Mata Bengkak Selepas Bangun Tidur? Mungkin Kerana Alahan Atau Boleh Jadi Juga Sebab 9 Perkara Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 06/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Bangun sahaja tidur, anda rasa mata bengkak dan sakit? Pasti anda terfikir, apakah yang menyebabkan bengkak pada mata ini tiba-tiba terjadi.

10 sebab utama mata bengkak

Tahukah anda, ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan bengkak pada mata terjadi. Kami senaraikan 10 perkara yang boleh menyebabkan bengkak pada mata anda.

#1. Pengambilan garam terlalu banyak

Terlalu banyak kandungan garam atau natrium dalam makanan sememangnya tidak elok untuk tubuh atau penampilan anda.

Garam tambahan boleh menjadikan badan anda mengekalkan kandungan air.

Lebihan air dalam tubuh ini kemudiannya menyebabkan bengkak pada wajah dan badan anda.

Ini biasa berlaku pada waktu pagi selepas anda makan makanan yang masin pada malam harinya.

#2. Menangis

Tangisan menyebabkan cecair terkumpul di sekitar mata anda, yang kemudiannya menyebabkan bengkak dalam waktu yang singkat.

Pembengkakan bawah mata yang berlaku sekali-sekala disebabkan tangisan mungkin akan hilang dengan sendirinya.

#3. Tidur yang tidak cukup

Kajian mendapati bahawa tidak cukup tidur boleh menyebabkan pembengkakan pada bawah mata.

Ia juga boleh menyebabkan kelopak mata terkulai, mata yang merah, dan lingkaran hitam di bawah mata. Tanda-tanda lain adalah kulit yang pucat dan mulut terkulai.

Kurang tidur boleh melemahkan otot di sekitar mata anda. Ia juga boleh menyebabkan kehilangan kolagen iaitu tisu elastik yang terletak pada bawah mata.

Ini menyebabkan cecair terkumpul di kawasan tersebut lalu menjadikan kawasan pada bawah mata anda membengkak.

#4. Alahan

mata bengkak

Alahan boleh menyebabkan cairan berkumpul dalam sinus dan di sekitar mata anda. Ini boleh menyebabkan pembengkakan di bawah mata.

Reaksi alahan juga boleh menjadikan mata anda menjadi merah, gatal, dan berair. Alahan adalah penyebab biasa mata bengkak.

Ia berlaku kerana sel pelindung yang berada pada mata anda, yang disebut sel mast, mengeluarkan protein imun yang disebut histamin untuk melawan alergen.

Ini menjadikan mata anda menjadi sensitif dan berair. Mata anda juga akan mengeluarkan air mata untuk membersihkannya daripada sebarang habuk atau alergen lain.

#5. Merokok

Menghisap rokok, shisha, atau cerut boleh menyebabkan iritasi pada mata anda.

Anda juga mungkin akan mengalami reaksi alahan jika anda merupakan perokok pasif. Ini boleh menjadikan air mata anda menjadi punca pembengkakan pada bawah mata.

#6. Jangkitan pada mata

Jangkitan pada mata boleh menyebabkan mata bengkak pada satu atau kedua-dua belah mata. Anda juga boleh mengalami jangkitan pada bebola mata atau kelopak mata.

Jangkitan dan pembengkakan biasanya akan terjadi pada sebelah mata terlebih dahulu, tetapi boleh merebak dengan cepat ke sebelah mata yang lain.

Elakkan daripada menyentuh atau menggosok mata anda jika mengalami jangkitan.

Jangkitan mata biasanya akan hilang dalam tempoh seminggu. Anda mungkin memerlukan rawatan antibiotik untuk merawat jangkitan pada mata anda.

#7. Kelenjar air mata tersekat

Kelenjar air mata anda berfungsi mengalirkan air mata dan cecair semula jadi dalam mata anda.

Sekiranya kelenjar ini tersumbat, cecair mungkin terkumpul di sekitar mata. Ini boleh menyebabkan pembengkakan pada bawah mata.

Kelenjar air mata yang tersekat adalah perkara biasa yang berlaku pada bayi, tetapi ia turut boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

Penyumbatan kelenjar ini boleh berlaku disebabkan oleh faktor jangkitan, alat solek, atau kecederaan pada mata.

