5 Sebab Kenapa Air Mani Cair, Adakah Ia Akan JEJASKAN Kesuburan Lelaki?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Jika bercakap tentang air mani cair, kebanyakan lelaki akan berasa segan dan malu kerana ia adalah topik yang dianggap tabu dalam kalangan masyarakat kita. 

Disebabkan itu, mereka yang mengalami masalah ini akan memilih untuk mendiamkan diri sahaja tanpa tampil mendapatkan apa-apa rawatan.

Untuk pengetahuan anda, air mani cair dialami oleh ramai lelaki namun, mereka tidak mahu mengakuinya. Ramai pula yang percaya ia mungkin akan jejaskan kesuburan lelaki

Adakah ia benar? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui jawapannya!

Punca dan cara elak air mani cair

air mani cair

Terdapat beberapa punca yang mungkin akan menyebabkan keadaan ini berlaku, termasuklah:

#1. Oligospermia

Punca utama air mani cair adalah kekurangan sperma dalam air mani, atau lebih dikenali sebagai kondisi oligospermia. Antara penyebab kepada kondisi ini termasuklah:

  • Varicocele
  • Tumor
  • Jangkitan kuman
  • Ketidakseimbangan hormon

Jadi, jika anda mengesyaki kondisi ini terjadi kepada anda, sila berjumpa dengan doktor dengan kadar segera untuk mendapatkan rawatan kesuburan.

#2. Ejakulasi terlalu kerap

Untuk pengetahuan anda, organ reproduktif lelaki memerlukan masa sekurang-kurangnya 48 jam atau 2 hari untuk menghasilkan sperma yang normal dan sihat. Oleh itu, ejakulasi yang terlalu kerap mungkin akan menyebabkan air mani cair.

Ejakulasi yang terlalu kerap mungkin disebabkan kekerapan anda melakukan hubungan seks bersama pasangan atau melancap. 

Tanpa disedari, ia adalah punca utama air mani cair. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan untuk mengelakkan keadaan ini menjadi lebih keruh.

Jadi, anda perlu merancang perlakuan seks anda bersama pasangan. Cuba rancang aktiviti seks bersama pasangan di kamar tidur. 

Selain itu, hentikan perbuatan beronani. Untuk apa anda lakukannya jika anda sudah berkahwin? Seharusnya, anda salurkan dan puaskan nafsu syahwat anda bersama pasangan, bukannya seorang diri sahaja!

#3. Usia

air mani cair

Menurut petua orang lama, semakin kita tua, semakin kita berpengalaman dalam melakukan hubungan kelamin. Ya, ia mungkin ada benarnya. 

Namun, dalam konteks air mani, ia mungkin sedikit terpesong dan tidak boleh diguna pakai.

Ini kerana apabila seseorang lelaki itu semakin meningkat usia, ia akan membawa kepada beberapa masalah kesihatan serta kekurangan tenaga dalaman. 

Dengan tahap kesihatan yang semakin merosot, sudah pasti air mani yang dihasilkan juga akan menjadi kurang sempurna.

Dalam erti kata yang lebih mudah, sistem reproduktif lelaki mungkin akan menjadi kurang efektif apabila semakin berusia lantas mungkin menyebabkan air mani cair. 

Seumpama sebuah mesin yang telah usang, kuantiti dan kualiti satu penghasilan produknya sudah pasti juga akan merosot, bukan?

Namun, peningkatan usia bukanlah satu perkara yang boleh kita halang atau ubah. Apa yang boleh kita lakukan adalah cuba untuk jalani kehidupan semasa usia tua dengan lebih sihat. 

Sekiranya anda ada sebarang kebimbangan mengenai air mani anda yang semakin cair apabila meningkat usia, sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan pakar.

#4. Obesiti

Bukan sahaja isu obesiti atau kegemukan akan mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau penyakit jantung, malah ia juga mungkin akan mengakibatkan kemerosotan air mani lelaki.

Buat anda yang belum tahu, obesiti akan menjejaskan kualiti dan kuantiti air mani lelaki. Disebabkan itu, ia berkemungkinan besar akan menyebabkan masalah air mani cair, lantas membawa kepada masalah ketidaksuburan.

Jadi, sila kawal berat badan anda dari sekarang. Ia bukan sahaja mampu membuat air mani menjadi lebih pekat dan sihat, malah ini juga usaha untuk anda memerangi pelbagai lagi masalah kesihatan lain, seperti yang telah dinyatakan di atas.

Sebaiknya, cuba ikuti berat badan yang ideal menerusi pengiraan BMI anda. Berikut adalah pautan yang mudah dan percuma untuk anda mengetahui BMI yang sesuai untuk tubuh badan anda: https://hellodoktor.com/ms/alatan-ukur-kesihatan/kalkulator-bmi/

#5. Gaya hidup tidak sihat

air mani cair

Apakah maksud gaya hidup tidak sihat yang diperkatakan? Contohnya adalah menghisap rokok, meminum alkohol, diet tidak seimbang serta kurang melakukan senaman.

Untuk pengetahuan anda, kesemua contoh gaya hidup sedentari di atas boleh menyumbang kepada penghasilan air mani yang tidak sihat dan sempurna. Ini sekali gus akan mengakibatkan masalah air mani cair bagi kalangan kaum lelaki.

Maka cuba ubah gaya hidup anda dari sekarang. Sebagai seorang suami dan bakal bapa, anda perlu menjadi contoh yang baik. 

Oleh itu, berhentilah merokok dan hadkan pengambilan minuman beralkohol. Dalam masa yang sama, ajak dan ajar pasangan anda untuk mengamalkan pemakanan yang sihat serta bersama-sama melakukan senaman.

Bukan sahaja ia akan menyelesaikan masalah air mani cair, malah ia juga akan membuat kehidupan anda dan pasangan menjadi lebih sihat dan sejahtera!

Konklusi

Kesimpulannya, ramai lelaki yang mengalami masalah air mani cair akan beranggapan bahawa ia adalah normal sedangkan ia tidak. 

Ia mungkin akan menjejaskan kesuburan anda lantas menyukarkan usaha anda untuk membuat pasangan hamil. 

Anda mahu ini terjadi? Jika tidak, sila ubah gaya hidup anda dan segera berjumpa doktor untuk berkonsultasi mengenai masalah air mani yang anda mungkin hadapi.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Perasan Tak Warna Alat Sulit Kita Berbeza Dengan Kulit Badan? Ini Rupanya Punca Kejadian!

Pernahkah kalian terfikir atau tertanya mengapa warna zakar & alat sulit faraj kita akan berbeza dengan warna kulit sendiri? Jom klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Urologi, Masalah Urologi 19/10/2020 . 3 minit bacaan

“Eh.. Kenapa Bulan Ini Dua Kali Datang Haid?” Takutnya! Normal Atau Tidak?

Datang bulan bukanlah momen yang ditunggu segelintir wanita kerana masalah PMS dan kembung perut. Tapi bagaimana jika anda didatangi haid dua kali sebulan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 15/10/2020 . 3 minit bacaan

Bahaya! Ibu Hamil Yang Ada Masalah Tiroid Berisiko Lahirkan Bayi Kerdil

Semasa kehamilan, hormon tiroid memainkan peranan penting dalam perkembangan yang normal tetapi bagaimana jika si ibu mempunyai masalah tiroid?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 15/10/2020 . 3 minit bacaan

Tiub Fallopio Tersumbat? Usah Risau, Ini Cara Semula Jadi Yang Boleh Dilakukan Hanya Di Rumah

Dalam sistem pembiakan seseorang wanita, tiub fallopio adalah tempat berlakunya persenyawaan di mana sperma akan cuba memasuki sel telur.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 14/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

lelaki tidak subur

Bahaya Hepatitis B Sehingga Boleh Jejaskan Kesuburan Lelaki? Ini Dia Jawapan Kajian!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
suami isteri

Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
mengesan kehamilan PCOS

Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
kejang perut tanpa haid

Tak Period Pun Tapi Masih Sakit Perut? Ini Masalah Kesihatan Lain Yang Boleh Jadi Punca

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan