Orang Kata Mata Tumbuh Ketumbit Sebab Mengintai, Tapi Kajian Pula Buktikan Puncanya Stres?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Asal muncul ketumbit pada mata sahaja, orang mesti akan mengaitkannya dengan tabiat mengintai bukan?

Ya, ini adalah satu kepercayaan orang lama yang tidak seharusnya diteruskan kerana ternyata ia tidak benar!

Persoalannya, apakah punca sebenar ketumbit? Adakah ia disebabkan oleh stres? Ataupun ia berlaku kerana tidak cukup tidur?

Tenang, mari kita sama-sama cari jawapannya menerusi pembacaan artikel ini dengan lebih lanjut.

Apa itu ketumbit?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita semua berkenalan dengan kondisi yang berlaku pada mata ini terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, ketumbit (hordeolum atau stye) adalah satu kondisi di mana timbul benjolan pada kelopak mata seperti sedang membengkak.

Ia sering kali dikaitkan dengan tabiat mengintai,  namun itu bukan sebabnya kerana ia berlaku akibat jangkitan bakteria Staphylococcus aureus.

Meskipun ia tidaklah berbahaya tetapi tetap akan mengganggu aktiviti seharian ekoran rasa tidak selesa selain menjejaskan penampilan anda.

Jenis-jenisnya

Sebelum itu, kalian harus tahu bahawa terdapat 3 kelenjar kelopak mata yang sering dijangkiti iaitu kelenjar Zeis, Moll, dan Meibom.

Berdasarkan kelenjar-kelenjar ini, ketumbit boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu:

  • Hordeolum interna (meibom)
  • Hordeolum eksterna (zeis dan moll)

ketumbit

Untuk pengetahuan anda, hordeolum interna biasanya akan muncul pada kelopak mata atas sementara hordeolum eksterna akan muncul pada pangkal bulu mata sama ada pada kelopak mata atas atau bawah.

Sebenarnya adalah agak sukar untuk kita semua membezakannya kerana kesemuanya kelihatan sama sahaja.

Maka sila dapatkan bantuan dan rawatan daripada doktor sekiranya anda perasan mata telah terjangkiti kondisi ini.

Apa punca ketumbit?

Seperti mana yang kita semua telah baca di atas tadi, kondisi ini berpunca daripada bakteria Staphylococcus aureus.

Ia akan menjangkiti bahagian kelenjar minyak yang terdapat di dalam kelopak mata atau folikel rambut bulu mata.

Untuk pengetahuan anda, bakteria ini boleh datang daripada sebarang perkara atau perbuatan yang menyentuh atau menggosok mata seperti jari, tangan atau alat solek.

Anda mungkin cenderung untuk dapat lebih banyak ketumbit semasa musim alahan apabila mata menjadi gatal.

Selain itu, anda juga mungkin akan lebih cenderung untuk mendapatkannya jika anda menghidapi blepharitis – sejenis keradangan di sekeliling tepi kelopak mata.

Chalazion

Dalam pada itu, kalian juga harus tahu bahawa ada penyebab kondisi ini yang bukan disebabkan oleh bakteria iaitu chalazion.

Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu kondisi di mana berlaku penyumbatan pada kelenjar kelopak mata tanpa adanya jangkitan bakteria.

Penyumbatan tersebut seterusnya akan menyebabkan isi kelenjar terkumpul dan menggalakkan terjadinya keradangan pada kelopak mata.

Kesannya, akan muncul benjolan yang hampir mirip dengan hordeolum.

Benarkah stres juga boleh jadi punca ketumbit?

gosok mata

Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa kondisi ini boleh terjadi akibat jangkitan bakteria serta penyumbatan kelenjar kelopak mata.

Kini kita berbalik pula kepada persoalan utama artikel ini iaitu benarkah stres juga boleh jadi punca ketumbit?

Sehingga kini, masih belum terdapat sebarang bukti saintifik yang dapat menghubungkan perkaitan di antara stres dan ketumbit.

Pun begitu, anda mungkin tidak perlu berasa hairan jika selalu terkena kondisi ini ekoran stres yang dihidapi kerana mungkin ada benarnya.

Menurut segelintir ahli oftalmologi (pakar mata), stres dan juga tidur yang tidak mencukupi serta berkualiti boleh meningkatkan risikonya.

Antara penjelasan yang diberikan mereka adalah stres boleh melemahkan sistem imun dalam tubuh badan manusia menjadikan kita semua lebih mudah terkena jangkitan.

Menurut sebuah kajian pada tahun 2017, hormon stres seperti norepinephrine boleh bertukar kepada 3,4-dihydroxymandelic acid (DHMA) lantas mengakibatkan bakteria lebih mudah menjangkiti tubuh badan.

Dalam pada itu, stres juga akan mengakibatkan anda kurang tidur sekali gus melemahkan imuniti tubuh badan serta menjejaskan sel darah merah yang berfungsi untuk melawan jangkitan pada tubuh badan.

Stres juga akan membuat tubuh badan kalian penat dan letih sekali gus cenderung mengabaikan tahap kebersihan serta kesihatan tubuh badan termasuklah mata.

Jadi jawapan mudahnya adalah ya, stres mungkin boleh menjadi salah satu punca ketumbit.

Bagaimana merawat kondisi ini?

mitos virus korona

Usah khuatir kerana dalam kebanyakan kes, ketumbit akan hilang sendiri dan tidak memerlukan sebarang rawatan lanjutan.

Pun begitu, sila pastikan mata anda diperiksa jika ia tidak pulih dalam masa beberapa hari, tumbuh dengan cepat, mula keluar darah atau menjejaskan penglihatan anda.

Ini mungkin petanda jangkitan itu sudah merebak dengan lebih teruk!

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk mengamalkan tip-tip di bawah ini:

  • Jangan sesekali cuba untuk memecahkannya
  • Tuam dengan tuala yang suam
  • Urut dengan cermat dan perlahan
  • Elak daripada menggunakan alat kosmetik
  • Elak daripada menggunakan kanta lekap

Akhir kata, ketumbit mungkin tidak berbahaya namun anda masih perlu berwaspada dengannya, ya?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pernah Tak Terfikir Kenapa Mata Jadi Merah Dan Bengkak Selepas Menangis? Ini Sebabnya!

Hidung, mata merah dan bengkak adalah ‘rupa’ yang dialami oleh mereka yang menangis. Wajah normal ini dialami oleh semua individu yang kesedihan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 20/08/2020 . 3 minit bacaan

Jika Tidak Dirawat, Katarak Boleh Menyebabkan Buta! Buat 6 Langkah Ini Untuk Elak

Penyakit katarak pada mata adalah berbahaya dan boleh menyebabkan buta jika tidak dirawat. Jadi, sila buat 6 langkah ini untuk elak ia berlaku!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 05/06/2020 . 3 minit bacaan

Pakai Contact Lens Ketika COVID-19? Mungkin Anda Patut Baca Ini Dahulu

Anda gemar memakai kanta lekap ketika COVID-19? Adakah anda tahu aspek penjagaan mata penting dalam mengekang penularan wabak jangkitan coronavirus ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Coronavirus, COVID-19 22/04/2020 . 4 minit bacaan

Mitos & Fakta Berkaitan Mata – Lobak Merah Paling Popular

Lobak merah dan mata, adalah 2 perkara yang selalu dikaitkan bersama. Tetapi betul ke makan lobak baik untuk penglihatan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 02/03/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

ujian mata

Si Kecil Mengadu Penglihatan Tak Jelas? Jom Buat Ujian Mata Di Rumah Dengan Cara Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 13/10/2020 . 3 minit bacaan
penyebab kebutaan secara tiba-tiba

Mata Tiba-tiba Tak Boleh Nampak? Jangan Panik! Ambil Tahu Punca Keadaan Ini Berlaku

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
mata bengkak

Mata Bengkak Selepas Bangun Tidur? Mungkin Kerana Alahan Atau Boleh Jadi Juga Sebab 9 Perkara Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 06/10/2020 . 3 minit bacaan
pembedahan mata

Anda Baru Saja Jalani Pembedahan Mata? Ini 11 Perkara WAJIB Elak Kalau Tak Nak Kena Jangkitan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 27/08/2020 . 3 minit bacaan