Dalam kebanyakan kes, ia akan hilang dengan sendirinya dalam tempoh setelah beberapa hari.

#8. Kecederaan pada mata

bengkak pada mata

Goresan atau lekukan kecil di sekitar mata boleh berlaku disebabkan oleh kuku jari anda sendiri atau berus solek.

Kecederaan pada mata boleh menyebabkan pembengkakan pada bawah mata kerana badan anda menyembuhkan kulit yang nipis dan lembut di kawasan mata.

Terkena sesuatu pada atau sekitar mata anda juga boleh menyebabkan bengkak pada mata.

Hentakan daripada objek-objek tumpul boleh menyebabkan mata bergerak sedikit ke bawah dan kemudiannya kembali ke kedudukan asalnya.

Ini membuatkan darah mengalir ke kawasan tersebut. Darah dan cecair akan memicu pembengkakan atau lebam di bawah mata anda.

#9. Penyakit Grave

Penyakit Graves juga disebut sebagai penyakit mata tiroid. Ia berlaku apabila kelenjar tiroid anda tidak dapat menyeimbangkan hormon tiroid dalam tubuh anda.

Penyakit Graves kadangkala boleh berlaku jika anda mengambil terlalu banyak ubat tiroid.

Anda akan memerlukan rawatan dengan segera. Doktor anda mungkin mengesyorkan beberapa jenis ubat-ubatan atau rawatan lain.

#10. Mononukleosis

Mononukleosis berpunca daripada serangan virus.

Perubahan pada mata dan penglihatan, termasuk pembengkakan di bawah mata, mungkin merupakan tanda anda sedang mengalami mononukleosis.

Jangkitan ini kadangkala disebut sebagai ‘penyakit ciuman’, tetapi anda juga boleh dijangkiti daripada bersin dan batuk individu lain.

Kesimpulan

Bengkak pada mata anda sememangnya boleh berpunca daripada 10 perkara ini.

Jika anda tidak pasti apakah sebenarnya yang menyebabkan mata bengkak, terus ke hospital atau klinik dan biarkan doktor memeriksanya. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Orang Kata Mata Tumbuh Ketumbit Sebab Mengintai, Tapi Kajian Pula Buktikan Puncanya Stres?

Orang lama kata punca ketumbit adalah sebab mengintai, namun ada kajian yang buktikan ia mungkin sebab stres? Jom klik untuk baca lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 07/10/2020 . 3 minit bacaan

Anda Baru Saja Jalani Pembedahan Mata? Ini 11 Perkara WAJIB Elak Kalau Tak Nak Kena Jangkitan

Setiap pembedahan mempunyai pantang larang yang tersendiri, begitu juga pembedahan mata yang mempunyai perkara yang boleh atau perlu dielak selepas operasi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 27/08/2020 . 3 minit bacaan

Jaga-Jaga Penghidap Asma & Alahan, Cuaca Juga Boleh Buatkan Anda Diserang Alergi!

Alahan dan asma boleh menyerang ketika cuaca sejuk atau panas. Jika anda alami sakit hidung seakan-akan reaksi alahan, cepat jumpa doktor ya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Pusat Kesihatan, Keadaan Alergi/Autoimun 20/08/2020 . 3 minit bacaan

Pernah Tak Terfikir Kenapa Mata Jadi Merah Dan Bengkak Selepas Menangis? Ini Sebabnya!

Hidung, mata merah dan bengkak adalah ‘rupa’ yang dialami oleh mereka yang menangis. Wajah normal ini dialami oleh semua individu yang kesedihan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 20/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

bendasing dalam mata

BUANG Tabiat Ini, Jangan Gosok Mata Kalau Termasuk Habuk! Jika Tidak, Ini Yang Akan Jadi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 29/10/2020 . 3 minit bacaan
sakit tekak berpanjangan

Sakit Tekak Sebab Demam? Hati-hati Ini Mungkin Sebenarnya Disebabkan Alahan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
ujian mata

Si Kecil Mengadu Penglihatan Tak Jelas? Jom Buat Ujian Mata Di Rumah Dengan Cara Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
penyebab kebutaan secara tiba-tiba

Mata Tiba-tiba Tak Boleh Nampak? Jangan Panik! Ambil Tahu Punca Keadaan Ini Berlaku

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan