Ramai wanita Malaysia berumur 45 tahun ke atas mengalami rasa tidak selesa di kawasan intim – tetapi tidak menyedari bahawa ini adalah tanda kekeringan vagina.
Dalam fasa ini, ramai wanita memasuki perimenopaus atau menopaus – suatu perubahan semula jadi yang datang dengan pelbagai kesan terhadap tubuh.
Tetapi, benarkah masalah ini hanya akan terjadi ketika menopaus? Atau, disebabkan perubahan hormon di dalam badan atau tabiat wanita di negara kita yang kerap mencuci dan membasuh bahagian intim mereka di tandas?
Anda akan dapat kenali dan ketahui maklumat lanjut mengenai faraj kering dan pedih berserta solusinya hanya dengan penggunaan krim dalam artikel di bawah!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita sila dapatkannya di sini.
Apa punca ia berlaku kepada wanita lanjut usia?
“Benarkah vagina kering dan gatal sering berlaku kepada wanita berumur?”
Ya, malangnya keadaaan ini biasa terjadi pada suatu ketika dalam hidup seorang wanita lebih-lebih mereka yang tinggal di Malaysia. Rata-rata, ia boleh mempengaruhi hidup sehingga sekitar 50% orang wanita semasa menopaus.
Ini kerana ketika wanita sudah lanjut usia, faraj akan mengalami perubahan disebabkan oleh penurunan semula jadi dalam paras estrogen, sekali gus mengurangkan kelembapan semula jadi dan menipiskan tisu faraj.
Topik ini amat penting di dalam kehidupan seharian seorang wanita lebih-lebih lagi untuk wanita yang memasuki fasa baharu, iaitu menopaus, ada banyak perubahan yang mungkin boleh berlaku pada tubuh anda.
Jika anda mempunyai tabiat mencuci bahagian intim dengan kerap dan kasar ketika berada di tandas, ia boleh menjejaskan ketahanan kulit dan keseimbangan mikrob1.
Tabiat di tandas juga punca yang utama?
Tambahan lagi, seakan sudah menjadi satu lumrah atau tabiat buat wanita di negara kita untuk mencuci dan membasuh faraj selepas membuang air.
Ya, ia adalah satu perbuatan yang boleh dikatakan bersih dan baik. Namun, jika dilakukan terlalu kerap atau dengan cara yang kasar, ia boleh mengganggu kelembapan semula jadi dan menjadikan kawasan tersebut lebih mudah teriritasi.
Bayangkan pula jika anda melakukan perkara ini di tandas awam yang menjadi pusat pembiakan mikrob berbahaya? Sudah tentu ia boleh memberi kesan negatif bukan?
Salah satu antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah penggunaan sabun tidak berkualiti atau beralkali terlalu tinggi terutama ketika berada di tandas awam.
Kesannya, ia berisiko untuk menghilangkan kelembapan semula jadi pada vagina sekali gus mungkin mengakibatkan kerengsaan atau keradangan.
Namun, ketahuilah bahawa tabiat ini adalah umum dan lazim dilakukan oleh kebanyakan wanita di Malaysia. Anda tidak perlu takut dan hanya perlu ambil langkah penjagaan yang lebih baik sahaja.
Sila kekal tenang, masalah kekeringan dan kegatalan faraj ini ini boleh dikawal, dirawat dan ditangani hanya dengan penggunaan krim tanpa preskripsi yang sesuai!
Apa pula kesannya kepada wanita lanjut usia?
Malangnya, situasi faraj kering dan pedih akan memberi kesan kepada wanita terutama mereka yang berusia 45 tahun ke atas. Kenapa?
Perkara paling penting, sudah tentu kesannya adalah ia menjejaskan keselesaan, kesejahteraan dan kualiti hidup wanita sekali gus menurunkan tahap keyakinan seseorang wanita itu.
Tetapi nanti dulu! Sebelum kami terangkan dengan lebih lanjut punca dan rawatan yang menyebabkan vagina pedih dan gatal, kami akan kongsikan beberapa simptom vagina gatal yang anda boleh kenal pasti untuk membantu anda mengelak masalah ini daripada berlaku dan berulang:
Kenali 6 tanda-tanda vagina kering dan gatal

Kekeringan faraj bukan selalu jelas kelihatan. Ia boleh bermula dengan rasa pedih, gatal, atau tidak selesa yang anda fikir cuma perkara biasa2:
- Masalah kegatalan atau kerengsaan yang berterusan di dalam atau di sekeliling faraj
- Rasa sakit atau tidak selesa semasa melakukan hubungan intim
- Kadangkala, ia bukan tentang hubungan intim sahaja – tetapi tentang rasa tidak selesa bila berjalan, duduk lama, atau memakai pakaian tertentu
- Rasa terbakar atau pedih ketika membuang air kecil
- Keadaan jangkitan saluran kencing (UTI) yang kerap berulang
- Mempunyai kulit yang lebih nipis dan sensitif di sekitar lubang faraj dan labia
Namun, anda tidak perlu risau kerana kami ada jalan penyelesaiannya di hujung artikel ini!
5 punca terjadinya kekeringan pada faraj wanita

Kenapa agaknya wanita berumur 45 tahun ke atas mudah mengalami faraj kering dan pedih? Punca faraj kering dan gatal disebabkan tahap kesihatan dan rawatan yang dilakukan.
Malangnya, masalah faraj kering dan pedih boleh berlaku disebabkan oleh kondisi-kondisi seperti di bawah3 4:

Baiklah, sekarang kita sudah tahu simptom dan punca masalah ini terjadi, bagaimana pula dengan solusinya?
Tabiat kebersihan harian untuk wanita cegah vagina kering dan gatal
Berita baik buat anda! Ada banyak langkah selamat dan berkesan yang boleh diambil. Berikut ialah rawatan untuk vagina kering dan gatal yang anda boleh cuba sendiri di rumah tanpa preskripsi:
5 Cara merawat faraj kering secara sendiri

Wanita dalam lingkungan 40an & 50an sedang kongsikan kisah mereka mengenai vagina kering dan gatal.
- Krim Bebas Hormon: Penjagaan Harian Untuk Keselesaan Intim
Sama seperti anda memakai pelembap muka setiap hari untuk kulit kering, faraj anda juga perlukan penjagaan yang sama apabila kelembapan semula jadinya berkurang.
Krim pelembap faraj bebas hormon ini boleh membantu menenangkan, melembapkan dan memperbaiki keseimbangan kulit di kawasan intim – tanpa memerlukan preskripsi.
Sapukan setiap hari sebelum tidur untuk hasil terbaik. Bila simptom reda, anda boleh teruskan guna seminggu sekali sebagai rutin penjagaan.
Pastikan tangan bersih sebelum menyapu – dan ingat, ini adalah penjagaan, bukan rawatan kecemasan.
Krim bebas hormon yang digunakan secara konsisten telah terbukti secara klinikal dapat meningkatkan kelembapan dan keanjalan tisu faraj, serta melegakan rasa gatal, pedih dan tidak selesa yang disebabkan oleh kekeringan faraj.
Kajian juga menunjukkan bahawa ia boleh memperbaiki kualiti hidup harian wanita yang mengalami gejala ini dan memberi kepuasan penggunaan yang tinggi kerana tahap toleransi yang baik serta kesan sampingan yang sangat rendah.
Satu kajian menunjukkan bahawa menggunakan pelembap faraj selepas menopaus sangat meningkatkan keanjalan dan kelembutan tisu faraj10.
Sebuah kajian lain juga telah telah dilakukan dan mendapati bahawa krim pelembap faraj tanpa hormon tidak hanya memperbaiki kekeringan faraj tetapi juga boleh melegakan dispareunia (persetubuhan yang menyakitkan) serta memperbaiki kemerosotan kehidupan harian wanita11.
Hasil kajian ini juga mendapati bahawa ia mempunyai toleransi yang sangat baik, bilangan kesan buruk yang rendah serta kepuasan wanita yang dirawat menggambarkan bahawa krim faraj tanpa hormon adalah pilihan terapi yang boleh dipercayai untuk rawatan atrofi vulvovaginal yang mengalami gejala hormon wanita dalam menopause atau wanita yang mengalami menopause 11.
Berikut adalah langkah lain yang wanita lanjut usia boleh cuba untuk merawat faraj 2 12:
- Pastikan anda hanya menggunakan pelembap yang dikhaskan untuk faraj. Anda boleh meletakkan ia di dalam faraj anda untuk memastikan ia lembap.
- Gunakan pelincir berasaskan air sebelum hubungan intim. Sapu pelincir di dalam dan di sekeliling faraj, zakar pasangan anda dan pada jari pasangan.
- Gunakan sabun yang tidak mengandungi bahan pewangi, ringan dan tiada pewarna.
- Nikmati lebih banyak foreplay supaya anda berasa lebih terangsang semasa hubungan intim.
Bagaimanakah vagina kering didiagnosis?
Pakar kesihatan atau doktor akan mendiagnosis faraj kering dan pedih berdasarkan sejarah perubatan anda dan pemeriksaan fizikal.
Untuk mencari punca, mereka akan melakukan ujian seperti berikut 3 :
- Pemeriksaan pelvis untuk melihat bahagian dalam faraj anda. Sama ada ia nipis, kering dan merah
- Ujian darah untuk menentukan tahap hormon atau keadaan kesihatan menyebabkan kekeringan faraj
Ketahuilah bahawa mengalami perubahan seperti kekeringan dan kegatalan faraj bukan sesuatu yang perlu disembunyikan.
Usah risau, ia mungkin adalah suatu norma yang biasa. Ia merupakan sebahagian daripada fasa hidup yang boleh ditangani dengan pengetahuan dan penjagaan yang betul.
Hari ini, terdapat krim bebas hormon atau pesari yang terbukti secara klinikal dapat memulihkan kelembapan dan melegakan vagina kering dan gatal yang anda alami dengan lebih cepat, mudah dan efektif.
Untuk nasihat lanjut, anda boleh berbincang secara senyap dan selesa dengan ahli farmasi terlatih—mereka boleh bantu anda pilih krim pelembap faraj bebas hormon yang sesuai, tanpa perlu preskripsi. Anda boleh dapatkan bantuan ini di rangkaian farmasi seperti Caring atau Big Pharmacy.
Anda juga boleh bertemu dengan doktor atau pakar yang berkelayakan bagi mendapatkan konsultasi yang lebih telus dan dipercayai.
Demi kehidupan wanita di usia lanjut yang lebih sihat dan selesa, ingatlah bahawa anda tidak pernah bersendirian untuk menghadapi masalah vagina kering dan gatal.
Langkah pertama adalah mengenali tanda-tanda. Langkah seterusnya?
Dapatkan sokongan dan gunakan krim yang boleh bantu anda rasa selesa semula – kerana anda berhak rasa baik, setiap hari.
Anda keliru tanda-tanda yang dialami kekeringan faraj atau bukan? Klik dan isi form bawah bagi mendapatkan jawapan!
[embed-health-tool-ovulation]