular, yang digunakan secara meluas adalah teh dari tempat asalnya sendiri: China dan Jepun. Teh hijau dari China dan Jepun mempunyai profil rasa yang berbeza berdasarkan di mana dan bagaimana mereka ditanam, tetapi yang paling jelas adalah bagaimana ia diproses – teh disangai di China manakala ia dikukus di Jepun. Negara-negara lain yang menghasilkan teh hijau biasanya mengambil isyarat dari China atau Jepun dan menggunakan salah satu gaya pengeluaran teh dari negara-negara ini. Berikut merupakan antara jenis-jenis teh hijau yang dikenali ramai:

Sencha

khasiat teh hijau

Antara jenis teh hijau Jepun yang sering diminum dikenali sebagai Sencha. Sencha ditanam di bawah sinar matahari secara langsung dan cenderung dituai dalam daun keluaran pertama atau kedua. Dikatakan bahawa daun teh dari tuaian pertama biasanya merupakan kualiti yang terbaik. Setelah dipilih, daun teh dikukus, bermula dengan daun paling muda yang berada di bahagian pucuk pokok teh. Selepas daun teh dikukus, daunnya dikeringkan dan digulung. Menggulung daun tersebut memberikan ia bentuk seperti jarum. Apabila daun tersebut digulung, ia juga membantu melepaskan semua jus di dalam daun, yang kemudiannya akan meningkatkan rasa teh apabila dibancuh.

Gyokuro

Proses untuk teh hijau Gyokuro adalah serupa dengan Sencha, kecuali ketika sekitar 3 minggu sebelum dituai, daun teh diteduhkan daripada sinaran matahari. Apabila diteduhkan daripada cahaya matahari, daun teh akan mengurangkan proses fotosintesis, memerangkap asid amino yang berperisa kuat di dalam pokok teh dan memberi Gyokuro rasa yang lebih lengkap. Selepas itu, teh ini mengalami proses pengukusan dan penggulungan yang sama seperti Sencha, tetapi oleh kerana teh lebih sukar untuk diteduhkan dan ditanam, harga pengeluaran dan harga jualan teh jenis ini jauh lebih tinggi.

Tencha

Tencha dibuat dengan cara dan proses yang sangat sama dengan teh Gyokuro. Ia diteduhkan daripada cahaya matahari tiga minggu sebelum dituai, dan kemudiannya selepas musim menuai, daun dikukus, dikeringkan menggunakan angin dan dikeluarkan daripada ranting dan batang. Perbezaan utama antara Tencha dan Gyokuro adalah bahawa selepas daun teh dituai, Tencha tidak melalui proses penggulungan.

Matcha

Teh hijau Matcha adalah Tencha yang telah dihaluskan atau digiling. Selepas proses peneduhan, penuaian, dan pengukusan, daun kemudian dikeringkan, ditanggalkan daripada batang dan ranting, dan kemudiannya digiling menjadi serbuk untuk dibancuh. Ini sebahagian besarnya didasarkan pada adat Dinasti Song, yang akan menggiling dan membuat bancuhan serbuk tersebut dengan harapan akan mendapat sifat-sifat perubatan daripada serbuk teh tersebut.

Funmatsucha

Funmatsucha dikenali dengan harga yang lebih murah dan rasa pahit. Perbezaan di antara jenis teh hijau dan Matcha adalah bahawa Funmatsucha tidak diteduhkan daripada sinar matahari, yang menyebabkan berlakunya proses fotosintesis secara berterusan, dan memberikan teh ini rasa yang lebih pahit. Walaupun teh ini mungkin pahit, ia sebenarnya mempunyai lebih banyak antioksida berbanding daripada teh biasa.

Konacha

Konacha sering disalah anggap sebagai Funmatsucha, tetapi ramai tidak menyedari bahawa walaupun Konacha bermakna teh serbuk, ia sebenarnya bukanlah serbuk. Sebaliknya ia terdiri daripada cebisan daun kecil yang ditapis semasa pemprosesan Gyokuro atau Sencha. Konacha adalah teh berharga murah kerana daun tersebut pada dasarnya adalah hasil tapisan cebisan teh hijau jenis lain. Apa yang membuat Konacha istimewa adalah bahawa ia sebenarnya boleh dipanggang menjadi Houjikonacha, mengurangkan rasa pahitnya dan memberikan rasa yang lebih kuat.

