BMI Sana, BMI Sini. Apakah Sebenarnya Kepentingan BMI Ni?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Ramai yang selalu menyebut kepentingan BMI apabila bercakap mengenai berat badan masing-masing. Tetapi apakah sebenarnya yang disebut sebagai BMI ini?

Apakah yang dimaksudkan dengan BMI?

sesuai-atau-tidak-nilai-bmi-anda

Secara umumnya, BMI adalah kependekan daripada frasa asalnya iaitu Body Mass Index.

Ia adalah satu kaedah ukuran berat badan seseorang individu bersama-sama dengan ketinggiannya.

Ia lebih kepada penunjuk berkenaan jumlah lemak tubuh badan seseorang individu dan BMI mempunyai hubung kait atau korelasi dengan jumlah lemak tubuh.

Dengan kata lain, semakin tinggi skor BMI anda, maka semakin tinggi jugalah jumlah lemak badan anda.

Kategori-kategori BMI

Terdapat empat pengkategorian BMI yang boleh memberikan gambaran sebenar mengenai jumlah lemak badan anda.

Empat kategori tersebut ialah kurang berat badan (underweight), sihat (healthy), berat badan berlebihan (overweight) dan obes (obese). Bagaimana untuk mengetahui kategori bagi berat badan anda?

Rujuk senarai di bawah ini.

  • Kurang berat badan: Bawah daripada nilai 18.5
  • Sihat: Nilai antara 18.5 hingga 24.9
  • Berat badan berlebihan: Nilai antara 25 hingga 29.9
  • Obes: Nilai 30 dan ke atas

Kategori-kategori BMI ini memberikan gambaran kepada anda berkenaan risiko kesihatan yang berpotensi berlaku kepada anda berdasarkan berat badan anda. 

Perkaitan klinikal BMI

BMI dianggap sebagai penunjuk bagi sebarang risiko kesihatan pada masa akan datang.

BMI biasa digunakan oleh profesional kesihatan untuk mengesan individu yang dikategorikan sebagai mempunyai berat badan berlebihan dan obes.

BMI penting kerana kepentingan BMI digunakan untuk menilai risiko kesihatan seseorang individu yang berkait rapat dengan berat badan berlebihan dan obesiti.

Sebagai contoh, mereka yang mempunyai nilai BMI yang tinggi mempunyai risiko terhadap beberapa jenis penyakit seperti:

  • Kolesterol darah yang tinggi dan masalah lipid yang lain
  • Diabetes jenis 2
  • Penyakit jantung
  • Strok
  • Tekanan darah tinggi
  • Sesetengah kanser
  • Penyakit hempedu
  • Apnea tidur dan berdengkur
  • Kematian pramatang
  • Osteoarthritis dan penyakit berkaitan sendi

Adakah terdapat kepentingan BMI untuk saya ketahui?

Petua Hilangkan Kencing Manis ketika Mengandung - bmi

Mungkin ramai yang terlepas pandang mengenai hal ini. Ya, dengan mengetahui kepentingan BMI dan berapakah nilai BMI anda, akan memberikan beberapa manfaat dan kebaikan.

Pertama, ia adalah antara kaedah yang baik bagi mengetahui sama ada berat badan anda berada dalam perkadaran yang sihat, bersesuaian dengan ketinggian yang anda miliki.

Selain itu, jika anda mengetahui nilai BMI anda, ia membantu doktor untuk mengenal pasti sebarang risiko kesihatan yang mungkin akan anda alami pada masa hadapan jika ia berada pada kategori overweight dan obese.

Walau bagaimanapun, perkiraan BMI ini tidak mengambil kira faktor-faktor lain seperti umur, jantina, etnik dan juga jisim otot.

Selain itu, ia juga tidak sesuai untuk menentukan berat badan sihat bagi warga emas, kanak-kanak, wanita hamil dan juga atlet.

Oleh itu, jika anda merupakan salah seorang daripada golongan yang disebutkan ini, nilai BMI anda mungkin tidak berapa tepat dan tidak menggambarkan jumlah sebenar lemak tubuh anda.

Rujuk doktor bagi mendapatkan kepastian berkenaan BMI dan risiko kesihatan sebenar anda.

Bagi anda yang tidak berada dalam kategori ini dan ingin mendapatkan nilai BMI anda, cuba Kalkulator Indeks Jisim Badan yang kami sediakan ini. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ini 5 Makanan Penyebab Kanser Serviks WAJIB Tahu, #3 Paling Digemari Wanita

Barah rahim adalah antara masalah kesihatan yang menjadi musuh kepada wanita. Jom ketahui faktor penyebab kanser serviks, lepas ini boleh elakkan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 03/06/2020 . 3 minit bacaan

Pakar Kongsi 4 Sebab MESTI Elak Makan Lewat Malam, Rupanya Ada Kaitan Dengan Jantung?

Kita selalu dengar nasihat agar jangan makan malam terutamanya lewat malam. Apa sebabnya? Jom klik artikel untuk tahu jawapannya dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 20/05/2020 . 3 minit bacaan

Kenapa Hasrat Nak Diet Selalu Gagal? Anda Mungkin Belum Tahu 7 Tip Penting Ini, Boleh Buat Masa Raya!

Ramai yang berhasrat untuk berdiet namun gagal kerana tidak tahu cara diet yang betul. Jom klik artikel untuk kenal 7 tip penting yang kalian belum tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 18/05/2020 . 3 minit bacaan

Individu Obes Berisiko Mati Jika Positif COVID-19, WASPADA!

Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai masalah berat badan obesiti berisiko untuk mendapat jangkitan virus korona baharu (COVID-19) teruk.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 16/04/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

susu rendah lemak

Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan
dagu berlapis

Hilangkan Dagu Berlapis, Nak Jawline On Point? Ini 6 Senaman Yang Boleh Diamalkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 02/09/2020 . 3 minit bacaan
berat badan wanita hamil

Ibu Hamil, Jaga Berat Badan Jangan Sampai Obes! Risiko Bukan Hanya Pada Anda, Tapi Juga Bayi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan
minum air

Ibu, Cukup Tak Air Yang Anak Minum Setiap Hari? Ini Panduan Jumlah Air Yang Si Kecil Perlukan

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/06/2020 . 3 minit bacaan