Lelaki Kurang Jantan Jika Tiada Janggut, Benarkah Ada Kaitan Dengan Hormon Testosteron?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Mengapa ada lelaki yang boleh tumbuh janggut atau jambang, manakala lelaki lain pula terpaksa berpuas hati dengan muka suci ibarat bayi?

Tidak kurang juga, ada yang mengaitkan kadar kesuburan lelaki dengan kelebatan jambang dan misai! Tapi, betul ke?

Pasti anda tertanya-tanya jika kenyataan di atas benar ataupun tidak. Sebenarnya, ada banyak faktor yang mempengaruhi pertumbuhan janggut atau misai lelaki.

Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut, jom ikuti artikel kami di bawah.

Genetik memainkan peranan 

Genetik memainkan peranan yang besar terhadap kadar pertumbuhan misai seseorang. Jika anda tidak mempunyai misai ataupun janggut, kemungkinan besar masalah utamanya adalah berkaitan dengan genetik anda.

Cuba lihat ayah, adik lelaki atau abang anda. Jika mereka semua berwajah baby face seperti anda, memang benarlah genetik merupakan dalang di sebalik masalah anda!

Sebenarnya, semua lelaki boleh tumbuh janggut dan misai. Tetapi, apa yang berbeza ialah ketebalan bulu tersebut. Di sinilah genetik anda memainkan peranan.

Selain itu, ramai yang anggap janggut atau misai lebat tanda seorang lelaki mempunyai kadar hormon testosteron yang tinggi.

Sebenarnya, tanggapan ini salah dan tidak benar. Misai dan janggut tidak ada kena mengena dengan tahap testosteron dalam badan anda.

Namun, testosteron bertanggungjawab memberi signal kepada sel dalam badan anda untuk menumbuhkan bulu di tempat-tempat tertentu pada wajah anda.

Ada juga kajian yang mengaitkan testosteron dengan kadar pertumbuhan bulu seseorang. Maka, jika individu tersebut mempunyai tahap testosteron yang tinggi, janggut atau misai mungkin akan tumbuh lebih cepat berbanding orang lain.

Oleh itu, jangan anggap lelaki yang tidak mempunyai janggut atau misai itu tidak subur ya!

Selain itu, lelaki boleh tumbuh misai atau janggut bermula daripada umur 18 hingga 30 tahun.

Oleh itu, selagi anda tidak berusia 30 tahun, jangan risau, mungkin belum sampai lagi masanya untuk anda tumbuh janggut.

Anda mungkin berminat:

Janggut bercapuk-capuk tanda penyakit

janggut lelaki

Jika janggut atau jambang anda tumbuh dalam keadaan bercapuk-capuk ataupun bertompok-tompok, mungkin anda mempunyai penyakit yang dinamakan alopecia areata.

Penyakit ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tak kiralah usia ataupun jantina. Selalunya, pesakit alopecia areata dikesan sewaktu masih kecil.

Penyakit ini akan membuatkan rambut gugur dan kelihatan bercapuk-capuk. Kuku mereka juga tidak tumbuh rata dan berlekuk.

Penyakit ini merupakan sebuah penyakit autoimun. Badan pesakit alopecia areata menganggap folikel rambut sebagai sel asing dan bertindak menyerang sel tersebut.

Saintis sendiri tidak pasti apa yang menyebabkan tindak balas ini dalam pesakit alopecia areata. Seramai 147 juta individu ataupun 2.1% daripada seluruh masyarakat dunia menghidap penyakit ini.

Masalah utama pesakit alopecia areata mungkin bukan berkaitan dengan kesihatan masing-masing. Tetapi, mereka banyak menderita secara emosi dan menghadapi tekanan perasaan lebih-lebih lagi berkenaan imej diri.

Ada juga pesakit alopecia areata yang memerlukan kaunseling untuk belajar menerima kekurangan diri dan hidup dengan kondisi ini.

Faktor lelaki tumbuh janggut ataupun misai

Genetik merupakan faktor utama yang mempengaruhi pertumbuhan misai atau janggut seseorang. Selain itu, umur juga memainkan peranan yang penting.

Lelaki yang berumur dalam lingkungan 20-an jangan terlalu risau jika tidak mempunyai janggut yang lebat. Kaum Adam akan terus tumbuh rambut dan misai sehinggalah berusia 30 tahun.

Selain itu, perbezaan etnik juga membuatkan setiap individu mempunyai kadar pertumbuhan rambut yang berbeza. Orang Cina selalunya mempunyai janggut yang kurang jika dibandingkan dengan orang India ataupun orang putih.

Ingin jadi lelaki bergaya dengan janggut lebat?

janggut lelaki

Janggut atau misai anda boleh kelihatan lebih penuh dan sihat. Namun, jika anda seorang yang mempunyai baby face, mungkin agak sukar untuk anda tumbuh jambang secara tiba-tiba.

Dr. Anthony daripada Cleaveland Clinic mempunyai beberapa cadangan jika anda inginkan janggut ataupun misai yang lebih sihat dan lebat.

  1. Tunggu hingga umur 30 tahun. Secara genetik, sesetengah lelaki mungkin makan masa yang lebih lama untuk tumbuh jambang yang lebat. Menurutnya lagi, anda mungkin perlu tunggu sehingga umur anda menghampiri 30 tahun untuk lihat potensi sebenar janggut anda. Namun, jangan anggap perubahan akan berlaku sekelip mata ya!
  2. Makan makanan yang sihat. Makanan sihat mungkin boleh buatkan janggut dan misai anda tumbuh lebih sihat dan lebat.
  3. Jangan selalu stres dan tidur dengan cukup. Ada kajian yang menyatakan bahawa stres boleh menjadi punca keguguran rambut. Tidur yang cukup pula penting supaya badan anda boleh baiki sel-sel yang telah rosak.
  4. Paling penting, jangan percaya kepada produk pelebat rambut. Lebih bagus jika anda mendapatkan konsultasi daripada doktor berbanding buang duit membeli produk yang belum tentu berkesan untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ekzema Kepala Punca Kulit Kepala Selalu Gatal, Sampai Boleh Buat Rambut Gugur?

Ekzema tidak hanya mempengaruhi bahagian tubuh, ia juga boleh mempengaruhi kulit kepala anda. Pernahkah anda terdengar mengenai ekzema kulit kepala?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 28/10/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil @ Menyusu Yang Ada Psoriasis, Jangan Ambil Ubatan Ini Selagi Tidak Diizinkan Doktor!

Mempunyai penyakit psoriasis ketika sedang hamil atau menyusu boleh menyebabkan seseorang wanita stres dan rimas dengan kondisi kulitnya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 24/09/2020 . 3 minit bacaan

Nak Cabut Bulu Hidung Jangan Terus Tarik Saja, BAHAYA! Ada Kaedah Lebih Selamat, Cuba Ini

Rasanya ramai individu yang mempunyai bulu hidung serabai & serabut bukan? Tenang, ini ada 3 cara mudah untuk membuangnya! Jom klik untuk baca.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 23/09/2020 . 3 minit bacaan

Pesakit Psoriasis Nak Elak Luka Pada Kulit Semasa Bercukur? Ini 5 Tip Bercukur Secara Selamat

Bercukur ialah salah satu cabaran buat penghidap penyakit kulit psoriasis. Ketahui cara yang betul dan selamat supaya kulit tidak terluka ketika bercukur.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 21/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kesan melancap rambut gugur

Kuat Beronani Punca Rambut Semakin Banyak Gugur, Fakta @ Auta?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
rambut kering

Rasa Tidak Yakin Angkara Rambut Kering & Kusam? Boleh Cuba 7 Petua Ini Di Rumah!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 18/11/2020 . 3 minit bacaan
jambang lelaki

Jejaka Berjambang Lebih Subur? Bukan Itu Saja, Ada Kajian Kata Jambang Jadi Perisai Lelaki

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 16/11/2020 . 3 minit bacaan
fakta rambut

Suka Pintal Rambut Guna Jari? Ini Mungkin Tanda Anda Alami Masalah Sakit Jiwa, OCD!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 06/11/2020 . 3 minit bacaan