Shincha

Shincha berbeza dengan teh lain kerana biasanya anda akan mendapati tahun tuaian teh tersebut. Teh Shincha pada asasnya adalah teh tuaian pertama, yang bermaksud bahawa daun teh tersebut adalah daun teh berkualiti terbaik dan yang paling mahal. Shincha dituai daripada daun teh keluaran pertama dan biasanya mempunyai rasa yang pahit. Ia disebabkan oleh kandungan asid amino yang tinggi dan kekurangan catechin dan kafein.

Fukamushicha

Fukamushicha mengandungi daun-daun daripada proses Sencha, Gyokuro, Kabusecha, dan juga Bancha yang dikukus secara mendalam, menyebabkan warna daun teh dan minuman yang lebih pekat dan gelap. Proses ini memberikan rasa yang lebih kaya dan memberikan kesan yang menenangkan pada perut anda disebabkan oleh rasanya yang ringan.

Kukicha

Kukicha juga dikenali sebagai teh ranting kerana ia tidak seperti kebanyakan teh lain yang mana ia dibuat daripada ranting dan batang pohon teh. Walaupun warnanya lebih kuning atau coklat, teh masih dibuat dari batang daun yang melalui proses sepertimana pembuatan daun teh hijau. Ia berasal daripada batang pohon teh yang melalui proses Gyokuro dan dikenali dengan warna bancuhannya yang berwarna kuning.

Bancha

Bancha adalah penuaian kedua selepas keluaran daun pertama telah diambil untuk pembuatan Sencha. Daun Bancha cenderung dipetik dalam tiga tempoh yang berbeza-beza antara bulan Jun dan Oktober, dengan daun teh menjadi kurang diminati untuk dipetik dalam setiap tuaian.

Khasiat teh hijau yang pelbagai

khasiat teh hijau

Sejak berabad lagi, teh hijau terkenal dengan rasanya yang indah serta pelbagai khasiat kesihatannya terhadap manusia. Berikut adalah beberapa khasiat utama teh hijau yang anda mungkin tidak pernah dengar sebelum ini.

Khasiat teh hijau 1: Merangsang sistem imun

Menurut beberapa kajian, orang yang meminum teh dengan kerap tidak mendapat jangkitan bakteria dan virus semudah orang lain yang tidak mengambilnya. Jelas bahawa teh hijau membantu anda meningkatkan sistem imun. Sebab di sebalik mekanisma ini adalah sebatian yang dipanggil catechin, yang berfungsi sebagai pelindung terhadap bakteria dan virus. Di samping itu, catechin juga melawan toksin yang dikeluarkan oleh mikrob. Bukan itu sahaja, ia juga menghalang penyakit yang disebabkan oleh mikrob dan kulat, seperti nafas berbau, disentri, senak, cirit-birit, kolitis, kerosakan gigi, selesema, serta batuk dan sejuk.

Khasiat teh hijau 2: Astringen

Astringen adalah satu lagi khasiat teh hijau. Bahan astringen merangsang pengecutan otot dan tisu serta menguatkan otot dan kulit. Walaupun anda tidak minum teh, membasuh mulut anda dengan teh setiap hari akan memberikan penguncupan pada gusi anda untuk memastikannya kukuh dan sihat. Hasilnya, gigi akan dilindungi. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang tentang gigi longgar atau tercabut.

Khasiat teh hijau 3: Antikanser

Selain menyebabkan penuaan pramatang, radikal bebas juga menyebabkan beberapa jenis kanser. Catechin di dalam teh hijau boleh meneutralkan radikal yang berbahaya ini, menghentikan pembentukan karsinogen seperti nitrosamines dan mengurangkan risiko kanser. Teh hijau kini disyorkan dan dipreskrip secara meluas untuk pesakit oleh doktor dan ahli farmasi. Ia adalah remedi rumah yang baik untuk mencegah kanser, terutamanya bagi mereka yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser seperti pankreas, kolon, usus dan rektum.

Khasiat teh hijau 4: Mengurangkan kolesterol

Teh hijau diketahui berkesan dalam mengurangkan kadar kolesterol kerana ia mengandungi bahan yang dipanggil alkalinity. Mekanisma di sebalik ini adalah kafein daripada minuman teh akan menggerakkan asid lemak daripada tisu lemak, mengurangkan komposisi lemak dan menjadikan mereka tenaga bersedia untuk aktiviti fizikal.

Ini jelas akan meningkatkan prestasi fizikal dan mencegah obesiti, terutamanya diabetes jenis II, yang melibatkan gula dalam darah yang tinggi disebabkan kekurangan insulin. Teh hijau dipercayai meningkatkan sensitiviti insulin dan mengurangkan tahap gula dalam darah.

Khasiat teh hijau 5: Sihat untuk jantung dan arteri

Teh hijau mengandungi komponen berbeza yang boleh menghalang penebalan darah, seterusnya, mengurangkan kebarangkalian mendapat arterosklerosis, trombosis, dan juga strok jantung dan otak. Beberapa faktor risiko utama ditemui akan dipengaruhi oleh tabiat meminum teh. Ini termasuk tahap kolesterol, kolesterol LDL dan triglycerides. Sebagai antioksidan yang kuat, minuman ajaib ini boleh menghalang zarah kolesterol LDL daripada pengoksidaan, yang menjadi punca kepada penyakit jantung.

Anda mungkin mahu mengamalkan tabiat meminum teh kerana ia boleh mengurangkan berat badan, meningkatkan prestasi mental dan fizikal anda, dan membawa kebaikan ke jantung anda.

Khasiat teh hijau 6: Antidiabetes

Jika anda tidak mengambil dengan gula atau susu pekat, teh hijau boleh mencegah diabetes. Untuk lebih spesifik, sifat alkali teh hijau membantu mengurangkan tahap gula dalam darah. Di samping itu, antioksidan dan astringen dalam teh hijau membuatkan pankreas berfungsi dengan lebih baik. Apabila fungsi pankreas dipertingkatkan, rembesan insulin akan dikawal lebih baik dan penguraian serta penyerapan gula juga akan bertambah baik. Hasilnya, diabetes dapat dicegah.

Khasiat teh hijau 7: Baik untuk otak

Teh hijau juga mengandungi sejumlah kafein, walaupun tidak sebanyak pada kopi. Ia akan membuat anda terjaga untuk seketika dan juga, membawa kebaikan untuk otak. Perangsang ini akan menyekat Adenosina, yang menghentikan neurotransmitter, meningkatkan tembakan neuron dan meningkatkan jumlah neurotransmitter misalnya, dopamine dan norepinephrine.

Tambahan pula, ia telah dikaji bahawa kafein boleh meningkatkan mood, memori dan masa tindak balas. Teh hijau juga mempunyai kesan perlindungan pada otak kita pada usia tua. Sebatian bioaktif dalam teh hijau boleh mengurangkan risiko Alzheimer dan Parkinson, yang agak biasa semasa usia tua.

Minumlah teh dengan kerap, atau sebaik-baiknya masukkannya dalam diet harian anda untuk mendapatkan semua manfaat daripadanya. Pelbagaikan penggunaan teh hijau dalam minuman dan masakan seperti pencuci mulut dan roti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Anda Penggemar Kopi Dalgona? Kena Baca Ini! Ada Bahaya Jika Kafein Lebih Dalam Badan

    Anda pasti sedar ada banyak bahaya kafein terhadap kesihatan. Tapi ini 5 sebab utama mengapa anda perlu kurangkan minum kopi, teh dan lain-lain!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 11/06/2020 . 3 minit bacaan

    Cendawan Mekah Jadi Buruan, Tapi Usah Pandang Ringan Akan Mudaratnya!

    Anda mungkin pernah mendengar mengenai khasiat kombucha atau teh cendawan Mekah ini. Tetapi adakah anda tahu, teh kombucha juga mempunyai mudaratnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 08/04/2020 . 3 minit bacaan

    Gemar Minum Teh Hijau? Kajian Kata Ia Bagus Untuk Kesihatan. Jom Ketahui Mengenainya

    Pengambilan minuman teh hijau secara berkala dapat menurunkan risiko strok dan sakit jantung. Jom ketahui lebih lanjut tentang minuman sihat ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/01/2020 . 3 minit bacaan

    Minuman Teh Beri Manfaat Kepada Struktur Otak

    Mereka yang suka minum teh cenderung untuk mempunyai tahap kesihatan otak yang baik. Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 06/01/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    minuman teh

    Rendah Risiko Tulang Retak Jika Gemar Minum Teh, Ada 7 Kebaikan Lain Juga

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    kafein itu apa

    Penggemar Kopi Mahu Berhenti Ambil Kafein? Ini 6 Perkara Yang Akan Terjadi Pada Tubuh Badan Anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan
    kebaikan teh hijau

    Pssttt… Rahsia Nak Turunkan Kolesterol, Minum Teh Hijau, Tapi Berapa Lama Boleh Nampak Kesan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan
    masalah asid refluks

    Penghidap Asid Refluks Boleh Minum Kopi Ke? Kalau Ada Tanda Seperti Ini, Kena BERHENTI!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan